Wednesday, January 13, 2010

rahsia telefon bimbit...

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT



Tahukah anda bahawa telefon bimbit
anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara
yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada
dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda
gunakan,cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di
kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (
Keypad lock )
.



2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda
lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka
semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi
kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba
anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci
pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak
kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula
keluarga atau teman di rumah menekan punat ¡ ON ¢ pada kunci pendua
kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon
bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh
dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda
berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua
atau
meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan
telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa
orang telah mencubanya.



3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon
bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan
kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri
tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah
atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada
dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri
simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ¡ *3370# ¢ . Telefon
bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan
memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50
peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas
telefon bimbit anda
.



4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda
dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan
nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan
15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor
ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini
dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda
boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod
nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam
telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa
kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya
mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di
curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri
takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya .

1 comment: