Tuesday, October 20, 2009

Ulat Lapar Makan Buku

Diatas sebuah rak, terdapat 5 jilid buku Ensiklopedia disusun rapat-rapat mengikut urutan jilid I hingga jilid V. Tebal setiap jilid adalah 4cm.

Oleh kerana terlalu lama Ensiklopedia ini disimpan, seekor ulat telah memakannya. Ulat itu makan bermula daripada kulit depan jilid pertama sehinggalah ke kulit belakang jilid ke-5.

Soalannya!! Berapa cm kah jarak yang telah dimakan oleh ulat tersebut.?

Cuba fahami betul-betul soalan tuu..

Cuba bayangkan satu set yang terdiri drpd 5 buah buku ensiklopedia tersusun rapi diatas sebuah rak.. kalu x dpt bayang, cuba lukis atau susun lima biji buku sama tebal..

Cuba perhatikan betul-betul dimanakah kulit depan jilid pertama.. Cuba cari pula dimanakah kulit belakang jilid ke-5.

Sebenarnya ulat buku itu hanya makan jilid ke-2 hingga jilid ke-4 sahaja..

So, jawapan untuk teka-teki ini ialah 12cm.. hehe.

Soalan uji minda dan jawapannya




Teman ingin mengajak pengunjung blog untuk mengasak minda, berfikir secara kreatif, mencari jawapan bagi soalan di atas.
di sini saya sertakan jawapan kepada soalan dan jawapan uji minda di atas. Siapa sangka, rupa2nya begitu jawapannya yek...hehe

Sunday, October 4, 2009