Monday, June 27, 2011

Alangkah kerdilnya diri ini

Mengapa kita tetap angkuh..tetap sombong dengan Allah. Masih lagi berterusan melakukan kemungkaran, hari-hari melakukan maksiat dan dosa. Masih lagi ada yang tidak mahu sujud kepadaNya, tidak mahu patuh dengan arahanNya. Walaupun kita melakukan dosa, Dia dengan sifatnya yang Maha Pengasih..masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk kita menggunakan nikmatNya iaitu menyedut udaraNya, makan dan minum, diberikan kesihatan badan, harta kekayaan, dan lain-lain. Dia juga masih memberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Begitu pengasih dan penyayangnya Allah s.w.t.

Oleh itu, tak perlu lah kita berasa hebat atau ujub dengan diri masing-masing, kita perlu sedar..kita tak memiliki apa-apa, tubuh badan dan nyawa kita pun adalah milik Allah s.w.t. Betul kan? Tak ada sebab untuk kita merasa diri ini begitu hebat, jika tiada bantuan dan izin dariNya..kita tak mampu melakukan apa-apa pun. Muhasabah itu perlu untuk diri kita, supaya kita tak leka dan alpa dan supaya kita sedar bahawa kita hanyalah seorang hamba. Hamba tidak memiliki apa-apa dan hamba hanya mempunyai tugas untuk memberi (berkhidmat) dan bukan memiliki(berasa diri besar dan hebat)..

No comments:

Post a Comment