Thursday, March 29, 2012

Pesanan Imam 4 Mazhab

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahiim...

Saudara, hari ini kita sbg umat Islam sering bertelagah dan sering berbantah, kerana kekeliruan kita tentang mazhab dan fahaman mazhab, sehinggakan kita membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Semua ini berlaku kerana kita hanya belajar Islam dari turun temurun berzaman, dengan menelan bulat2 tanpa kita mengkaji apakah ianya sejajar dgn ketetapan Allah Azza Wa Jalla mengikut al-Quran? Atau, sejajar dgn ajaran dan petunjuk Rasulallah (s.a.w)? Dalam banyak perkara, kita terima bulat-bulat Islam kerana kita lahir Islam. Tidak ada usaha kita untuk mengaji dan belajar Islam dengan mempelajari al-Quran dan as-Sunnah dalam kita beramal dan kerjakan ibadah. Alhamdulillah di nusantara ini ramai tokoh2 ilmuan Islam yg tersohor serta mursyid dlm menyampaikan ajaran Islam. Tetapi apa yg menjadi persoalan apabila berlakunya perkara khilafiyyah terhadap sesuatu perkara apakah jalan selamat bg kita? Apakah kita akan menuduh pihak yg satu lagi sebagai salah? sesat dsb?Atau kita akan menyalahkan mursyid yg mengajar kita apabila pendapatnya sedikit bercanggah? Ingatlah pesan Rasulallah s.a.w bhw jika terdapat perselisihan, jalan paling afdhal adalah kembali kpd al-Quran dan as-sunnah. Tidak ada gunanya kita berbalah demi perselisihan yg samar kerana ianya hanya akan menimbulkan bibit2 perpecahan malah melemahkan umat Islam itu sendiri. menerima pendapat itu lebih baik dan tolaklah ia dengan berhikmah jika tidak bersetuju serta bahaskanlah dalil2 dari al-quran dan as-sunnah dan peganglah ia. Lupakanlah pegangan akal...

Begitu jugalah dgn fahaman kemazhaban yg kita terima dari nenek moyang kita. Apakah itu sebenarnya fahaman kemazhaban? Atau, sudah timbul penyimpangan dalam fahaman kemazhaban sendiri...

Di sini saya kongsikan sedikit pesanan dari 4 Imam mazhab dan marilah kita teliti pendirian mereka yg dikatakan pengasas fahaman kemazhaban supaya kita tahu realiti asas ajaran mazhab.


Pesanan Imam asy-Shafie(Mazhab asy-Syafie)

Imam as-Syafie berkata:
"Setiap masalah itu jika di dalamnya terdapat hadith sahih dari Rasulallah (s.a.w) menurut para pakar hadith, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk (yakni, tarik balik) di dalam hidupku dan setelah aku mati."
[al-Hilyah 9/107, al-Harawi 4/71]

Imam as-Syafie juga berkata:

"Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadith yang sahih yang diriwayatkan dari Rasulallah (s.a.w) menyanggahi pendapatku, maka hadith itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku (i.e. ikutilah ketetapan hadith itu)."
[al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/34,Beirut, Muassasah al-Risalah]

Juga Imam as-Syafie berkata:

"Setiap hadith daripada Rasulallah (s.a.w) adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya dariku."
[al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/35]

Katanya lagi:

"Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya suatu sunnah daripada Rasulallah (s.a.w), maka tidak boleh meninggalkannya (i.e. menolak sunnah itu) kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia."
[ibnu Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/263]

Katanya lagi:

"Setiap perkara yang telah aku perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama’ hadith daripada Nabi (s.a.w), maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas matiku."
[ibnu-Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/266]

Katanya lagi:

"Apabila sahihnya sesuatu hadith maka itulah mazhabku."
[al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala, 10/35]


Pesanan Imam Abu Hanifah(Mazhab Hanafi)

Kata Imam Abu Hanifah:
"Tidak dihalalkan bagi seseorang berpegang kepada perkataan kami (i.e. Abu Hanifah), selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya."
[Ibnu Abdl Barr, al-Intiqa’u fi- fada’ilits Tsalasatil A’immatil Fuqaha’i. m.s 145]


Pesanan Imam Malik b Anas(Mazhab Maliki)

Imam Malik berkata:
"Sesungguhnya aku ini adalah seorang manusia yg kadang kala salah dan kadang kala benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka ambillah. Dan setiap (pendapatku) yang tidak sesuai dengan al-Kitab (i.e. al-Quran) dan as-Sunnah, maka tinggalkanlah."
[Abd Barri di dalam al-Jami’, 2/32]


Pesanan Imam Ahmad ibn Hanbal(Mazhab Hanbali)

Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata:
"Janganlah engkau taklid (i.e. mengikuti) kepadaku dan janganlah engkau mengikuti Malik, Syafie, Auza’i, dan at-Tsauri. Tapi ambillah dari mana mereka mengambil (i.e. sumber pendapat mereka)."
[al-Fulani 113, dan ibnu al-Qayim di dalam al-Ilam, 2/302]

Saudara, itulah rumusan ajaran yg dibawakan oleh empat tokoh imam yg dikatakan pengasas fahaman kemazhaban. Yg lebih utama bukan fahaman yang mereka bawa. Yg paling utama adalah kita ilmukan diri kita dengan mengaji dan pelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka kita akan faham Islam dan tuntutannya.

Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda:

"Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam (yakni, kitab Allah (a.w), maksudnya al-Quran)) dan hidayah (yakni, petunjuk Rasulallah (s.a.w)). Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, dan perkara-perkara yang tidak baik itu adalah pembaharuan (dalam urusan atau perkara ugama) yang diada-adakan (yakni, yang tiada dalam as-Sunnah), dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan)."
[Sebahagian Hadith Ibnu Majah]

Saudara, di sini telah dirumuskan bahawa pegangan mazhab hanyalah sandaran kpd pegangan Imam-Imam dan para ulamak muktabar... Realitinya mereka sendiri berpegang kpd ajaran Rasullallah s.a.w dan mengakui bahawa mereka juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Tidak ada kesalahan mengikut mazhab tetapi perkara utama dan wajib adalah al-Quran dan as-sunnah... Wallahua'lam


Jazakallahu khairan

Monday, March 5, 2012

Asal-usul Dalam Solat

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:

Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:

Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

DZUHUR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Dzuhur ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:

Bersyukur bagi penebusan .

Rakaat kedua:

Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .

Rakaat ketiga:

Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:

Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:

Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua:

Kelam dengan air laut .

Rakaat ketiga:

Kelam dengan malam.

Rakaat keempat:

Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:

Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua:

Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga:

Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYA’:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:

Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua:

Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:

Dukacita terhadap Firaun..

Rakaat keempat:

Dukacita terhadap anak Firaun.

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Makna Bacaan Dalam Solat

Allah Maha Besar - (Takbiratulihram)

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Kalau bisa, hafal lah dan fahamkan akan setiap makna mahupun erti dalam bacaan solat. Insya-ALLAH, semoga solat kita lebih kusyu’ dari sebelum ini. Insya-ALLAH! Belilah buku panduan solat di kedai-kedai buku agama yang tersedia ada. Buku panduan solat bukan sahaja untuk mereka yang baru ingin menjinakkan diri dalam pelajaran menunaikan solat, tetapi ia juga baik untuk kita yang sudah belajar agar lebih memahami akan makna bacaan kita dalam solat. Bukan itu sahaja sahabat semusleem ku. Mudah-mudahan dengan seizin ALLAH, kita lebih merasakan kemanisan dalam bersolat di hadapan ALLAH Azza wa Jalla juga.

Ukhti dan Akhi sekalian, maaf jika ada kecacatan pada ‘penyampaian tentang asal usul dalam solat’ di atas ini. Jika terdapat sebarang kesilapan sila jangan segan silu untuk menegur ya. Wallahu a’lam bisowob. Sekian, wassalam.

Credits to: sahabatmusleem for the sharing! (=