Friday, October 28, 2011

Petua Menghafaz Al-Quran

1.Harus mulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah s.w.t.



2.Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz.

3.Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, struktur, dan susunan ayat nya diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.



4.Ayat atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih dahulu. Pastikan tajwidnya betul. Sebagai contoh jika hendak hafal surah ali-Imran. Mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. Lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.



5.Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. Pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut, dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anda bercelaru.



6.Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. Pastikan hafazan mengikut langkah. Hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. Kemudian hafaz ayat ke kedua, ulang balik dari ayat yang pertama. Kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.



7.Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.



8.Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. Banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. Ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.



9.Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. Contohnya, ketika menunggang motosikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang difikirkan baik. Hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.



10.Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.



11.Jauhi amalan maksiat. Jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai seorang Muslim.



12.Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Cuba hafaz sebanyak mungkin, InsyaAllah sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.



13.Banyakkan memohon doa kepada Allah s.w.t. supaya dipermudahkan hati dan minda untuk menerima al-Quran.



14.Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. Sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. Utamakan sebelum waktu SUBUH atau selepas SUBUH, kerana waktu ini tenang dan damai. Pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.



15.Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. Biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.



Jika Anda Ada Petua-petua Lain.. Boleh KOMEN Kat Bawah (^_-)

Thursday, October 20, 2011

Sempadan Ketaatan

Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Satibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun ...api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata: “Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda: “Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.”Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut: “Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.” (Muslim)

Huraian:
Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Manakala kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan seharusnya tidak ada hijab yang menghalangnya. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus akan memberikan kita gambaran sejauh manakah sesuatu perintah seseorang ketua itu wajib ditaati.

Sekadar pertimbangan akal semata tidak ada jaminan yang sesuatu perintah itu wajib dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional juga tidak memadai. Sekadar berpandukan orang ramai yang juga melakukannya juga belum ada jaminan ia selari dengan syarak. Justeru hanya sifat manusia yang memiliki jiwa hamba yang tinggi yang akan patuh dan taat kepada perintah Allah. Keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng.

Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilih jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.

Thursday, October 13, 2011

Rehat Minda

Kisah Steven Spielberg :
Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?" Pe...ngarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje!!!?