Monday, June 27, 2011

Alangkah kerdilnya diri ini

Mengapa kita tetap angkuh..tetap sombong dengan Allah. Masih lagi berterusan melakukan kemungkaran, hari-hari melakukan maksiat dan dosa. Masih lagi ada yang tidak mahu sujud kepadaNya, tidak mahu patuh dengan arahanNya. Walaupun kita melakukan dosa, Dia dengan sifatnya yang Maha Pengasih..masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk kita menggunakan nikmatNya iaitu menyedut udaraNya, makan dan minum, diberikan kesihatan badan, harta kekayaan, dan lain-lain. Dia juga masih memberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Begitu pengasih dan penyayangnya Allah s.w.t.

Oleh itu, tak perlu lah kita berasa hebat atau ujub dengan diri masing-masing, kita perlu sedar..kita tak memiliki apa-apa, tubuh badan dan nyawa kita pun adalah milik Allah s.w.t. Betul kan? Tak ada sebab untuk kita merasa diri ini begitu hebat, jika tiada bantuan dan izin dariNya..kita tak mampu melakukan apa-apa pun. Muhasabah itu perlu untuk diri kita, supaya kita tak leka dan alpa dan supaya kita sedar bahawa kita hanyalah seorang hamba. Hamba tidak memiliki apa-apa dan hamba hanya mempunyai tugas untuk memberi (berkhidmat) dan bukan memiliki(berasa diri besar dan hebat)..

Tuesday, June 14, 2011

Malaysia - Negara Islam..???

BEZANYA UNDANG-UNDANG...


ibnuyusof aljohori

1. Sir John Salmon in his book, Jurisprudence, defines law as ‘The body of principle recognizes and applied by the state in the administration of justice….

2. Tolstoy: “rules established by MEN who have control of organized power and which are enforced against the recalcitrant by the lash, prison, or even murder.”

3. Syariah Law: “The Syariah has been created by GOD and human role is to discover and articulate it rather than invent it.It is established in the Holy Quran revealed to the Prophet Muhammad SAW.”

Saya mahu semua pembaca menilai ketiga-tiga definisi undang-undang yang ada diatas kemudian berikan saya satu perbezaan besar yang ada didalam definisi tersebut.Dan saya yakin jawapan yang akan diberi adalah GOD,saja saya membesarkan perkataan GOD itu agar memudahkan anda semua menilai ketiga-tiga definisi tersebut.Ya!! GOD atau dengan bahasa cantiknya adalah Allah,itulah yang membezakan undang-undang yang cipta manusia dengan Allah.NAmun masih ada yang buta mata dan hati dalam hal ini,masih lagi mahu mempertahankan undang-undang manusia kemudian memperlekehkan undang-undang Allah.

Saya pernah menanyakan kepada Pensyarah ‘BUSINESS LAW’ saya berkenaan kenapa Undang-undang di Malaysia hanya dibahagikan kepada dua iaitu CIVIL dan CRIMINAL dan tidak ada Syariah Law dalam pembahagian tersebut??(ketika itu juga pensyarah saya seakan tidak percaya yang saya akan membangkitkan persoalan itu).

Kemudian pensyarah yang juga seorang peguam menjawab bahawa undang-undang Malaysia tertaluk dibawah sections 3(1) of the Civil Law act 1956 (revised 1972) didalam seksyen tersebut ia menyatakan, “in Peninsular Malaysia, the courts shall apply the common law of England and the rules of equity as administered in England on the 7th day of April,1956,than in Sabah and Sarawak, the courts shall apply the common law of England and the rules of equity, together with statutes of general application, as administered or in force in England on the 1st day of December 1951 and the 12th day of December 1949 respectively.”

Saya tersenyum bila mendengar jawapan terbebut,petah dan bijaksana pensyarah saya ini memang layak jadi seorang peguam.Namun jawapan beliau membawa saya kepada soalan seterusnya yang saya rasakan ia perlu dipersoalkan.

“So. Our country didn’t have sovereignty, that’s true sir?” Saja saya memberi soalan ‘provoke’ berbentuk ayat tanya kepada pensyarah saya,agar ia menjadi lebih dramatic.

“No, its didn’t mean that our country don’t have sovereignty, but Malaysia is a part of colonies that’s why we should follow the Common Law. And we’re not following the whole law; we just follow the law if the law is applicable.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh pensyarah saya diatas, “kita sebahagian dari jajahan England dan kita mesti mengikut semua undang-undang yang telah mereka gubalkan.Tetapi kita hanya ikut jika undang-undang itu masih praktikal”

Saya mahu mempersoalkan lagi disini,jika kita masih mengikut telunjuk orang yang pernah menjajah kita ini bermakna kita masih lagi dibawah jajahan mereka.Semua orang boleh terima kata-kata saya ini,masakan kita masih mahu mengikut undang-undang mereka setelah kita bebas???Jadi apa makna kebebasan Negara kita????

Dan lagi tidak logik setelah kita berhempas pulas cuba untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai Negara Islam(sehinggakan seorang ulama besar dari sebuah University Islam terkemuka pernah mengakuinya) kita masih menggunakan undang-undang yang digubal oleh mereka yang bukan beragama Islam.Dan keadaan yang paling Pelik dan ajaib ialah meletakkan mahkamah Syariah dibawah Mahkamah Tinggi dan dijadikan sebagai Subordinat Court dan bukannya Superior Court(rujuk General Principle of Malaysian Law,5th edition by Lee Mei Pheng)

Saya berasa Malu dan terhina bila Mahkamah Syariah dikatakan sebagai subordinate Court bukannya Superior Court sedangkan Undang-undang Islam digubal oleh Allah dan undang-undang Civil dan Criminal yang diagung-agungkan itu hanyalah cebisan pemikiran manusia yang terhad akalnya.Saya bukan mereka-reka pernyataan ini tapi ia sendiri dinukilkan atau didefinisikan oleh tokoh undang-undang dunia antaranya oleh Tolstoy :“rules established by MEN who have control of organized power and which are enforced against the recalcitrant by the lash, prison, or even murder.”

Kalau begini lah gayanya dan sikapnya maka tiada apa-apa yang boleh dibanggakan dengan nama NEGARA ISLAM selain dari kehinaan dari Allah.Aggaknya akal ‘mereka’ masih tidak boleh menilai dengan baik definisi undang-undang diantara undang manusia dengan undang-undang tuhan,orang yang waras tentu sekali tidak akan menafikan bahawa undang-undang yang cipta tuhan adalah yang terbaik,tidak ada kesilapan dan penggubalan atau pembatalan, berbanding dengan undang-undang manusia yang seringkali terlibat dengan seribu satu percanggahan dan permasalahan

Fikir-fikirkan lah wahai para pembaca sekalian.Jika kalian pemuda dan pemudi islam maka andalah pewaris Negara dan sanggupkah anda semua meneruskan semua ini di masa hadapan??fikirkan lah sejenak,dan buatlah keputusan dengan fikiran yang waras berteraskan iman dan taqwa bukan berteraskan nafsu pada pangkat dan sebagainya.

sumber :- http://www.yussamir.com/2007/06/bezanya-undang-undang.html

-bukan bercakap atas kapasiti politik, atas dasar saya taat kepada sistem Allah SWT.

Seketika bersama Jemaah Tabligh-Fadhilat Amal

oleh:ibnuyusofaljohori

Satu masa dulu sebelum saya mengenali ilmu hadis secara dekat saya pernah didatangi seseorang dari Jamaah Tabligh.Dengan berjubah,berserban,bercelak dan serba serbi cara pemakaian bersandarkan Sunnah Nabi beliau mendekati saya dan cuba berbasa-basi dengan saya.Saya pada awalnya berasa kaget dan tak selesa tapi saudara itu pandai mengambil hati saya dan cuba bermuka manis dengan saya.Saya terpesona dengan akhlaknya…..

Kemudian tidak berapa lama azan zuhur sudah berkumandang kami pun beredar untuk mengambil saf masing-masing didepan.Usai solat Zuhur seorang lelaki berjanggut lebat bangun dan menyampaikan pesan bahawa selepas solat sunat Zuhur akan diadakan kuliah kitab Fadhail Amal.Erm..menarik minat saya,disebabkan saya ketika itu asing lagi dengan kitab-kitab sebegitu dan perwatakan lelaki yang ‘alim’ itu membuatkan saya terpaku punggung didalam masjid.

Tidak berapa lama seorang lelaki separuh umur duduk dikerusi yang disediakan didepan makmum.saya kira dia adalah Syeikh yang akan menyampaikan kuliah yang dikatakan sebentar tadi.

Tiba-tiba saya kedengaran beberapa suara dari belakang saya berbicara secara bisik-bisik:

“Kitab tu kan penuh dengan hadis-hadis daif,kenapa Ajk surau ni membenarkan kitab itu diajarkan??”……Saya mula resah,apa itu hadis daif??bahaya ke dengar kuliah ini?Bunyinya macam sesuatu yang serius..Mahu ke aku meneruskan niat untuk mendengar kuliah ini???Saya menjadi risau dan resah setelah mendengar rungutan pemuda dibelakang saya tadi…Saya mengalah,tak mahu meneruskan niat untuk turut serta dalam kuliah tersebut,tapi saya bukan terus balik ke rumah tapi terus ke perpustakaan yang berdekatan dengan rumah saya.Semata-mata untuk mengetahui apa itu hadis daif…Namun ketika itu kefahaman saya tentang hadis tidak berapa seperti sekarang..Alhamdulilah…

Mungkin perkara ini pernah menimpa diri anda semua,dan anda sentiasa keliru sama ada boleh atau tidak kita pelajari dan menggunakan hadis-hadis daif dalam kuliah dan dilakukan sehari-hari dalam kehidupan kita.Dan kebanyakkan kita diajari bahawa hadis daif ini harus hukumnya didalam perkara fadail amal dan tidak mengapa mengamalkannya.Bertitik tolak dengan kekeliruan itu saya merasa bertanggungjawab untuk memberitahu dan memberi sedikit pengetahuan tentang kebenaran penyataan ini.

Sebelum kita pergi jauh,marilah kita berkenalan dulu dengan apa itu HADIS DHAIF??

Maksud Hadis Dhaif adalah Setiap hadis yang tidak terhimpun padanya semua syarat hadis sahhih dan tidak pula semua syarat hadis Hassan.(rujukan:Al-manhal ar-rawiy(ms/38);Muqadimatu Ibni Ash-Shalah(ms/20);Irsyad Thullab Al-Haqaiq(1/153)

Al-Baiquni berkata didalam Nazham yang disusun beliau

“كل ما عن رتبه الحسن قصر,فهو الضعيف له افسام كسر ’’

“segala yang berpaling dari tingkat hassn ditinggalkan,dia lemah dan banyak macam-macamnya’’(rujukan:Al-manzumah al-Baiquniyah ma’a at-taqrirat as-suniyah)

Berdasarkan pemerhatian,pembelajaran dan pengkajian saya mengenai hadis daif ini,banyak sekali ulama-ulama hadis mengatakan ketidakbolehan penggunaan hadis dalam segala macam hal.Saya memetik kata-kata Syeikh Al-Qasimi didalam kitabnya beliau berkata “Diceritakan oleh Ibnu Sayyid al-Nas didalam kitab ’Uyun al-athar daripada Yahya Bin Mu’in dan dinisbahkan pula didalam Fathul Mughis karya Abi Bakr Ibni Arabi “Secara zahirnya sesungguhnya mazhab al-bukhari,Muslim adalah tidak boleh beramal dengan sebarang hadis Dhaif’’.

Baiklah jika ada yang masih mahu memperkatakan hadis daif adalah harus digunakan dek kerana Imam Nawawi pernah menyebutkan perihal bolehnya beramal denga hadis daif dalam perihal fadail Amal,maka saya mahu menegaskan bahawa kebolehan itu bukan atas dasar mutlaknya keharusan penggunaan hadis daif itu sendiri.

Saya merujuk perkara ini melalui kitab Al-Maraqah jilid 2 ms/381 karya Syeikh Ali al-Qari beliau berkata “Sesungguhnya hadis Dhaif ini boleh diamalkan didalam perkara-perkara yang tergolong didalam amalan-amalan tambahan(fadail amal),dan sesungguhnya perkara itu merupakan hasil ijmak ulama yang sebagaimana telah dikatakan oleh Imam nawawi.Namun,yang dimaksudkan itu (fadail amal) disini adalah amalan-amalan yang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KitabuAllah dan Sunnah RasulAllah ’’

Atas dasar inilah beramal dengan hadis Dhaif hukumnya jatuh harus sekiranya telah didapati ketetapan dan jelas tentang amalan yang disyariatkan didalam hadis Dhaif berkenaan dengan yang lainnya serta didapati juga suatu hujah yang tepat.

Namun terdapat beberapa syarat yang ditetapkan dalam penggunaan hadis daif ini.Antara syaratnya ialah:

Pertama:Mereka yang beramal dengan hadis Dhaif itu mestilah yakin dan mempunyai iktikad bahawa apa yang ia amalkan adalah berdasarkan kepada hadis dhaif .

Kedua:hendaklah perbuatan itu tidak disyariatkan dan tidak pula disyiarkan.Ini bertujuan agar orang lain tidak terikat beramal dengan hadis dhaif sebab pada dasarnya orang itu telah beramal dengan apa yang tidak disyariatkan.Disamping itu juga untuk mengelakkan dari orang-orang yang jahil beranggapan bahawa ia adalah satu amalan dari Nabi.

(rujuk kitab 50 masalah penting dalam agama dari tinjauan hadis sahih dan dhaif terjemahan langsung dari kitab Al-manar al-munif fi sahih wa dhaif oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziah)

Ketiga: Hendaklah tingkatan Dhaifnya itu tidak terlalu rendah atau buruk.(rujuk kitab Mahabith fi ulum quran oleh syeikh Manna’ khalil Al-Qathan)

Hujah-hujah keharusan yang saya bawa itu adalah berdasarkan kepada pandangan ulama yang menerimanya,walaubagaimanapun penerimaan itu bukanlah secara mutlak tapi berdasarkan beberapa syarat yang perlu diikuti.

Walaubagaimanapun ramai juga ulama yang menolak secara mutlak dalam penggunaan hadis ini,antaranya adalah Muhaqiq Al-Imam As-Syaukani.Beliau menolak dan membidas orang yang mengatakan dengan begitu mudah bahawa ahlul Ilmi telah pun berijmak keatas penggunaan hadis Dhaif didalam fadail amal dan kemudian mereka telah menceritakan semuannya itu(apa yang dimaksudkan oleh As-Syaukani adalah,ada segelintir orang memudahkan urusan pengunaan hadis daif sedangkan mereka tidak meniliti dan mahid dalam bidang hadis,maka apabila mahu menggunakan hadis daif merke berdalilkan kata-kata ulama yang mengharuskan penggunaannya.Tanpa menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan),.

Sesungguhnya mereka(ulama-ulama yang mengharuskan) telah berpegangn kuat didalam hadis-hadis ahkam,beliau berkata:“Sesungguhnya hukum-hukum syariat itu mempunyai kedudukan yang sama dan sedarjat,tidak ada perbezaan antara satu sama lain.Dengan demikian maka tidaklah benar(disisi undang-undang islam) untuk mengisytiharkan dan menetapkan satu perkara didalam hal ehwal syariat kecuali ianya telah diperjelaskan akan adanya hujah-hujah yang terang dan nyata.Jika tidak ini bererti ia telah mengatakan sesuatu perkara tentang (hukum-hukum Allah) yang ianya tidak dikatakan atau ditegaskan oelh Allah dan RasulNYA sendiri.Oleh yang demikian ia berhak menerima dosa dan azab daripada Allah.Dan di sebalik itu pada hakikatnya,cukuplah hati ini sebagai saksi diatas pemalsuan dan apa yang datang dalam makna ini.’’(rujuk kitab50 masalah penting dalam agama dari tinjauan hadis sahih dan dhaif terjemahan langsung dari kitab Al-manar al-munif fi sahih wa dhaif oleh Ibnu Qoyyim Al-Jauziah)

Kesimpulannya,atas dasar pengkajian saya tentang hadis daif ini bahawa saya membuat kesimpulan bahawa pendapat yang paling rajih ataupun mendekati kebenaran bahawa HADIS DHAIF TIDAK BOLEH DIGUNAKAN didalam segala hal pun.Saya mengambil balik kata-kata Syaukani perihal ini “ tidaklah benar(disisi undang-undang islam) untuk mengisytiharkan dan menetapkan satu perkara didalam hal ehwal syariat kecuali ianya telah diperjelaskan akan adanya hujah-hujah yang terang dan nyata.’’

Dan sudah terang dan bersuluh bahawa hadis Dhaif adalah tidak terang dan nyata hujah-hujahnya,oleh itu meninggalkannya adalah lebih mendekati sunnah dan mengelakkan diri dari terjerubus kedalam Amaran Nabi berkenaan dengan amaran jangan berdusta ketas beliau.

وان كذبا على ليس ككذب على احد فمن كذب على متعمدا فليتبوا مقعده مى النار (رواه مسلم)

“Sesungguhnya berdusta keatas diriku bukanlah sama seperti mendustakan kepada seseorang,maka sesiapa yang berdusta kepadaku dengan adanya unsure kesengajaan,silakan mengambil tempat duduknya didalam api neraka.”

Akhir sekali ingatlah hadis ini:

اتقوا الحديث عنى الا ما علمتم(رواه ترمدذى و ابو شيبه)

“takutlah(hati-hatilah) kamu didalam menyampaikan hadis daripada saya,kecuali apa-apa (hadis) yang engkau semua telah ketahuinya“

sekain................................

copy dari http://www.yussamir.com/search?updated-max=2007-07-20T13%3A02%3A00-07%3A00&max-results=20