Thursday, March 29, 2012

Pesanan Imam 4 Mazhab

Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahiim...

Saudara, hari ini kita sbg umat Islam sering bertelagah dan sering berbantah, kerana kekeliruan kita tentang mazhab dan fahaman mazhab, sehinggakan kita membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Semua ini berlaku kerana kita hanya belajar Islam dari turun temurun berzaman, dengan menelan bulat2 tanpa kita mengkaji apakah ianya sejajar dgn ketetapan Allah Azza Wa Jalla mengikut al-Quran? Atau, sejajar dgn ajaran dan petunjuk Rasulallah (s.a.w)? Dalam banyak perkara, kita terima bulat-bulat Islam kerana kita lahir Islam. Tidak ada usaha kita untuk mengaji dan belajar Islam dengan mempelajari al-Quran dan as-Sunnah dalam kita beramal dan kerjakan ibadah. Alhamdulillah di nusantara ini ramai tokoh2 ilmuan Islam yg tersohor serta mursyid dlm menyampaikan ajaran Islam. Tetapi apa yg menjadi persoalan apabila berlakunya perkara khilafiyyah terhadap sesuatu perkara apakah jalan selamat bg kita? Apakah kita akan menuduh pihak yg satu lagi sebagai salah? sesat dsb?Atau kita akan menyalahkan mursyid yg mengajar kita apabila pendapatnya sedikit bercanggah? Ingatlah pesan Rasulallah s.a.w bhw jika terdapat perselisihan, jalan paling afdhal adalah kembali kpd al-Quran dan as-sunnah. Tidak ada gunanya kita berbalah demi perselisihan yg samar kerana ianya hanya akan menimbulkan bibit2 perpecahan malah melemahkan umat Islam itu sendiri. menerima pendapat itu lebih baik dan tolaklah ia dengan berhikmah jika tidak bersetuju serta bahaskanlah dalil2 dari al-quran dan as-sunnah dan peganglah ia. Lupakanlah pegangan akal...

Begitu jugalah dgn fahaman kemazhaban yg kita terima dari nenek moyang kita. Apakah itu sebenarnya fahaman kemazhaban? Atau, sudah timbul penyimpangan dalam fahaman kemazhaban sendiri...

Di sini saya kongsikan sedikit pesanan dari 4 Imam mazhab dan marilah kita teliti pendirian mereka yg dikatakan pengasas fahaman kemazhaban supaya kita tahu realiti asas ajaran mazhab.


Pesanan Imam asy-Shafie(Mazhab asy-Syafie)

Imam as-Syafie berkata:
"Setiap masalah itu jika di dalamnya terdapat hadith sahih dari Rasulallah (s.a.w) menurut para pakar hadith, namun bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku rujuk (yakni, tarik balik) di dalam hidupku dan setelah aku mati."
[al-Hilyah 9/107, al-Harawi 4/71]

Imam as-Syafie juga berkata:

"Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadith yang sahih yang diriwayatkan dari Rasulallah (s.a.w) menyanggahi pendapatku, maka hadith itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku (i.e. ikutilah ketetapan hadith itu)."
[al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/34,Beirut, Muassasah al-Risalah]

Juga Imam as-Syafie berkata:

"Setiap hadith daripada Rasulallah (s.a.w) adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya dariku."
[al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala 10/35]

Katanya lagi:

"Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya suatu sunnah daripada Rasulallah (s.a.w), maka tidak boleh meninggalkannya (i.e. menolak sunnah itu) kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia."
[ibnu Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/263]

Katanya lagi:

"Setiap perkara yang telah aku perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama’ hadith daripada Nabi (s.a.w), maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas matiku."
[ibnu-Qaiyim al-Jauziah, ‘iilam al-Muaqqi’in 2/266]

Katanya lagi:

"Apabila sahihnya sesuatu hadith maka itulah mazhabku."
[al-Zahabi, Syi’ar Alam al-Nubala, 10/35]


Pesanan Imam Abu Hanifah(Mazhab Hanafi)

Kata Imam Abu Hanifah:
"Tidak dihalalkan bagi seseorang berpegang kepada perkataan kami (i.e. Abu Hanifah), selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya."
[Ibnu Abdl Barr, al-Intiqa’u fi- fada’ilits Tsalasatil A’immatil Fuqaha’i. m.s 145]


Pesanan Imam Malik b Anas(Mazhab Maliki)

Imam Malik berkata:
"Sesungguhnya aku ini adalah seorang manusia yg kadang kala salah dan kadang kala benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka ambillah. Dan setiap (pendapatku) yang tidak sesuai dengan al-Kitab (i.e. al-Quran) dan as-Sunnah, maka tinggalkanlah."
[Abd Barri di dalam al-Jami’, 2/32]


Pesanan Imam Ahmad ibn Hanbal(Mazhab Hanbali)

Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata:
"Janganlah engkau taklid (i.e. mengikuti) kepadaku dan janganlah engkau mengikuti Malik, Syafie, Auza’i, dan at-Tsauri. Tapi ambillah dari mana mereka mengambil (i.e. sumber pendapat mereka)."
[al-Fulani 113, dan ibnu al-Qayim di dalam al-Ilam, 2/302]

Saudara, itulah rumusan ajaran yg dibawakan oleh empat tokoh imam yg dikatakan pengasas fahaman kemazhaban. Yg lebih utama bukan fahaman yang mereka bawa. Yg paling utama adalah kita ilmukan diri kita dengan mengaji dan pelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka kita akan faham Islam dan tuntutannya.

Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda:

"Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam (yakni, kitab Allah (a.w), maksudnya al-Quran)) dan hidayah (yakni, petunjuk Rasulallah (s.a.w)). Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, dan perkara-perkara yang tidak baik itu adalah pembaharuan (dalam urusan atau perkara ugama) yang diada-adakan (yakni, yang tiada dalam as-Sunnah), dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan)."
[Sebahagian Hadith Ibnu Majah]

Saudara, di sini telah dirumuskan bahawa pegangan mazhab hanyalah sandaran kpd pegangan Imam-Imam dan para ulamak muktabar... Realitinya mereka sendiri berpegang kpd ajaran Rasullallah s.a.w dan mengakui bahawa mereka juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Tidak ada kesalahan mengikut mazhab tetapi perkara utama dan wajib adalah al-Quran dan as-sunnah... Wallahua'lam


Jazakallahu khairan

No comments:

Post a Comment