Wednesday, December 16, 2009

Proton MSX 2010 "Technology Proton"










ciri wagon..lawa2.
ini baru malaysia boleh..... :)


Tuesday, December 15, 2009

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Thursday, December 3, 2009

Teka-Teki Islamik

Izinkan saya memberikan teka-teki berbentuk Islamik ataupun sejarah Islam...ia untuk kita memahami sesebuah fakta dengan mudah tapi berkesan di minda.

Soalan 1

Anda sering membaca surah Yasin dan al-Waqi`ah. Telah diceritakan berkenaan pohon berwarna hijau. Jika ia bersentuhan diantara "jantan" dan "betina" (negative & positif) walaupun basah, maka ia akan menghasilkan api. Apakah nama pohon itu?

Soalan 2

Satu pohon – bukan bermaksud buah – yang apabila ia diperah akan mengeluarkan air. Dan apabila ia dipanaskan ia akan menghasilkan minyak. Apakah nama pohon itu?

Soalan 3

Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah orang di alam barzakh yang berasa amat bahagia dan menganggap orang di dunia berada dalam kerugian. Sedangkan tugas di dunia hanya mengajak manusia mengikut para Nabi utusan Allah. Di dalam surah Yasin disebutkan, dia dilemparkan dengan batu dan mati. Siapakah orang itu?

Soalan 4

Orang nasrani menganggap Isa sebagai Putera Allah, mereka menyembah dan bertawassul semoga doa mereka diperkenanlan oleh Tuhan bapa. Ini disebabkan Isa mampu menghidupkan orang mati dan mencelikkan orang buta serta berbagai lagi. -Siapakah Nabi yang boleh berjalan di atas air, menghidupkan orang yang sudah mati, tapi umatnya tidak menjadikan dia sebagai Tuhan?



Soalan 5


Dalam al-Quran dia telah menghidupkan 70 orang dan di dalam al-Hadits dia telah menghidupkan 35 ribu orang dari kaumnya yang telah meninggal selama 60 tahun. Siapakah Nabi itu?



Soalan 6


Siapakah Nabi yang telah menghidupkan kanak-kanak perempuan yang ditanam hidup-hidup oleh bapanya kerana mengikut tradisi masyarakat? Dan siapakah bapa anak kecil itu?



Soalan 7


Siapakah dia yang telah menghidupkan orang-orang yang telah mati diperkuburan Javana. Dan si mati ditanya oleh ahli warisnya, dan beliau mengakui kebenaran Muhammad bin Abdullah?



Soalan 8


Cucu Iblis yang telah beriman dikatakan telah bertemu dengan Rasul. Dan dia telah menceritakan nama-nama wasi sejak Adam hingga Nabi Muhammad. -Siapakah nama cucu Iblis itu?

Soalan 9

Di dalam surah al-Baqarah dikhabarkan tentang seorang pemuda yang bertubuh sasa, tetapi miskin, namun ilmunya hebat dan bijaksana. Nabi Daud dikatakan menyertai pasukan tenteranya untuk menyerang musuh. Pemuda tersebut memiliki sebuah Cokmar (mohor).
Siapakah nama pemuda tersebut?
Dan apakah nama cokmar yang dimiliki olehnya?
Siapakah nama ketua panglima pihak musuh yang ditentang?
Dan siapakah pula yang membunuh ketua panglima pihak musuh?

Soalan 10

Di dalam surah al-Waqi`ah ada disebutkan pohon Zaqqum berduri yang menjadi makanan ahli neraka. Pohon ini boleh tumbuh dan membiak di dalam api neraka. Sebaliknya, terdapat di dunia ini burung yang mampu bertelur dan membersihkan tubuhnya di dalam api. Burung ini hanya terdapat di negeri cina. Apakah nama burung tersebut? Dan apakah pula nama burung yang bertelur di awan?

Semoga anda mampu menjawabnya. Soalan-soalan ini saya ajukan ketika menganjurkan summer camp di JB baru-baru ini dengan hadiah yang besar buat anak-anak remaja. tapi untuk anda...pahala dan ilmu ajelah....Salamullahi Alaikum..

Mari kita lihat siapa yang kena..

kredit kpd :- AceGlobal