Sunday, March 14, 2010

M.U dan Rooney Sama Sama Klimaks!

kredit to Mr.G www.ehoza.com





"Cerita banyak pun tak guna bang. Senang senang saja M.U sayurkan budak budak Fulham ni bang. Skaf hijau kuning yang saya pakai ni bukan bermaksud saya menyokong pasukan Kedah."-Adik Benjamin.


Ibarat cerita porno, Rooney sudah klimaks. 32 gol sudah dijaringkan musim ni. Perjalanan masih jauh. Jangan jangan boleh jadi penjaring terbanyak dunia. Ah, malas gua nak sembang sembang bongkak ni, nanti ada fans team lain kecik ati lak.


Abang Berba pun turut menyumbang dalam membantu M.U berada di puncak klimaks walaupun gua beberapa kali sering mencaci beliau akibat cara permainannya yang kadang kadang boleh buat gua mencarut.


Bola tak dapat, pemain Fulham ajak Abang Ji Sung main tendang tendang kaki pula. Ingat Abang Ji Sung ni lembik ke apa? Abang Ji Sung pun sekarang dah klimaks lah!


Terakhir dan tak kurang (Last but not least), buat muka macam Abang Kassim sememangnya takkan menjamin kemenangan pasukan anda wahai Encik Bobby Pian Zamora.

Gua sembang banyak banyak ni lupa nak bagitau, bahawasanya M.U telah menyayurkan Fulham sebanyak 3 gol berbalas kosong. Bukan tak mahu bagi lebih, tapi M.U tak sampai hati. M.U merupakan pasukan yang amat bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Cukuplah jika jaringan itu sekadar dapat membantu M.U merasai kemuncak klimaks. Chelsea pun klimaks juga, tapi jenis tak tahan lama. Kena urut batin agaknya.

Wednesday, March 10, 2010

JUST 4 LAUGH...

nie pic utk game Real madrid...kesian team nie...hehehe
JUST 4 LAUGH...

[Image: Real+Madrid+v+Lyon+UEFA+Champions+League...K1e1Tl.jpg]

x nak main ar mcm nie!!!!!

[Image: Real+Madrid+v+Lyon+UEFA+Champions+League...7_Nl0l.jpg]
aku duduk luar jer la....korang main je la....HUHUHUHU...

[Image: Real+Madrid+v+Lyon+UEFA+Champions+League...6FcZ8l.jpg]
Aku pun nak join RONALDO ar...diorang main tipu ar....mana aci....

[Image: Real+Madrid+v+Lyon+UEFA+Champions+League...pUhiel.jpg]
Wei!!!!! Jgn ar mcm nie...Tolong la main betul2.... Aku merayu kt korang nie...

Asia For Asia. Rooney For Manchastarrr!

kredit to Mr.G www.ehoza.com

4-0! Agregat 7-2! Gila sayur! Kaki bangku! Caples! Budak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pundut lagi bagus main. Kaki pun keras macam pokok getah estet. Dengar cerita Leonardo nak letak jawatan lepas ni kalau kalah. Hmm. Dah kalah dah pun, apa lagi, kasi letak lu punya title tu la. Pemain pemain M.U memang main tanpa belas kasihan langsung! Kesian juga gua tengok warga emas AC Milan. Terkial terkial nak mengikut rentak pemain pemain M.U yang rata rata berumur awal 20-an. Kira mereka kini dalam era shuffle lah. Pak Cik Ronaldinho langsung tak ada fungsi. Ada sekali gua tengok dia macam nak cari gaduh dengan Brader Scholes. Tapi brader Scholes tenang saja. Orang tua emo memang macam tu, senang sangat nak menaik anginnya. Pak Cik Ronaldinho juga menerima kad kuning. Jadi tak boleh main game selepas. Memang tak boleh main pun pasal dah kalah! Hakhakhak!


Beckham kena nganjing dengan Abang Maskot

Brader Wayne The Rudeboy Rooney memang gua tak boleh cakap apalah. Tengah tengah sakit dan tak berapa fit, dia boleh tenang saja jaringkan dua gol. Itu mujur Pak Cik gua si Alex Ferguson bawa dia keluar. Kalau tak lagi leburlah gawang yang dijaga oleh Pak Cik Abbiati tu. Dengar cerita, semata mata game ini, Pak Cik Abbiati sanggup lari dari Rumah Orang Orang Tua Milan. Dah la ubat lupa bawa, kan dah menyusahkan orang lain. Tangkap bola macam tangkap arnab!


Pak Cik Abbiati sibuk tangkap arnab!

Wakil Asia juga tidak menghampakan. Brader Park Ji Sung yang bertindak sebagai perancang tengah betul betul menjalankan tugasnya dengan solid dan begitu padu sekali. Patut Datuk Bandar Seoul menganugerahkan dia jawatan Pegawai Perancang Bandar selepas dia bersara dalam arena bola sepak ini. Walaupun agak mabuk sebelum ini akibat 'menonggang' arak secara berlebihan semasa sambutan kemenangan Carling Cup, ia tidak sedikit pun memberi kesan yang mencacatkan dalam cara permainan Brader Ji Sung. Malahan, Brader Ji Sung juga telah menyumbangkan satu gol. Apabila di tanya apakah perasaan menjaringkan gol itu, beliau menjawab.

"Menjaringkan gol menentang warga emas adalah sesuatu yang kejam. Tapi apakan daya, saya hanyalah pemain bola sepak yang menjalankan tugasnya."



Jadi kepada pak cik pak cik AC Milan, anda semua sudah bungkus. Bungkus nasi tambah pula tu. Dahlah tambah nasi, lauk pun tambah. Kepada Pak Cik Ronaldinho, kebolehan mengimbangi bola di atas kepala memang sangat tak membantu pun!



Maka, dengan ini, gua tujukan lagu di bawah kepada semua penyokong penyokong AC Milan atau mana mana insan yang begitu teringin melihat kekalahan M.U walaupun lu orang semua menyokong pasukan lain. Siap ada lirik karaoke lagi. Jadi apa kata mari kita semua karaoke bersama sama ok!


Bila Resah daripada Abang Anuar Zain

Err...Liberpool apa cerita sekarang ye?

Macam tarian tradisional orang Rusia si Reina tu kan?

Thursday, March 4, 2010

Monday, March 1, 2010

Rooney Cium Piala, Abang Gerard Cium Kamera

Kredit to Mr.G www.ehoza.com

Berbaloi! Ya, tak ada kata kata yang paling sesuai selain daripada mengucapkan berbaloi baloi. Tetapi, tidaklah secool gaya sebutan Amy Search dalam iklan Celcom. Berjaya bertahan hingga 1 pagi adalah 1 usaha yang membanggakan. Berjaya menonton kemenangan Wayne The Rudeboy Rooney dan konco konconya pula adalah satu kenangan manis buat musim kali ini. Rooney sudah cium piala, Abang Gerard bila lagi? Kena tunggu pindah Real Madrid ke baru nak buat? Mungkin ada mulut mulut busuk yang akan mengatakan; "Ala, setakat Carling Cup apalah sangat", "Ah, piala entah apa apa tu la nak dibanggakan", "Tak best! Makan roti canai lagi best (biasanya Anta yang suka cakap macam ni)"; Tapi gua kisah apa sangat, janji team gua sudah genggam satu piala. Team lu orang apa cerita? Jangan jadi macam brader bawah ni? Kesangapan memegang piala memaksa beliau memegang bahagian terlarang tanpa rasa segan dan silu.




Abang Collins cuba main ba-ba-cak dengan cameraman. Sangat tak bertamadun.

Jadi untuk keseronokkan bersama, apa kata gua bawa lu orang semua untuk bertemuramah dengan hero hero malam tadi. Lokasi terpaksa dirahsiakan. Tapi apa yang boleh gua katakan, bau kari memang kuat di sini.

Gua: Hello and good afternoon brader brader!

Owen dan Rooney: Hello and good afternoon back! Wah, sudah pandai kecek english lah! (Mereka bercakap serentak)

Gua: Wah! Kecek kelate tuh! Belajar mana?

Owen: Semale kawe make budu. Terus bulih kecek kelate. Tapi, pasa budu kaki kawe injured. Oh, sedih kawe.

Rooney: Kawe ghoyak doh. Make tu biar beringat. Make supo nate bewok!

Owen: Nate mu! Hahaha!

Rooney: Hahaha! Ha, G. How are you?

Gua: I'm fine thank you. Woi, kita cakap melayu dah la. Pembaca gua banyak guna bahasa melayu ni. Boleh tak?


Fans Aston Villa sorang sorang perangai macam mintak kena tendang. Gua syak brader yang depan sekali ni housemate Anta. Macam familiar la gua.

Owen: Bulih lalu! Hahaha!

Gua: Bagus, bagus. Mujur la gua satu sekolah dengan lu orang belajar Bahasa Melayu dengan Cikgu Romlah dulu, dapatlah lu orang cakap sikit sikit.

Rooney: Cikgu Romlah sihat tak bro?

Gua: Tak berapa sihat sangat. Hari tu tangan terseliuh masa buat kuih bahulu. ICU jugalah tiga hari.

Owen: Ow, pity, pity.


Abang Ji Sung dah pandai minum arak sekarang. Dulu emak dia bagi Dumex saja.

Gua: Jadi, gua nak tanya sikit pasal semalam. Cuba lu orang rumuskan sikit pasal game semalam.

Rooney: Lu dulu Wen. Gua main lepas lu. Apa kata lu cakap pendapat lu dulu.

Owen: Ok. Gua rasa game semalam biasa biasa saja. Tiada apa yang luar biasa sangat. Rasa macam training dengan team reserve saja. Pemain pemain Villa pun gua tengok macam lemah saja. Gua yang kecil kecil ni pun selamba adab saja kasi jatuh sama mereka semua. M.U memang konker la game malam tadi. Gua injured tu pun sebenarnya sengaja buat. Bosan main dengan team macam Villa ni. Tak fight! Lagipun, gua nak bagi peluang kat Rooney nak tambah bilangan gol dia. Tapi gua jadi risau juga bila injured. Dah la terma dan syarat gua ialah "You play you get pay". Kalau gua tak dapat main, sukarlah gua nak bayar ansuran bulanan kereta bentley gua nanti.


"Kalau dah star tu memang star lah!"


Adik main game jela abah. Match bosan la lawan team sayur macam Villa ni.

Rooney: Rilek Wen. Soal duit ni lu jangan risau. Gua back up lu. Gua duit dah banyak sangat ni. Tambahan pula iklan Nike baru baru ni banyak pula duit yang masuk.

Gua: Lu pula Rooney macam mana? Apa kesimpulan lu malam tadi?

Rooney: Gua tak ada apa nak cakap sangat. Tapi yang paling penting Villa memang sayurlah malam tadi. Itu saja.


"Ni kawe punyo. Takdok sapo bulih amek deh!"

Gua: Nampak bongkak sungguh lu ye. Rasa macam sembang dengan Maurinho pun ada.

Rooney: Gua memang selalu konpiden macam ni. Mana boleh nampak lembik. Lepas tu pura pura nak merendah diri pula. Tak kenalah dengan gelaran Wayne The Rudeboy Rooney. Hahaha! (Gelak sambil tunggang arak).

Gua: Ekselen juga lu punya tahap takbur ni. Tapi gua malam tadi agak tensen tengok si Carrick tu main. Gua nyaris nyaris ingat Hardi Jaafar yang main. Pass kelam kabut. Ada sekali tu masa dia passback kat Kusczak, Villa hampir buat gol. Menyirap juga gua!

Owen: Rilek bro, jangan baran sangat. Carrick saja buat macam tu. Pak Cik lu si Alex tu suruh dia berlakon main macam pondan walhal dia boleh saja main elok elok. Kalau dia perform, mau kena 7-1 geng geng Villa ni.

Gua: Wah! Lu ni jenis eksyen juga ye. Tak padan dengan OKU. Hahaha!

Owen: Ow nate nih! Gurau kasar pulak!

Gua: Ah, sejak makan budu sibuk betul nak cakap Kelantan. Rilek la, gua gurau saja tadi. Apa pendapat lu tentang Heskey ha Rooney?


Emile Sayur Heskey. It's my true name.

Rooney: Heskey macam gampunk. Nothing spesel. Mace nate bewok!

Gua: Ah, ni pun sama gak. Berserabut cakap Kelantan jugak. Kalau lu orang bagus sangat cakap Kelantan, cuba bagitau siapa coach bola Kelantan sekarang? Jawablah, tadi macam ekselen sangat!

Owen dan Rooney: B. Sathianathan la bro. Kami selalu dengar Radio Malaysia Kelantan la bro. Oh nate nih!!! (Mereka bercakap serentak)


Abang Sathia. Dulu berlakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Gua: Ok, ok. Pelakon faveret lu orang siapa pulak?

Owen dan Rooney: Sabri Yunuh la. Dio berlakon memang hebak deh! (sekali lagi mereka bercakap serentak)


"Kito sumo hebak deh!"

Gua: Aduh, dah macam bukan sembang dengan player M.U la plak. Dah la, gua nak balik dah ni. Esok ada kelas nak mengajar ni. Lu orang semua main baik baiklah. Lu Rooney, jaga anak bini baik baik. Jangan jadi macam Terry dengan Ashley Cole tu. Dok sibuk nak toron hak orang saja. Kesian gua dengan fans Chelsea, perasaan suci mereka dipermainkan. Lu pula Owen, jangan sibuk sibuk nak injured saja. Lempang mau?

Owen dan Rooney: Ow nate nih!!! Ganah demo!!! (Bercakap serentak sekali lagi)

Selepas itu, gua pun berlalu pergi meninggalkan Micheal OKU Owen dan Wayne The Rudeboy Rooney di kedai tersebut. Sambil sambil itu kedengaran Owen dan Rooney menyanyi lagu "Ado sekor anak tupai, atah julai mokte...". Anyway, kemenangan semalam menjadi penanda aras untuk menunjukkan M.U akan menggondol 2 lagi piala iaitu Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah. Abang Gerard dok sibuk cium kamera lagi ke sampai sekarang?

Click this bar to view the full image.

Makin lama makin buruk perangai Abang Gerard ni ye.:D