Monday, September 28, 2009

Biodata Nabi Muhammad S.A.W

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
· Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam ' ah
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri di ucapkan wat sume kengkawan….

Segala salah & silap harap di maafkan….

Terkasar bahasa,terguris rasa,termakan hati….

Harap di maafkan….

Semoga kalian berbahagia di lebaran ini….

Berhati-hati di jalan raya….

Ingatlah orang yang tersayang….


Salam Aidilfitri buat semua teman...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Maaf Zahir & Batin..

Monday, September 7, 2009

Lawak - Peribahasa, Kiasan Kata & Slogan Popular dalam Politik M'sia

Salam semua abang2 kakak, dan adik2 serta warga kerja UMNO mahupun DAP PKR dan PAS.

Sejak pilihanraya yg lalu kita tentunya biasa dengan Peribahasa, Kiasan Kata & Slogan Popular dalam Politik Tanahair. Ada yg tak boleh blahh..Ada yg pedas, pahit dan macam2 rasa. Baiklah berikut adalah Peribahasa, Kiasan Kata & Slogan Popular dalam Politik M'sia untuk tatapan semua. Ungkapan kata-kata dari teman "Kerana Santan Pulut Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa" Jaga-jaga yer

Koleksi Versi Lama:
1- Macam lembu dicucuk hidung
2- Pucuk dicita, ulam mendatang (apa dihajat tetiba dapat)
3- Tidur sebantal, mimpi lain-lain
4- Kail panjang sejengkal usah di duga lautan dalam
5- Jika takut risiko, jangan bicara soal perjuangan
6- Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
7- We have the numbers. the numbers are increasing by the hour
8- Ku nanti di pintu syurga
9- Bagai aur dengan tebing, saling memerlukan
10- Negara Berkebajikan, Pas Untuk semua
11- 16 September 2008 kita berarak ke Putrajaya
12- Jangan ikut perangai syaitan
13- Hanya jauhari mengenal manikam
14- Lawan tetap lawan, hingga lubang cacing akan ku cari
15- Hari ini kita memerintah, esok sebelum kokok ayam berkumandang hudud dilaksanakan
16- Cakap berdegar tahik lekat di ekor
17- Bagai kera dapat bunga
18- ***** macam lembu
19- Anak orang disusukan, anak sendiri mati kelaparan
20- Kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak
21- Dungu macam keldai
22- Silence majority
23- Sekali saya penyit mata, 40 orang datang kepada kita
24- Suara rakyat suara keramat
25- Keadilan untuk semua & Rakyat Hakim Negara
26- Bagai pungguk rindukan bulan, rindu-rinduan jadi kenangan
27- Kambing mengembek, harimau mengaum
28- Keluar mulut buaya, masuk mulut naga
29- Alif, Min, Nun, Wau = sarkis
30- Berhati-hati kemunculan dajjal
31- Syaitan, musuh Islam
32- Kemiskinan itu takdir, demo terimalah takdir Illahi
33- Kepimpinan Ulamak panduan perjuangan
34- Tok guru ulamak sejati
35- Ambo budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan
36- Kajang hamba kajang berlipat, kajang pak malau mengkuang layu
37- Makan gaji buta
38- Macam kambing takutkan hujan, lari bertempiaran
39- Ada lori ada bas, ada hari aku balas
40- Lailatulkadar malam bermakna umat Islam, ganjaran pahala seribu bulan

Koleksi Versi Baru:
1- Seperti khalit diboneka kan harbi
2- Bulan mengambang, Roket mendatang (Pas meroyan, Dap berkuasa sakan)
3- Hudud jadi bualan, ba-bi yg didahulukan
4- Kuil haram panjang sedepa, bila pindah sebesar putrajaya
5- Jika takut ke penjara buluh, jangan malu bertangguh-tangguh
6- Kalau takut dihukum meliwat, kedutaan turki jadi tempat persembunyian
7- He have coffee boy, always replace and incresing by hour
8- Undilah Pas untuk tiket ke syorrga
9- Bagai roket dan bulan, satu memerintah satu diperintah
10- Kebajikan ba-bi didahulukan, nama suci Allah for gereja
11- September 2009, BN Kembali Perintah Selangor?
12- Dengan syaitan pun Pas mahu berkawan
13- Bagai nalla mengenal al*****i
14- Lari tetap lari, next month ku cari alasan tangguh lagi
15- Hari ini kita dah memerintah, hudud tetap tak jalan-jalan lagi kerna ku takut amukan harbi
16- Ceramah berdegar-degar, tin milo dan uncang datang mengekor
17- Bagai nizar kemaruk kuasa
18- ***** & bghal macam kepala lembu
19- Kafir harbi dipertahankan, Islam & zimmi dipersetankan
20- Kebajikan minoriti diperjuangkan, kerharmonian majoriti diperlekehkan
21- Dungu macam parti KelDaian
22- Loud minority
23- Seribu kali saya penyit mata, dah 4 orang melompat ke sana
24- Suara rakyat seksyen 23 dan 8, kusapu bawah karpet
25- Kebajikan untuk ba-bi, loud minoriti penentu segalanya
26- Bagai roket merobek bulan, DAP berkuasa Pas baring atas jalan
27- Dap pi cuit, Pas sujud meraum
28- Tertendang dari kerusi MB, mesyurat bawah pokok pun jadilah
29- Pa, Alif, Sin = Boneka
30- Mata Dajjal simbol perjuangan
31- Syaitan, Pas terima sebagai kawan
32- Mercedes itu rezeki, ambo dah tukar berkali-kali
33- Kepimpinan ular dalam semak, punca kepala pusing
34- Tok gundu pembelit sesungguh hati
35- Ambo tok gundu betul sokmo, kalau ambo salah kita tuduh UMNO
36- Kerajaan Pakatan Rasuah (PR) cuma mulut bersilat, kerajaan UMNO duk kerja buat
37- Ambo duk ceramah sokmo
38- Ambo kena hujan demam, tapi bila orang suruh sign ambo sign
39- Ada undi ada Pas, bersama Dap bonekalah Pas
40- Eli duk telanjang dipertahankan, dah la telanjang dipeluk sakan

Thursday, September 3, 2009

: : BiLa MiNyAk NaIk HaRgA : :

Cara Menjimatkan Minyak

1. Pakai Basikal (sambil menyelam minum air) = kita boleh exercise.
2. Matikan Kereta Di Lampu Merah
3. Beli motosikal banyak-banyak (pastu apply road tax subsibi untuk 10 buah)
4. Pakai Fuel Saver
5. Convertkan kereta anda jadi teksi (boleh buat income lebih)
6. Naik Bas Aja (kalau client marah cakap tak pakai kereta dah) (boleh bagi extra good reason to the boss too)
7. Migrate ke OverSea (tak payah fikir langsung pasal minyak)
8. Duduk kat rumah je main internet
9. Pakai NGV
10. Jual Kereta Anda
11. Tukar enjin kereta dengan enjin vespa
12. Guna kereta sorong sebagai kenderaan utama
13. Isi minyak kereta separoh tangki