Wednesday, February 25, 2009

Puaka Niyang Rapik


Yang ni paling mengerikan… yeke?.hahaha


Apa tepung gomak… pakai kontek lens merah… berlipstik warna kelabu.


Eeeeee, takut den. Hantu duk bertingguk di anjung.


Hantu tu main-mainkan tangan dia kat bahu Fauzi Nawawi yang merupakan kawan kepada Ashraf Muslim dalam drama ni. Solekan oleh Ella Sandera, nampak real, kan? Tajamnya kuku dia…

Siang hari pun ada hantu… seorang budak yang dipercayai telah mati, tidak berbaju, cuma memakai seluar pendek, bercelak mata tebal terselindung di balik sebatang pokok. Kelihatan Ashraf Muslim buat-buat tak tahu aje. Ye la ko berani la kan, siang-siang hari. Siap berkopiah tu, mat lebai ni.

Saya pasti anda semua sememangnya pernah menonton rancangan Puaka Niang Rapik kat televisyen anda. Hantu, Jin dan Makhluk Halus sememangnya wujud di dalam rancangan tersebut. Tapi ketahuilah ia bukan sahaja wujud dalam televisyen sahaja tetapi juga wujud di alam nyata. Mungkin salah seorangnya berdiri di sebelah kamu sekarang. Muahaha