Monday, September 12, 2011

Qudwah Hasanah

Memberi Dan Menerima Nasihat (^_-)

Memberi nasihat tidak menjadikan seseorang itu lebih hebat, lebih sempurna, lebih tinggi darjatnya daripada yang diberi nasihat.

Ianya sekadar memenuhi amanah Allah S.W.T supaya sentiasa ingat-mengingati dan saling berpesan-pesan kerana manusia itu sentiasa alpa dan dalam kerugian.

Menerima nasihat juga tidak menjadikan seseorang itu kurang hebat, kurang sempurna ataupun lebih rendah darjatnya daripada yang diberi nasihat.

Tetapi menandakan bahawa Allah S.W.T menyayangi kita lalu menghantar seseorang untuk mengingatkan dan mengembalikan kita dari alpa dan leka.

Menerima nasihat tidak bermakna kita perlu melakukan sepenuhnya apa yang dinasihatkan tetapi lebih kepada menghormati nasihat yang diberi dan membuat pertimbangan sendiri untuk mencari ketenangan diri.

Tidak perlu timbul rasa benci kepada orang yang memberi nasihat kerana merasakan pemberi nasihat itu berlagak hebat dan sempurna.

Jika kita hanya sanggup menerima nasihat daripada orang yang hebat dan sempurna, akhirnya tiada siapa pun yang akan mengingatkan kita di saat kita lupa dan alpa kerana tiada manusia yang hebat dan sempurna.

P.S.: AQ hanya berharap agar suatu hari nanti seandainya AQ lupa dan alpa, akan ada manusia yang mengingatkan dan berpesan-pesan kepada AQ.

2 comments: