Friday, August 20, 2010

Renung2kan....Luahan hati isteri kedua



Aku isteri kedua. Aku dituduh sebagai perampas suami orang. AKu dikeji, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai tomahan yang menyakitkan. Sebelum ni aku pekakkan telinga kerana percaya bahawa cinta kami mampu mengatasi segala dugaan yang melanda. Ternyata aku silap. Sudah sepuluh tahun kami bernikah. Keluarga mertua dan ipar duai masih tak dapat menerima aku. Malah anak-anak aku juga dibenci. Maduku memang tak bersetuju kami berkahwin sepuluh tahun lalu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri dan mungkin memendam rasa hingga kini. Aku cuba merebut kasih suami dan memastikan aku dan anak-anak mendapat kelebihan utama dari maduku dan anak-anaknya. Benar aku menang. Aku bukan saja berjaya merampas suami maduku tetapi juga ayah kepada anak-anaknya.

Tapi hidupku tak seperti pasangan lain. Aku tak pernah merasa kasih sayang ibu mertua atau keakraban ipar duai. Setiap kali raya aku akan disisihkan. Kami akan bergilir-gilir pulang ke kampung. Tahun pertama, suami membawa aku dan maduku pulang ke kampung bersama. Aku diperlekehkan. Semua orang membenci aku. Ipar duai ku yang mulut celupar mengutuk aku depan-depan. Tahun kedua, aku beraya di rumah aku dan aku sangat bahagia. Tetapi petang raya pertama suami aku harus pergi menemui anak-anaknya dirumah isteri pertama. Aku ingatkan sebab aku takde anak, maka dia lebih selesa dengan anak-anaknya.

Tahun ke tiga kami dapat seorang anak, waktu itu aku baru habis pantang dan beraya sendirian tanpa suami kerana tahun itu giliran suami beraya dengan isteri dan anak-anaknya. Sepatutnya dia menemui aku pada hari raya kedua tetapi mak mertua aku memaksa dia pulang ke kampungnya. Suami ajak aku balik sekali tapi aku dah serik. Mereka buat aku macam aku ni tak wujud. Aku rasa terasing dan berkecil hati dengan sikap mereka.

Rumah aku dan rumah maduku jaraknya 45 minit. Suami aku tak dapat bergilir-gilir setiap hari kerana sukar baginya untuk berulang sejauh itu, jadi kami ambil keputusan untuk mengambil giliran sorang seminggu. Seminggu suami disana dan seminggu disini. Pada awal perkahwinan kami, aku berjaya buat suami duduk bersama aku selama 2-3 minggu. Dalam sebulan kadang-kadang seminggu je suami di rumah maduku.

Kini semuanya berubah. Anak-anak maduku kini sudah berjaya. Mereka juga sudah besar-besar dan semuanya sudah tamat pelajaran. Suami aku seakan selesa bersama anaknya yang berjaya sedangkan anak-anak aku yg masih kecil dianggap menyusahkan. Kini anak-anak maduku sudah berkerjaya dan berjaya. Sesekali mengajak ayahnya bercuti keluar negara dan aku sering ditinggalkan. Maduku dan anak-anaknya seolah-seolah nak buat suami gembira ketika disamping mereka hingga melupakan aku. Begitu yang aku lakukan sejak 10 tahun lalu. Kini aku kembali terima nasib yang sama.

Pernah satu hari, anak aku sakit. Aku cuba hubungi suami tapi tak dapat. Aku terpaksa tebalkan muka kerumah maduku untuk mencari suami. hanya anak bungsu suami yang berusia 19 tahun yang ada dirumah dan dia kata ayah, ibu dan abang kakanya bercuti ke London. AKu minta dia berikan contact number suami sebab anak aku sakit. Anak bongsu suami marahkan aku. dia berkata dengan kasar 'tak puas lagi ke ganggu kebahagiaan orang?' aku menahan diri. biarlah dia nak cakap apa-apa asalkan aku dapat cara untuk hubungi suami aku. tapi dengan sombong, anak bongsu suami baling duit 300 ratus ringgit dan suruh aku hantar anak aku ke klinik. Aku rasa terhina tapi aku ambik jugak duit tu sebab aku takde duit nak rawat anak aku sakit.

Baru-baru ni, anak sulong suami mencadangkan suami agar ayahnya berkahwin lagi satu. mereka memperkenalkan ayahnya dengan seorang janda muda kematian suami pada hari ke 3 mereka bernikah. suami aku nampaknya macam suka. Anak sulong suami memberi alasan, kasihan kepada janda muda itu kerana kematian suami, yatim piatu dan tiada tempat bergantung. memandangkan suami aku mampu, maka anak-anaknya mencadangkan cadangan yang sangat menyakitkan hati aku. aku tau mereka sekadar nak membalas dendam kerana aku pernah merampas ayah mereka sepuluh tahun lalu.

suami aku kini berubah, dia sibuk dengan bakal isteri ke-3nya itu. aku makan hati. aku tak kerja, anak-anak pula masih kecil. memang aku tau suami aku mampu tapi batin aku tersiksa. mungkin ini balasan untuk aku. aku tiada tempat mengadu, mak aku dah pesan sejak mula tapi aku degil dan ikutkan kata hati. semuanya kerana cinta. baru aku terfikir, kalau suami aku dulu sanggup lupakan isterinya, abaikan anak-anaknya kerana aku, mungkin satu masa dia akan abaikan aku demi wanita lain. maklumlah barang baru.

kepada gadis-gadis diluar sana yang terjebak dengan cinta suami orang, fikirkanlah... bukan senang nak berkongsi kasih.

1. Keluarga mertua tak terima
2. Ipar duai mengutuk dan mengina
3. Effect pada anak-anak yang tak berdosa pun orang tak suka
4. Sukar merebut kasih sayang
5. bukan senang nak dapat suami yang betul-betul adil, salah sorang mesti ada yang lebih
6. hidup tak macam orang lain, ada masa kita rasa macam tidak bersuami
7. maki hamun orang setiap hari jadi doa, tak mungkin akan bahagia jika hari-hari orang doa yg tak baik tentang kita
8. ibu bapa kedua belah pihak tak restu

kita mungkin berjaya rampas suami orang, tapi berjayakah kita hidup bahagia, mengecapi nikmat rumahtangga sebenar? bagi suami hanya SEX yang paling nikmat dalam dunia, yang lain dia peduli apa?

106 comments:

  1. nak share leh x???i ll credit tu yu

    ReplyDelete
  2. Salam..tuan rumah
    Cerita ni kisah hidup family awak ke?
    Merampas dan berkongsi memang ada beza.
    Sebenarnya ramai isteri kedua yang diabaikan suami, cuma masyarakat yang menutup cerita dan buat cerita sebaliknya konon isteri tua yang teraniaya.
    Apapun kebaikan yang dilakukan isteri baru, semua dinafikan dan buat tak nampak.
    Dalam kisah awak ni, nampak sangat si ayah ni jenis yang tak pandai handle rumahtangga.
    Macam tak layak berpoligami.
    Suami wajib adil apabila berpoligami. Tanggungjawab besar. Pandai kawin baru, kena la pandai handle rumahtangga baru.
    Adil di sini adalah yang seboleh-bolehnya terutamanya perkara zahir.
    Jangan sesekali anda mengutuk org lain dengan ujian Allah,kerana org itu adalah yang dipilih Allah untuk meningkatkan darjatnya.
    Bersyukur dan redhalah dgn apa jua pemberian Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri pertama tetap yg pertama.. ia terjadi krn Allah lemparkan org yg tidak diredhai. merampas suami or merosak kbhgiaan org adlh prkra yg dilrg lntarn dikeji.bgi pihak suami pula tdk dgalakkn poligami jika thu diri tu xadil sedar diri la sikit.,

      Delete
    2. Betul yg pertama tetap yg pertama. Dan yg kedua ketiga keempat tetap isteri yg sah. Dlm hal ni suami yg tak layak poligami. Last2 anak carik carik jands muda. Anak2 pun pun bapaknya tak berlaku adil. Menambah dosa di bapak & menggalakkan bapak terjun dlm neraka.

      Delete
  3. salam.sy jg yg kedua dan dituduh perampas. kami baru 2 tahun berumahtagga, sejak tau die beristeri mmg sy mnjauhkan diri, tp die xputus asa mgajak aku kwin kerana rasa bertggjwb ke atas diri sy kerana mnymbunyikan selama ni, die cube pupuk rasa syg, bru die nak cerite yg sbnrnye, tp mlgnye saya tau sndiri mgenainya...tp kerana sikap tgjwb n berani berdepan dgn kuarga sy, sy akhirnye terima..
    madu konon nye mencanang die redha n terima kepada semua org, tp sebaliknye tak habis2 mghina n myalahkan saya, sms mcm2 pd sy, suami hanye tenang hadapi semua ni sbb die xnak besar2kan hal ini, cume katanye Tuhan je tahu ape dlm hatinya...mmg sy jg mengelak berbaik dgn madu, tp bukanla sy nak bermusuh, cume sy ckp dgn suami cukup la ape die ckp sy mcm2, dan cube memalukan sy di tempat keje dgn add kawan ofis sy dlm fb die, dan menayang gmbr die dgn suami..ape tujuan die, walhal die xkenal pun org2 opis tuh, tp pd sy yg penting suami n kuarga sentiasa ada sma sy, org nak kata ape, terpulag lah, mereka mgkin leh nilai sndiri tujuan madu sy buat begitu...sy penat nak memikir hal madu, jd sy hanye majlnkan hidup sy sebaik2nye dgn suami, itu yg lebih penting..
    madu sy nak tahu itu ini bile suami balik rumah sy, kemudian die sakit hati sndiri, kdg2 sy sndiri tlg jwb sms yg madu hantar kpd suami, kerana suami da xtau nk ckp ape lg..redha ke begitu...bile dgn sy, suami terpaksa mjwb semua sms die, tp bile turn sana,smpai uma aje, sy sndiri xsms suami, kerana sy tau klu sms belum tntu dbalas sbb suami xlarat nak layan angin madu sy klu suami sms saya walaupun sekali...dan keesokan hari jg selagi suami xmula sms sy, sy xkan sms dulu..itupun die tetap ckp sy ggu hidup die...redha ke begitu...ntahla, selagi boleh sbar saya akan terus bersabar...sume msg2 die sy simpan, jd die xleh nak berpura2, krna jika suami tanye ade sms sy ke? madu xkan mengaku, tp suami sy diamkan sj kerana suami tau yg sbnrnye..itu da cukup penting bg sy, xperlu la sy balas sms die, nak menerangkan semuanye, sbb bukan sy yg perlu buat itu semua,suami jg xgalakkan sy jwb melayan sms madu yg ntah ape2 tuh, itu tggjwb suami utk hadapi, kerana suami yg poligami kan, tp tetap isteri kedua yg nmpk salah nye....sabo je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mne awk berdepan ngn keluarga mase nk nikah dlu leh kongsikan???

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Sy juga isteri kedua..sy tahu sbln sblm kami berkahwin..dan sy terpaksa terima dia pd awalnye kerana sy mmg cintakan dia..dan juga kerana dia inginkn zuriat..hampir 8bln perkhawinan kami alhamdulillah suami mmg baik cuma kisah sy sme laa sy nie sntiase dikutuk n sntiase dpersalahkan..org pndg mulia pd bini ptme..sdgkn dowg xtaw kisah sbnrye..smpi skrg msh lg owg bcerita..dan menganggap sy perampas suami owg..sdgkn klo owg memahami..lau leh tolak sy dh tolak..tp smuanye jodoh..madu sy..sy knl sgt..dn sy tahu dia owgnye cmne..xpelh sy mengalah jika dia ingin sntiase mengambil hati belah suami sy..hati yg baik xkn bermuka2..jika dia ckp klo sy ppuan yg baik xkn merampas suami owg..sy bkn perampas..lau dia tu baik dia xkn bcerita n bermuka2..sy jgk sme jika di sna sy ssh utk sms suami sy..kdg bagai tiada suami..tp ape bole wat..owg hnye memandang isteri kedua perosak rumah tangga..kaji betul2..ade yg mmg dia nk cr suami owg sgp wat ape sje utk musnahkn umh tangga owg len..tp ada yg dia lakukan krne Allah..

      Delete
    4. Sy juga isteri kedua..sy tahu sbln sblm kami berkahwin..dan sy terpaksa terima dia pd awalnye kerana sy mmg cintakan dia..dan juga kerana dia inginkn zuriat..hampir 8bln perkhawinan kami alhamdulillah suami mmg baik cuma kisah sy sme laa sy nie sntiase dikutuk n sntiase dpersalahkan..org pndg mulia pd bini ptme..sdgkn dowg xtaw kisah sbnrye..smpi skrg msh lg owg bcerita..dan menganggap sy perampas suami owg..sdgkn klo owg memahami..lau leh tolak sy dh tolak..tp smuanye jodoh..madu sy..sy knl sgt..dn sy tahu dia owgnye cmne..xpelh sy mengalah jika dia ingin sntiase mengambil hati belah suami sy..hati yg baik xkn bermuka2..jika dia ckp klo sy ppuan yg baik xkn merampas suami owg..sy bkn perampas..lau dia tu baik dia xkn bcerita n bermuka2..sy jgk sme jika di sna sy ssh utk sms suami sy..kdg bagai tiada suami..tp ape bole wat..owg hnye memandang isteri kedua perosak rumah tangga..kaji betul2..ade yg mmg dia nk cr suami owg sgp wat ape sje utk musnahkn umh tangga owg len..tp ada yg dia lakukan krne Allah..

      Delete
    5. Biasa la awak..msyrkt ttp pndg mulia pd isteri pertama n pndg hina pd isteri kedua..walhal hakikat sbnr sebalikny..suami juga manusia biasa..klu isteri pertama sempurna sgla bnd, xkn tcuit ht dia nk mcri kedua..jodoh mmg d tgn Allah..maka kta sbg isteri kdua kne ikhlas dan redha ngn pbuatan isteri ptma..coz kte buat baik cmne pn diri kte ttp dibeza2kn..janji kte sentiasa igtkn Allah..insyaAllah hdup kte akan lbh tenang..biarkn la isteri ptma yg cetek pmikiran buat ape sj..coz mmg dia rs suami tu hak dia selamanya..dia lupa kuasa Allah..dia lupa tgjwb dia sbg isteri..muslimah..jgn kita jd spt dia krna mgkn kte akn sme spt dia..trus dimadukn..

      Delete
    6. Jalan cerita awak lebih kurang sy.. Saya pun isteri kedua. Awal perkahwinan baik2 ja lepas 3 minggu, dia abaikan. Dia mengaku dia x boleh berlaku adil tp waktu sama dia x nak lepaskan saya. Saya buntu sgt2. Bila nangis minta dia adil, bahagi masa dia rumah isteri tua dan saya. Dia cakap kira ok la dia dtg jenguk sy walaupun sejam dari x datang langsung. Entah sampai bila blh bersabar. Isteri tua lak, pandai rendahkan diri x marah suami tp saiko saya dengan gambar peluk mereka suami isteri, mengadu kt suami smua tentang sy jika sy letak gambar saya dgn suami di media sosial. Sedihnya..

      Delete
    7. assalam..poligami hanya utk isteri yg tidak mampu mjalankan tugas seorg isteri..disahkan tidak dpt mgndung..sakit berlarutan..tetapi kalau istri terbaik..solehah..pandai mnjaga harta suami..juga berjawatan tinggi dan mampu membahagikan masa dgn kerja dan rmahtangga...suami di luar sana x perlu lagi mncari isteri yg lain..cukuplah seorang kerana dikhuatiri tidak mampu mgurus masa..anak..nafkah yang sepatutnya diberikan kpd isteri..
      Suami yg berpoligami sbnarnya..sebelum berkahwin..ramai yg terlibat dgn hubungan sulit..curang..mgabaikan tanggungjawab seorg ayah dan suami kerana terlupa dan terleka dgn dunia indah yg dicipta mrk..
      kita sebagai wanita..seharusnya meletakkan diri ditempat yg tinggi..supaya dipandang mulia..
      Namun ramai wanita muda kini tidak mengendahkan situasi dan menolak kebenaran dan tidak dapat menerima nasihat dalam menjalinkan hubungan yang terlarang dgn suami org..
      Untuk pengetahuan wanita muda..wlpun suami org berkahwin dgn anda..hakikatnya dan realitinya..suami anda tetap tergila-gilakan isterinya..mencintai separuh mati..x mungkin ingin bercerai atau berpisah. kerana kasih sayang dan cinta yg telah dipupuk bertahun- tahun..isterinya mungkin lebih baik dari semua aspek tetapi tidak dinyatakan kepada anda kerana ingin mnjagaa hati..yang rugi adalah isteri kedua..kerana suami tidak mampu mengawal situasi
      Semakin berusia seorg lelaki..seiring dgn usia dan persekitaran..hakikatnya suami sudah tidak mampu dan tidak berdaya lagi utk menjaga anak yg masih kecil..berbanding dgn usianya yg sepuluh tahun yg lalu..isteri kedua tetap diingati tetapi sudah mnjadi lumrah dan kebiasaan.. isteri pertama tetap disayangi dan ingin bersama susah senang utk mnikmati hidup..
      Bersabar jln terbaik..kalau dapat bertahan ..teruskan khidupan sbgai isteri kdua..
      Lelaki hanya memerlukan wanita lain sbagai tempat persinggahan sementara..berlabuh dan kembali ke tempat asal..
      Walau apa pun yg berlaku..terimalah dgn seadanya kerana pilihan terletak di tangan kita..kita yang membuat pilihan ..maka kita yg mnerima pilihan yang berlaku keatas diri kita..kita yg merelakan..dari awal hubungan..

      Delete
    8. Saya nk berkongsi cerita...
      Saya berkahwin dengan suami saya setelah bercerai dengan isterinya. Hal ini kerana, isterinya tidak boleh menerima madu....mmg mcm2x famili die..kawan dia ckp pd saya...
      Suami saya mmg xde niat utk bercerai..
      Suami saya mmg ada kata die mgkin akan berkahwin semula dgn isterinya.. saya faham..
      Selama 2 tahun, mereka bercerai...mmg tiap2 mgu keluar dgn anak2x.. tp suami xpernah nk ajak saya bersama.. kalu sy minta supaya suami hanya keluar dgn anak2 shj.. mcm2x alasan diberikan...
      Saya faham..suami mmg nk ajak bekas isterinya kawin semula tetapi disebabkn mak ayah bekas isterinya xbagi kerana mcm2 bekas isterinya ceritakan perkara2 yg xelok kepada famili die (mgkin itu alasan kukuh die nk bercera, xnak bermadu dan kata saya adalah peramas).
      Saya dh byk kali minta supaya mereka berkhwin utk elakkan perkara yg tidak diingini berlaku..tetapi disebabkan ibu bapa bekas isterinya tidak mahu menerima suami lagi..

      Sehinggalah pd tahun 201*... viral sms bekas isterinya dgn suami org.. bertukar gambar separuh bogel...masa tue suami saya jadi hero... die bantu settle kan semua.. die rahsiakan semua dr saya.. saya hanya tahu dr adik ipar sy shj...

      Lps kejadian tue, suami ingin berkahwin semula dgn bekas isterinya... ibu bapa nya setuju pula.. ya..bekas isterinya berjumpa saya, minta izin utk berkahwin..minta maaf atas apa yg penah die burukkan saya semua..

      Lepas suami kahwin dengan bekas isterinya... saya dipaksa berhenti keje...saya tahu disebabkan bekas isterinya jugak digantungkan keje disebabkan kes viral tersebut tetapi suami minta die hantar surat berhenti terus .

      Masa tahun tue..mmg adalah tahun yg plg teruk bg saya.. hanya Allah yg tahu..

      Saya hanya nk share bende nie sbb xbyk kes spt ini...

      Tapi saya bersyukur..saya dikurniakan seorg anak.. cukup sebagai peneman setiap masa...

      Saya berharap agar suami saya berlaku adil terhadap kedua2x isterinya...

      Aaminn

      Delete
  4. redha ke begitu??nice... aq pun hampir melalui bahtera poligami ini tp xkesampaian n aq yakin pasti ada hikmah mengapa ia tidak berlaku. apa2pun InsyaAllah SWT kelak impian aq ini akan kesampaian gak.i like poligami...(statement berani mati ni)hehe ^_-

    ReplyDelete
  5. aku heranlah sebab nafsu cinta.pilihan kat tangan sendiri.klu awal2 dh pasang niat nak laki orang byk alasan,salahkan takdir.bila dh terjebak,ada yg mendabik dada salahkan madu.byk lagi lelaki bujang,duda.kenapa laki org juga yg ko berkenan.cinta x kemana. aku juga pelik kat kaum hawa ni.sebelum ko ambik laki org cuba ko letakkan diri ko kat tempat is3 org tu, apa perasaan ko.paling tidak pun pakwe ko orang ada awek lain.mesti ko jeoleus kan.itu baru couple.inikan pulak org tu dh kawen 5 atau 10 th.aku nasihatkan sebelum ko kawen dgn laki org,cermin diri tu.aku benci perampas kebahagiaan org.ko org ni hanya menangguk diair yang keruh

    ReplyDelete
  6. siapa yang melabelkan perampas suami orang.manusia kan yg meletakkan begitu kerana tdk redha dan mampu menerima kenyataan sdgkan kadang2 suami berkahwin dua kerana kesilapn istri pertma juga.dalam hadith dan al quran pun tak der kan myatakan perampas suami orang.nabi pun kawin lebih dari satu.daripada dia berbuat zina di luar lebih baik dia berkahwin dan berlakulah adil itulah sebainya.sepatutnya kena pk positf jgn asyik pk negatif jer musnahlah sgla amalan sunnah nabi..tak jadi tmpat sdri boleh ckp cuba tuhan uji kmu bertubi2 baru kamu tahu rasa.wajarlah kmu membenci rang sedangkn kmu hnya manusia biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan. Nabi berpoligami bukan sbb takut zina, tetapi sbb membantu janda yg kematian suami. Nabi maksum sifatnya.

      Delete
  7. Salam.. aku juga merupakan isteri ke-2 . Tak siapa mahu dirinya jd isteri ke2.. Orng pandai bercakap tuduh isteri no -2 perampas... tp pernahkah kita tau perjalanan hidup seseorang . Terlupakah kita pada qada' dan qadar kita setiap orng .bukankah semua tu telah tertulis di luh mahfus... fikir2 kanlh jngn sampai kita terlupa setiap manusia ada ujian tersendiri... yang ditakdirkan jadi isteri 1 jangn terlalu mendabik dada kerana anda di beri peluang jadi isteri 1 ... tp kita ingat suami bukanlah milik kita yang mutlak..... bia2 masa saja kita akan di ambil oleh Allah ... tentu ker kita bersama suami kita tu di akhirat nanti jika kita selama nie sekadar brnama isteri tp tanggungjawb kita pd suami kita abaikan?? Jangan lah terlalu tamak kerana bila kita terlalu tamak pasti kita akan kehilangan nya jugakkan.... pada isteri 1 bila suami tu walaupoun dah ada istri baru jgnglah rasa dengki dan tercabar bukankah itu membagi anda rehat dari melayan dan memenuhi tanggungjawa zahir n batin pada suami.... Allah adil dia lebih tahu perjalanan kehidupan manusia yang mana lebih baik...suami kawin lain bukan bwermakna dia x syng ister 1 lagi tp bimbang akan berlakunya maksiat yng lebih teruk....ciba letakkan diri kamu kat tempat isteri ke-2 jika itu takdir yng kamu kener hadapi..apakah kamu yng kamu rasa?? lagpun kita x tau siapa jodoh terakihr kita mungkin juga suatu hari orng yang terlalu benco poligami akan Allah uji dengan jd isteri ke -2..apakah yng akan kamu katakan nanti??
    Cariklah dan perbaiki diri tika suami beralih kepada orng lain..bukan kerana suami itu gatal..tp sudah lumrah lelaki begitu.... salinglah berterus terang jika ada kurangnya jngn rasa diri kita terlalu hebat..hakikatnya suami kita memendam rasa...bila kawin lain suami n ister no 2 disalah kan....manusia x ada yng sempurna Allah jdikan kita untuk lengkap melengkapi....mungkin selama ini kita x lengkap untuk suami kita dan Allah izinkan suami kita kawin lain untuk melengkapkan kehidupan kita....buka lah hati buka minda... Lau suami kita x di ambil oleh perempuan lain mungkin Allah akan cabut nyawanya jugakkan..apakah masa tu anda semua nk salahkan Allah... Sesayang 2 pun kita pada suami kita belum ada lagi manusia yg sanggup terjun sekali dalam kubur...fikirkanlah wahai isteri 1!!!! setakat perkara yang ' sebatang ' tu jer kita nak rebutkan tapi hingga kita lupa nk kejar akhirat!! sanggup kogkong suami untuk jumpa anak n isteri...itu ker dianamakan isteri solehah!! ingatlah Allah sentaisa menilai kita setiap detik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..setuju..setuju

      Delete
    2. izinkN suami bernikah tiga, pasti yang pertama lebih redha

      Delete
    3. setuju....yehaa

      Delete
    4. Saya pun isteri kedua..terima kasih krn menjelaskan apa yg dirasakan oleh isteri kedua. org2 yg jadi isteri pertama dan monogami ni, kdg2 mengata psl isteri2 kedua umpama diri mrk sgt mulia. saya sebelum ini ibu tunggal dgn anak lebih drp 2. bekas suami bagi nafkah anak2 paras2 hidung saja. moga wanita2 yg merasa diri mrk ini mulia tak diuji
      dgn ujian yg saya pernah lalui sbg ibu tunggal. bila sudah jadi isteri ke2, saya kena maki dan hinaan termasuk mendoakan yg tak baik utk anak2 saya. kdg2 sampai saya rasa hidup sendiri lagi baik drp dihina mcm kita takde harga diri. klu suaminya bukan jodoh kita, memang kita takkan berkahwin pun dgn suami dia.

      mula2 dulu, saya bertanya dgn bakal madu saya, adakah dia setuju dgn poligami. dia jawab, dia tak sanggup. lepas tu, saya terus blocked dia dan suami dia sbb taknak ganggu mrk. but then, madu saya contact saya semula, beritahu dia setuju tp tak sedia lagi. saya ckp, klu dia taknak, saya takkan proceed apa2. dia jawab, dia setuju cuma beri masa.

      bila saya sudah berkahwin dgn suami nya, suami kami mmg sgt baik dan adil dr segi giliran dan kebajikan kami. cuma saya dan madu tak lagi berhubung. cuma bila ada isu2, saya pasti terima emel layang yg menyakitkan hati.

      Delete
  8. Tidak kiralah isteri 1 ker 2 @ 3@4 jalanknlah tanggungjawab kita sebgai isteri pada suami...bnykkan istighfar bila suami kita x mampu menjalankan tanggungjwb pada kita...fikirkanlah setiap kali kita nk marah suami kita yng nyawa kita x tahu di mana akan berakhir ... risau kita berakhir dengan sifat isteri yng derhaka..kita serahkan pd Allah semuanya....bila suami kita pulangh bersama kita cubalah kita berlapang dada dan terima suami kita seikhlas hati selebihnya kita serahkan pd Allah... aku tau semua itu x mudah tp berusahalah jd muslimah yang sejati...bila kita dekat dengan Allah kita akan rasa sntiasa tenang walaupun suami kita selalu x ada bersama kita..tp Allah itusentiasa ada..bayang2kan taman2 syurga yng indah..insya-Alllah hati yng teluka pasti terubat..amin.

    ReplyDelete
  9. Isteri pertama atau isteri ker2??? Susah nak cakap pada orang yang tak der pengalaman tapi cakap ikut sukahati imagine jer... T kalau Tuhan nk uji sekejap jer ...rasekan larr yer... Bukan mudah nak hadapi hidup poligami aptah lagi starting jer dah digelar perampas n sanggup bina kebahgiaan sendiri atas penderitaan orang lain (selfish) .. Aku tak nak menyalahkan sesiapa ... Tapi kalo tak kerana 1st wife tak pandai jaga suami mcm nih ler jd nyer(punca hati suami berubah) n mungkin kerana ujian buat 1st wife yang merasakan diri tuh terlalu baik .... Kalau baik sangat kenapa dengan 2nd wife pon 1st wife boleh sesukahati maki hamun... Manusia memang tak perfect tapi mohon sedar diri .. Daripada 2nd wife desak hubby ceraikn 1stwife uh... Admin kalo tak suker poligami jangan sesukahati nak mengata n mangaibkan orang...tak knee pada batang hidung sendiri boleh ler cakap mcm2x yer......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib ku lain dari kalian..ku perempuan simpanan yg no 2..ku sanggup terima kekurangan suami ku..tapi isteri pertama suami ku mandul tak dapat zuriat..di situ pmulaan kmi bcinta..selama 4 tahun dan masih bsama..suami ku org cina..kmi tak dapat kwen kerna bini nya tak izin..kerna cinta ku sgup bkorbann..demi laki yg ku cinta..stiap mlm ku ingin mcm orgg lain bpunya suami d sisi ku...tapii apa boleh buat itu hanya mimpi saja...hanya tuhan saja tahu isi hati ku..ku brumo 28 tahun ...dan laki yg ku cinta brumo 48 tahun beza 20 tahun...kmi bcinta dari kasihh sygg dan layanan ku mgalah kann seorg isteri...isteri laki ku asyikk enjoy...n suka buang wang...di situ lahh laki yg ku cinta ksian tgkk ku siang mlm bkja utkk mbesar kann anak ku...tapi ku redha dgn nasib ku...tapi sampai bila kahh ku dpt btahann dengan smua nie...ku hanya mampu ngiz siang mlm...memikir kann nasib ku sm anak ku..nama saja hidup bsama ...siang bsama ku ...mlmm dia bsama isteri dia..ckp hubangan dia dahh ketahuann ...tapi. ..dia suruhh ku bsabar ...apa harus ku buat ...sis???...bolehh bagi cadangan kh???hanya tuhann sja tahuu ...nasib ku

      Delete
  10. Aku juga isteri kedua..... Yg cuma sempat bermalam dgn suami selama 4kali dlm.tempoh kami bernikah..... Redha kah???? Entah.... Teraniaya kah.... Mungkin...aku sekadar jd batu loncatan utk menegur perangai isternya..... Bila mereka da ok.... Aku seolah bhn ujikaji..... Dlm sblm jumpa sekali dua utk mnum ptg atau sekadar hi..hi... Bye..bye.....

    ReplyDelete
  11. Perlu di ingat isteri pertama di pilih ats dasar cinta kan.. Biasanya isteri pertama yg sentiasa disisi dalam membangunkan ekonomi keluarga pada awal perkahwinan.susah senang diharungi bersama.. Tempoh perkahwinan yg bertahun-tahun menjadi kelebihan pada si isteri dalam mengenali hati budi suami, berbanding isteri kedua yg hadir pada masa ekonomi keluarga telah kukuh dan terdapat kekurangan pada keluarga pertama.Sudah tentu ini menyakitkan hati isteri pertama, menyedari akan mungkin ada kesilapannya,isteri pertama sedaya mungkin akan perbaiki segalanya dan merebut kembali hati suami yg melafazkan "aku terima nikahnya" bertahun2 dahulu.. Kebanyakkan suami akan abaikan isteri kedua dengan rela hati apabila keluarga pertama dilihat lebih perfect.. Untuk wanita2 diluar sana.. Tolong jangan jadi isteri kedua anda akan terluka.!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jadi isteri ke dua kepada seorg duda bagaimana pula? Sebab bekas bini suka cari masalah

      Delete
    2. Setuju..elakla jadi isteri kedua..saya sendiri pernah tanya banyak laki..niat nak kawin lebih dari satu ni sebab byk masalah ke dgn isteri kedua...tp jujur dorang kata isteri pertama dah perfect..nak kedua sebab nafsu ..saya sendiri hampir terjadi isteri kedua tp saya fikirkan kalau saya jadi isteri pertama apa perasaan saya ..saya tak sekejam itu..kalau org tu kawin dgn suami org sbb cacat ke..or org palestin dari negara berperang takpela..dari yg saya baca comment byk jadi isteri kedua salahkan isteri pertama tak sempurna..ada ke dlm Quran kata isteri pertama byk kesilapan so carila isteri kedua..bukanke suami yg patut bimbing isteri untuk jadi lebih baik..bukan anggap mcm keta rosak beli keta baru..di mana sifat kemanusiaan tu..janganla pentingkan diri sendiri sebab cinta dan sayang..jangan hilang sifat kemanusiaan sebab cinta dan sayang..

      Delete
  12. Sy bukan isteri sape2.. masih bujang..cume nak bg pndangan dan ini cerita sahabat baik sy..kalo seseorang tu mgenali suami org.. si suami selalu mgadu akn kekurangan isteri..makan dan pakai si suami uruskn sendiri..si isteri selalu mencerita kn hal2 yg buruk tntang suami..mncerita kan hal2 sulit kpd org luar..dan si suami tidak merasa kan alam prkahwinan yg sebenar..mmg mereka brkahwin atas dasar cinta..tp cinta yg smentara dan brkahwin atas dasar sudah punya anak dlm kndungan..mereka blom mgenali hati budi spenuh nye..dan bila si suami benar2 sudah bertemu wanita yg benar2 dia cinta dan sanggup mnceraikn isteri nye krana sudah tidak ade perasaan cinta trhadap isteri dek kerana kelakuan isteri yg amek mudah dlm urusan rumah tangga..si isteri juga penah kantoi kelua dgn lelaki lain tapi suami hanya diamkn diri..semasa dlm kndungan anak luar nikah itu juga si isteri pernah berniat mggugurkn nye ..si isteri myalah kn suami dan wanita trsebut tanpa ade rase yg diri ade kekurangan..masih salah si suami dan wanita itu ke? Tlg jgn pandang wanita ini sebagai perampas..wanita ini juga banyak menderita kerana hinaan dan kata2 keji dr semua pihak trmasuk si isteri..wanita ini juga trpakse berkorban demi kbahagiaan anak2 kekasih nye..sy berharap org diluar sane jgn mudah melabel wanita sebagai perampas kerana kadang2 mereka adalah lebih mulia..trime kasih..

    ReplyDelete
  13. As salaam..
    Semua orang melabel isteri kedua sebagai perampas..isteri pertama wanita dianiaya..
    usia perkahwinan masih muda dalam usiaku juga muda..aku memiliki kerjaya yang bagus..tidak tahu mana silap ku,aku terjebak cinta suami orang.kami berkahwin tanpa restu keluarga hingga hari ini..selama ini aku berpura2 menjadi bujang..Tapi hakikat sebenar isteri orang..banyak yang kurasakan tidak adil..bila isteri pertama bebas hendak ke mana,tanpa perlu minta izin pun tak mengapa..hadiri kenduri kawan2,keluar makan dan membeli belah..tapi bila aku,tak pernah dapat keizinan..apatah lagi keluar dengan kawan2 atau membeli belah..selama menjadi isterinya,aku membantu dalam faktor kewangan..sejak berkahwin,aku tak pernah menikmati gajiku untuk perbelanjaan diri..segalanya ku sekat untuk memastikan keluarganya lengkap serba serbi..kami sering bergaduh pasal duit..aku selalu melawan sehingga digelar isteri tak kenang budi,melawan suami..Ya..Memang silapku..sebagai isteri,aku tak patut melawan walaupun untuk tegakkan keadilan..Tapi,isteri mana yang boleh tahan bila selalu dimarahi hanya kerana tak cukup duit..isteri pertama nak bersalin di swasta saja..belanja sakan..setiap kali pulang ke kampung,bawa isteri dan anak2nya berjalan2 dan membeli belah..sapa yang perlu dipersalahkan...bila dia nak guna duit,buat kenduri,aku sediakan juga walaupun aku langsung takda duit..aku tebalkan muka pinjam duit..Tapi ada dihargai? Ada isteri pertama nampak?
    Dulu,Memang aku pernah berjanji dgn maduku dan suamiku aku takkan minta apa2 pada suamiku..tapi bila ditanya apa yang aku mahu kan sebagai hadiah,aku nak anak..terus melenting.. Hidup aku sunyi..hidup sorang2..bila lihat isteri pertama lahirkan anak,aku tersentuh hati. Aku juga ingin menjadi ibu..aku Dah tak tahan hidup begini..aku nak family2 tahu yg kami Dah berkahwin..nak restu mereka..agar hidup aku sempurna..bila aku utarakan permintaan ini,namun herdikan kuterima..kononnya aku lupa pada janjiku sebelum kawin..Konon nya suami dan madu juga faham keadaan aku..tapi sebenarnya korang tak faham dan tak kan faham..korang hanya Fikir pengorbanan korang. Pengorbanan isteri pertama yang sanggup bermadu,terima aku(dia tak ikhlas...depan suami mmg nampak mesra,tapi bila aku mesej bertanya kaba,nak reply pn payah)..pengorbanan suami yang cuba membahagiakan aku. Tapi hakikatnya korang tau tak hati dan perasaan aku! Masa suami dengan aku hnya waktu tengah malam smpai subuh..2hari dalam seminggu..cuti dia langsung tak pernah luang untuk aku...30hari cuti setahun,satu hari pun tak pernah untuk aku..
    Kadang ada rasa nak bujang kembali sb hidup aku sepi umpama hidup sendiri..menagih cinta..menanti saban hari,bila hidup aku ceria kembali..namun aku tak mampu tolak takdir Illahi..Dia lebih mengerti,perjalanan hidup aku ni..moga ada pengakhiran yang menanti walaupun aku dah tiada di dunia ini..

    Salaam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. To anonymus feb 3 2015:mintak cerai je hbs cerita mengabeskan air mata aje..buang karen buang masa.boleh tubuh kelab istri kedua .kik sy nk jd pengerusi nya boleh sbb story sy lg dasat dr story2 yg ada ni.dasyat yg mcm mana?kalau ada yg bertanya baru sy akn jwb

      Delete
    2. Klu cerai ditangan sy,senang sy lafazkan..huhu..story saudari cmne? Kongsilah same..harini pn sy dilukai lagi oleh madu sendiri...sudahlah kita yang mengemis2 kasih ngn dia..bertanya kaba,bru 3 4x wassup,trus mntk undur diri sb alasan ada hal sikit..tapi status masih on9..siap blh sngja tukar profile pic mesra ngn husband lg koo...ble sy nk tkr mesra kami,husband takmo..tp klu isteri pertama,xde pn larang..aduh..sakitnya ht..sy screenshoot siap2 waktu madu sy on9 tp xreply wassup sy. Sbg bkti..sb sy dh mmg nk surrender mengalah menjaga,mgambil ht madu. Nnt Klu husband tny knp sy x wassup madu,sy tunjuk kn je pic tu..tapi sbnrny sy tau husband pnh tgk screenshots sblum2 ni .tp dia xblh nk ckp ape2 sb dia ckp sy kira beruntung sb Isteri pertama dia blh trima hdup bermadu. Aaargggghhh!! Tension ..penyudahnya sy jgk yg makan ht...adakah sy ptot bersyukur dgn sebegini layanan?salah ke menjadi isteri kedua?

      Delete
  14. As salaam...
    Hati isteri mana bila suami bersikap kurang adil dalam segala hal...siapa yang ingin hidup bermadu seperti ini..saya tak pernah minta apa2 pun pada suami..even saya tak pernah pun bangkitkan isu nak zuriat..biarpun madu yang menambah rezqi anak..kesunyian hidup saya kononnya difahami oleh madu dan suami. Tapi hakikat,memang mereka tak pernah mengerti...depan orang,saya lagak seperti bujang..namun,bila office wear di tanggalkan,saya adalah isteri orang ..layanan? Usah mimpi nak rasa sebagai isteri di depan orang luar...nak keluar rumah kena tunduk,tak boleh orang tau saya duk ngan suami,batuk Atau bersin di rumah kena perlahan..taknak jiran dengar...setiap hari saya bangun sebelum subuh sebab tempat kerja jauh dari rumah...sebab apa? Untuk keselesaan suami bergilir2..setiap hari saya pulang ke rumah lewat malam..setiap kali giliran saya,suami tak pernah datang awal.. malahan dia akan balik keje awal dan luangkan masa dengan madu dan anak2 mereka.. ya..tanggungjawab dia..tapi dimana letaknya tanggungjawab dia pada saya pulak? Makan minum pakai saya langsung tak dipeduli..saya kerja pun duit saya abiskan untuk Anak2 n keselesaan mereka sekeluarga..akaun saya pun tak sebanyak duit akaun madu seorang suri rumah..malah saya pernah tak cukup duit nak tampung kos belanja harian sebab berulang lebih 100km setiap hari...saya tak pernah ganggu suami bila giliran madu malah saya langsung tak hubungi suami sebab suami pernah marah saya selalu hubungi dia bila dia bersama madu. Tapi bila madu hubungi suami sampai ke pagi,suami tak kisah pun...sampai saya rajuk terus tertidur pun suami tak perasan dek ralitnya dia melayan madu...demi Allah. Saya memang amat terluka hidup begini...suami lupa tanggungjawab dia pada saya bila dengan madu...pernah dia cuti di kg bersama madu,4hari tak call saya..dan kerap begitu bila bersama madu. Tapi bila suami dengan saya,dia tak pernah lupa tanggungjawab dia pada madu..Cuti suami memang tak pernah ada untuk saya.. sebab tu cuti saya berlambak asyik carry forward je setiap tahun...madu pulak tak pernah nak ikhlas layan saya..hidup pura2 depan suami...saya dah techs penat la..Korang hanya fikir pengorbanan korang..tapi korang tak tau betapa berat pengorbanan aku...terlalu banyak.. saya pernah tidur di R&R semata2 nak tunggu suami pulg dari kg madu..tunggu yang tak pernah kunjung tiba pun pernah...saya tunggu dia sampai di kawasan R&R pagi buta seorang diri..pernah dia tak jadi balik walaupun saya dah tunggu di R&R...dugaan saya..saya sabar hidup camni..tapi sampai bila...saya sampai tak boleh tengok baby dah skg..mesti saya akan menangis..demi Allah..saya memang terasa hati sangat2 ketika dan saat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salaam..
      Saya pun merasa sama seperti saudari rasa..betapa pedih n sedih kan bila suami buat camtu..hmm..tak tau jugak ape yg ptot dikatakan..suami sy lg hard-core kot dr suami saudari..Klu kami bergaduh,suami akn remove or block lg..mcm Bdk2 kn..kdg rs nk mrh blik pn xgne jgk..layanz kn jela..kerenah org cmni..dua2 same..baik madu n suami..salu compare kn kite ngn isteri pertama..wey,klu rs nyesal,cerai kn jela kami ni en suami..selama ni pn,kami ni tmpt korg lpskn marah,maki,mengamuk,hina2,n plg dashyat skali kami ni la banker korg! Sedo x..korg hina kami,korg buat la cmne pn kt kami,kmi sgp lg sb ape,sb kmi ni ikhlas kwen ngn ko..respect isteri no2..kami xmgikis tp kmi yg menambah..kcian la kami ni yg xpunya ape2 hny bergntung pd ikatan pkhwinan yg blum tntu direstui atau x..Sila fhm!

      Delete
  15. As salaam

    Maaf jika saya mencelah dalam ruangan ini..saya juga isteri kedua..isteri yang tak diiktiraf dan tak dihebahkan pada orang..hanya 5 org je yg tau ikatan kami ni termasuk madu..lumrah hidup bermadu..ada pasang surut macam rumahtangga yang lain..Tapi dalam kes saya ni,saya tak tau Nk klasifikasi atau rungkaikan kisah saya..andai saya ada kuasa,mmg saya taknak mengenali suami dan madu..maaf..saya bukan manusia yg menolak takdir Illahi tapi saya mencuba utk mengelak jika diberi peluang kembali...hanya Allah saja yg tau perasaan saya dulu dan ketika ini..status kahwin kami hnya 5org je tau..hdup sy dpn org mmg bujg tapi hakikatnya sy isteri org..berat dugaan sy ble sy wajib menjaga aib suami,Maruah diri dan suami serta batasan gadis dara dan isteri org bila berhadapan dgn kwn2..sedaya upaya sy meletakkan diri,tanamkn dlm diri bhwa sy isteri org..suami dan madu..biasa lah..bila hidup berkongsi ni mesti ada yg rasa serba tak kena..demi Allah..saya turut rs benda yg sme..bohonglah pd isteri2 yg lain xrs ape yg sy rasa waima isteri pertama or kedua..sy bukan Nk mgadu domba atau menjaja cerita kisah rumahtangga sy..tp sy Nk beri sedikit kesedaran dan pedomanbuat gadis yg bakal mendirikan rumahtangga or wanita2 bujg yg membaca bhwasanya hidup berumahtangga poligami byk dugaannya..anda mgkn rs indah n ad jgk yg mgkn rs pahit...namun,kita ni manusia biasa,pny ht..jika suami melebihkan isteri pertama sepanjang ms,tak berminat mdengar kisah atau cerita kita, dtg menjenguk kita sekadar utk tidur saja,tggjwb batin tak perlu sy kongsikan,nafkah zahir tak dipedulikan,kita hidup seorg diri..tak dipeduli mkn mnum,apa yg ptot sy rs ?? Benar,sy hrus tgur agar suami bersikap adil kerana sy tkt suami tak dpt cium syurga di atas pengabaiandia kpd sy...tp adil ke jika sy diherdik ble minta bersikap adil...selama ni sy tak pernah abaikan mkn pkai suami dan ank2 serta isteri nya..Tapi madu sy sendiri diam tak berkutik..membiarkn tak menegur..apatah lagi bertanya kabar..kmi berhubg pn sb ank2 dia je..itupn sb sy Nk blikn baju2 ank2 dia..Klu x,mmg xbertegur sapa...semakin hari hati sy semakin Skt...sy bersujud utk tngkn jiwa dan ht sy...nmun bila sy kesunyian dan keseorangan,sy terbyg kegembiraan dan kemesraan suami dan keluarganya..adakah ini cemburu sy? Yg blh menyesatkn sy..Ya Allah..sy tak minta lebih. Cukup la keluarga sy dan suami tau ikatan kami..sy nk benar2 bergelar isteri..bkn hny isteri utk 5jam di ats katil...tu je sy mnta Ya Allah..restui kami..sy redha jika selepas itu suami ttp bersikap tak adil pd sy..sy dh xsgp menanggung dosa mengetepikn keluarga sy,sy tak sanggup berpura2 berlakon dpn org..bantula saya..

    ReplyDelete
  16. Ya Allah..kasihan pada kawan2 yg telah berkongsi kisah Di sini..

    Saya juga isteri kedua..punca saya jadi isteri kedua ni mungkin atas kesilapan saya sendiri..dulu,saya bercinta dengan lelaki bujang..sejak di zaman universiti..kami juga pernah terlanjur..hingga kami mempunyai kerjaya masing2..astagfirullahalazim..masyaAllah..dugaan Allah...iblis menjentik hati sahingga la masing2 curang..saya berkenalan ngn suami yg ketika itu suami org..niat sy hny Nk berkawan. Tapi lama2 menjadi cinta. Saya juga pernah terlanjur dgn suami sblum kawen. Suami juga pernah meniduri ramai gadis2 sebelum berjumpa saya..sejak perkenalan,kami masing2 setia antara satu sama lain..Namun,sy kantoi Dgn bf sy sendiri .dia memutuskn hubgan kami dpn fmly sy n fmly dia. Hingga fmly membenci tindakan sy ..malang bertimpa2 pada sy..bila suami sy ms tu cuba mengelak dari saya..family saya seolah2 membuang sy. Namun..suami tlh melamar sy slps itu..kami kawen Di sempadan Dgn bantuan sorg kawan..alhamdulillah.. sy n suami dah terhindar dari terus berzina..Kini usia perkahwinan kami hampir 5 tahun n tanpa pengetahuan family kecuali isteri pertama..jujur sy kate kan..kadang kala kami tak sehaluan jg..Tapi demi menjaga hati suami,kami akan berbaik..

    Berbalik pada kisah saya,sehingga ke hari ini,setiap kali sy buat silap ckit wlupn hal remeh temeh,suami akn ungkit kisah silam sy n caci saya..dia akan ugkit semuanya..hingga saya berasa diri ini seperti perempuan jalang..sudahla hidup saya umpama perempuan simpanan selama ini..sehingga dia turut membandingkn sy Dgn isteri pertamanya..Ya Allah..pedihnya luka dihati sy ni . Tidakkah taubat saya diterima Allah. Apakah taubat saya tiada nilainya Di mata suami..mungkin kah orang seperti saya tidak akan layak merasa layanan seperti seorang isteri suci yang dinikahi..benarkah orang seperti saya hanya boleh di hina sesuka hati..Allah...Allah..Allah...sy tak layak mendapat cinta suami saya..Tapi Kau bahagiakanlah suamiku selayak suami2 yang berada dalam lindunganMu..

    Niat saya berkongsi kisah saya hanya sekadar Jd pdoman buat adik2 yang membaca. Peliharalah maruah dan mahkota kita..

    ReplyDelete
  17. As salaam..
    Saya pun 2nd wife..saya tak tau la keadaan sy cmne skg..rs mnyesal teramat sgt pn ada..dulu,sy ngn husband mmg sgt bhgia..tp bila 1st wife mula memberontak smpai Nk Mntk cerai,husband trus Jd dingin pd sy..setiap kesalahan wlupn kesalahan sy tu menegur dia xberlaku adil dlm nada bergurau pn,berbakul2 cacian dan hinaan yg sy dpt..tmsuk haram pukimak,binatang n ank haram..Ya Allah,Allah Sj yg tau betapa tguris ht sy stiap kali dia ckp cmtu..
    Giliran sy hny seminggu sekali..cuti mmg Xkn pernah husband ngn sy..apath lg Nk lunch n dinner sesame..mmg jgn mimpi la sng cte..honeymoon,usah dibygkn..xpnh..sy selalu di compare kn dgn 1st wife..Ok fine..I try to b friend with madu..tp dia kjp ok kjp x ok..sy pn kdg keliru..ble husband Di rumah sy,madu sy Jd moody n mendiam diri seolah merajuk..Dia ada anak kcil..sy tiada anak..husband tak berani..takpe,sy fhm keadaan ini...tmbh lg puasa2 ni..mmg husband tak pernah berbuka n sahur Dgn sy...dia hny akn dtg hny mknan berbuka shj..then balik..bestkn...
    Hidup sy ni hny mkn cacian dan makian jela wlupn sy tak bersalah..sy xpkai tdung dpn rumh,husband mrh..ble 1st wife xpkai tdung,husband tak mrh langsung..Stiap ape yg sy buat mmg xpnh mereka hrgai..husband hny manis mulut ble hal duit shj..sy mmg Tmpt dia mgadu mslh kewangan..sy redha..Ape yg sy perlu buat skg ni,sy hny Nak spend time ms sy ngn husband yg mmg limited ni je..sy tak ckup waktu nk berkasih syg..mohon doa kwn2 kt sni utk doakn kebaikan sy ye..salaam

    ReplyDelete
  18. ..aku isteri pertama yg sering disisih suami..walhal aku menerima poligami hadir dlm khdpn kami..tapi suami aku pnuh dgn keegoan..poligami ni tak susah andai masing2 pndai bawa diri n jga diri...terutama suami peneraju utama..tp bl suami yg berat sblh.maka matlamat rmhtga bahagia tu mmg takkan tercapai...wanita bkn susah utk dibentuk...mudah je..tapi llki yg brnama suami ni yg x pndai nk kndali kn emosi isteri2 masing2..aku buntu memikirkan perkahwinan ini..cuba menerima tapi mereka2 plk menolak..

    ReplyDelete
  19. ..aku isteri pertama yg sering disisih suami..walhal aku menerima poligami hadir dlm khdpn kami..tapi suami aku pnuh dgn keegoan..poligami ni tak susah andai masing2 pndai bawa diri n jga diri...terutama suami peneraju utama..tp bl suami yg berat sblh.maka matlamat rmhtga bahagia tu mmg takkan tercapai...wanita bkn susah utk dibentuk...mudah je..tapi llki yg brnama suami ni yg x pndai nk kndali kn emosi isteri2 masing2..aku buntu memikirkan perkahwinan ini..cuba menerima tapi mereka2 plk menolak..

    ReplyDelete
  20. Saat semua sibuk membuat persiapan raya,saya tetap seperti biasa..puasa pun macam biasa..tanpa suami di sisi...shopping raya pun takda..tahun ni saya langsung tak beli apa..hanya Sediakan pakaian2 dan kelengkapan raya untuk madu dan anak2 nya..suami tanya,saya katakan saya punya kelengkapan ok...terpaksa berbohong Nak jaga hati suami..saat ini,air mata pun dah kering..tak setitis pun deraian air mata membasahi pipi..3tahun...berpuasa dan beraya tanpa suami di sisi...suami beraya dengan wife pertama dan keluarga..madu pula langsung tak endah or ambil kisah..siap berpesan dan beri peringatan..takpa la...sedih tak terkata..hiba tak terungkap..kecewa tak terhitung..suami pula kata dah redha tak dapat raya ngan saya..Hihi..pujuk hati gelak ni..mohon kekuatan tempuhi dugaan..redhakah..? Allah saja yang tahu..suami cuba Nak beli hati saya,tapi tetap takkan dapat padam kesedihan ni..Huhu...Selamat hari raya aidilfitri kpd semua isteri2 kedua..lupakan duka..gantikn ceria dgn melupakan status isteri kedua buat sementara waktu..pikir bujang sekejap..Jangan marah haaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak..situasi awk same ngan sy..sy ni sampai ada je yg tak kena di mata suami bila dia blik beraya ngn family dia...asyik kena marah je...tak fhm sy...bla diam,Jd isu,byk bckap pn Jd isu...pnh kami bgaduh smpai dia Nk lpskn talak sb hal xbli bju raya..walhal sy xbli bju sb nk smpan duit tuk kcmasan..dituduhnya sy fitnah dia..Aduh ..terlukanya hati sy..hanya Allah je yg tau..sy fikirkn keselesaan dia n family ny Nk beraya..mne tau kot ad kecemasan,Skurg2ny duit tu blh digunakn..tp maki sy dpt..Mntk gambar pn dpt maki tau..nasibla Jd isteri kedua...

      Delete
  21. saye pOn isteri ke2...tiada kate2 yg mampu berrbicara...segala2 x terluah dsini, sekadar mbace sambil menitis air mate tanda hati sering tseksa...tP sikit2 belajar redha...insha ALLAH semOga dpermudahkan semua nya utk kite yang ke2 serta isteri2 semua...

    ReplyDelete
  22. saye pOn isteri ke2...tiada kate2 yg mampu berrbicara...segala2 x terluah dsini, sekadar mbace sambil menitis air mate tanda hati sering tseksa...tP sikit2 belajar redha...insha ALLAH semOga dpermudahkan semua nya utk kite yang ke2 serta isteri2 semua...

    ReplyDelete
  23. Sy pun secondwife.. dr 2007... 10 tahun kami kwn smpai las skli nikah diwalikan dan disaksikan keluarga sy.. awl kawin smua elok.. lama2.. sy terabai jg.. sy keluar ditemani mak.kmana2 sy dtemani mak.. sy prnah susah bsama2 suami.buat loan utk suami ketika susah..bila dia da sng..kesenangan dia dikongsikn bsama istri dan ank2nye shj.. ibarat ..belikn hand bag sy harga 100..belikan handbang isteri 1 dan ank2 smpai 2 hgga 3k.. pmdek kata smuanya sy kene pakai murah..
    Tp sy redha.. sy terima.. kdg2 rasa mnyesal..tp ni lah pentas dunia.. sy kene terima
    Dpn mak ayh sy tnjuk x de masalah.. tp hakikatnya sy slalu berairmata...

    Lg 1.. suami suka marah2 smpai maki.. maki suami da jadi makanan sy. Bila sy diam ..makin brbakul2 maki yg sy dpt.. bila sy mnjawab uyk.mbetulkan seauatu prkara..sy dianggap isyeri derhaka.. .nmpak suami sgt bahagia dgn ank2nya disana.. sekan..

    ReplyDelete
  24. Tak da satu pun wanita menginginkan hidup bermadu..mungkin ada yang merasakan yang kedua itu perampas..Tapi hakikatnya siapa boleh duga masa depan? Boleh tentukan pilihan dan jodoh masing2? Setiap yang berlaku Allah dah tentukan hikmahnya..waima baik macam mana sekali pun suami ataupun madu melayan kita, pasti akan ada rasa kekurangan..pengalaman saya juga tidaklah seindah pasangan yang hidup bermadu bahagia..adat bertandang rumah orang..Kita yang menumpang memang penat beralah..dilayan buruk skali pun,takkan tinggal kesan pada si suami,sebaliknnya Kita dituduh tak pandai amik hati..ini semua telah mengajar saya untuk hidup berdikari sendiri dan lebih mendiamkan diri..muhasabah diri..andailah madu saya baca entri ini,saya nak dia tau,jauh disudut hati saya nak mengambil suaminya apatah lagi nak mengeruhkan rumahtangga mereka..percayalah bahawa ini adalah takdir yang Allah tentukan untuk Kita bertiga..saya tak minta apa2 pun..cuma kasih Sayang dari suami..layanlah saya seburuk mana pun jika itu dapat tenteramkan hati awak..Tapi jangan Kita tambahkan dosa suami Kita dengan perbalahan yang tak tahu Bila berkesudahan..Yang membuatkan suami kita berlaku tidak adil..

    ReplyDelete
  25. Setiap kali buka blog ni sy takda intention langsung nk coret ape2 sebab bg sy mcm mbuka pekung di dada..Tapi hrni,saat ini..hati saya benar2 terluka..Sgt terluka oleh perbuatan suami sendiri..sy sedar kedudukan sy sbg isteri kedua..sy sdar sy takkan layak utk dapat apa2 sebab perkahwinan kami dilakukan di selatan Thai..Tapi Jgn la zalim sperti ini..hingga minta izin nk blik rumah fmly pn mcm2 soalan n xpcya pd sy..sy duduk di rumah pn dia bknny dtg menjenguk jika bkn turn sy..wlupn bkn turn madu,masa suami byk dihabiskan di sana..tgh malam bru dtg ke rumah sy..Adil kah sy di maki hamun dipukul Bila sy minta izin nk blik rumah fmly..sy tersepit..fmly xtau sy dh kawin..

    ReplyDelete
  26. Semua ada pengalaman hidup masing2 sebagai isteri pertama dan kedua..pada pasangan bermadu yg bahagia, alhamdulillah dan tahniah sebab dikurniakan suami yg bersifat adil dan madu yg bertolak ansur serta akrab..namun bagi pasangan yg sering dilanda duka serta musibah,bertabahlah..semua ini telah Allah tetapkan dan janjikan..derita kita tiada siapa yg dpt rasakan..suami yg tak Adil,madu yg berpura2,pernah hina sy,hati yg kurang tenang,semuanya hanya bersifat sementara..tidak ada satu pn antara kita nak yg hidup tidak indah,sering dicaci perampas,sering dipulau dek krn tak direstui,di layan seperti binatang hnya kerana nk melepaskn tekanan..Astagfirullah alazim..sy bca cerita saudari2 di sini,semuanya rata2 tidak bahagia dan rasa dipergunakan oleh suami dan madu...sy juga isteri kedua..jujur sy katakan,hati sy tiap kali memberontak rs seperti tak aman..sy dan suami pernah disihir oleh keluarga madu,madu juga pernah mengaibkn suami pd mak ayah suami,sy kawin tiada restu keluarga dan sehingga kini usia perkahwinan nak masuk 3thn tidak di ketahui oleh ibubapa kami,suami yg bersikap tidak adil hnya kerana alasannya sy hny isteri kedua n klu ikt org lain,isteri kedua mmg ditinggal bgtu je,diberi layanan istimewa dan digula2kan dgn ayat manis utk dpt kn duit atau bantuan kewangan..maki hamun usah kira,bkorban tmpt tinggal,masa bersama dan cuti..Tak terkira..semua ni sy telan dan sy terima kerana Allah..sedar diri yg dtg menumpang,kena pandai bawa diri..tapi suami kenalah fhm situasi isteri kedua..Jgn dibandingkn dgn yg pertama..tak spatutnya yg kedua ini dilayan bila perlu. Disisi bila perlu.. igtlah pada suami2 yang membaca ini,isteri kedua takkan tinggalkn suami ny dlm kesusahan dan kepayahan sbaliknya dia akan shabis daya cbe disisi dan membantu ape yg perlu kerana isteri kedua sedar kedudukan diri yg mmg tidak layak utk peroleh ape pn waima zuriat sendiri sebab kawin tanpa restu..sebab itu jugalah kami tkut kehilangan cinta jika tiada penyambung waris..bergolok gadai utk tawan ht suami..kami jg bukan pengikis tapi kami lah insan yg menjadi tulg belakang suami utk support kewangan keluarga..rata2 isteri kedua semuanya bekerja..kerana suami takkan mampu menyara 2 @3@4 isteri yg tidak bekerja melainkan memiliki,darjat,pangkat dan harta yg byk..coretan sy ini sy tak kaitkn dgn mana2 kwn2..ianya semua tntg hidup yg sy harungi..bertabahlah kita isteri kedua..di doakan ada sinar kebahagiaan bg isteri2 kedua yg kurg mendapat kebahagiaan sbnr berumahtangga mcm sy..

    ReplyDelete
  27. isteri kedua patut habiskan nasihat untuk isteri pertama dengan mengatakan kesanggupan menyokong suami beristeri 3 dan 4. pasti org akan kata anda benar2 berkahwin demi Allah dan syurgaNya..baru betul. bukan duk sibuk nasihat isteri pertama redha/kata isteri pertama tamak/kata suami bukan hak isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua isteri pertama yang tak redha dan tak semua isteri pertama boleh Terima nasihat dari isteri kedua or madu dia..nak bercakap Hal kawin 3@4,soalnya mampu kah seorg suami jika berkawin 2 pn masih terkontang2 mengharap bantuan isteri kedua..Biar bicara kita melambangkan kebijaksanaan..alami sendiri baru anda faham masalah dan rencah ragam dlm poligami..setiap yg berlaku,aturannya dari Allah..Kita sebagai umatNya harus bijak atasi mslh. Bukannya menambah mslh..berkahwin demi Allah dan syurga Nya tu tak semestinya dengan menyuruh kawin 3@4 bru dikira kwin demi Allah dan syurgaNya..keikhlasan menerima dan keredhaan menjalani kehidupan berpoligami,menjaga adab dan hati suami tu pn dah ckup memadai..

      Delete
  28. Nasib seorang isteri kedua...

    Saya bukan nak buka pekung di dada dan juga bkn nk mengaibkan suami atau diri sendiri tapi hanya sekadar meluahkan dan berkongsi moga dapat beri pengajaran dan peringatan..
    Adat la klu jadi isteri kedua ni..semua bnd jatuh ke no2..dari segala benda..saya hampir di ceraikan oleh suami semalam..puncanya sebab sy dh mntk izin suami nk pulg ke kg..Dan dia beri keizinan..sekali xbg balik katenya dia xizinkn pun blik jumaat..hmm..sy xd pn niat nk melawan tp diagp melawan sb nk jgk blik..abis segala kisah silam diungkit termasuk cakap xsedar diri..diri tu dikutip..Hmmm..pedih..sehingga kn dia seringkali cuba provokasi utk sy ckp nk mntk cerai...penyudahnya dr berwassup hingga la dia dtg ke rumah..memukul sy..memaki serta menghina sy..dituduhnya sy ni xskekn ank2 ny sdgkn mkn pkai ank2 ny sy sediakn..sy yg beriya nk sediakn..dituduhnya sy taknak berbaik dgn madu sdgkn sy berwassup berjela dgn madu Tp dibalasnya 2 je tnpa jwb ptnyaan sy..dituduhnya sy ad lelaki lain diluar kerana sy berhias ms bekerja..dituduhnya sy xblh nk berbagi2 sdgkn sikit pn sy xd tny dia blik ke x..dtg ke x..bila nk dtg or mengganggu dia bersama keluarga..takda langsung!dituduhnya sy tak ikhlas belikan lauk pauk tuk fmly dia..mcm2 dituduhnya..Mmg sng cerita dia bezakan sy dgn madu..tersangatla pedih..

    Untuk pengetahuan semua..sy dgn suami hny berjumpa seminggu 2x..itupn tdo ny hny sekali seminggu..pdhal rumah kami xsmpai 5minit jalan kaki..boleh je dia dtg jenguk sy kejap ms nk g keje or balik Keje .Tp..itu semua mimpi..mimpi Sgt. Dtg pn jenguk sy duk sibuk dgn Hp smpai tdo..klu nk tgk dia kerap dtg jenguk,tunggula time dia nk duit,n nk study..sb saya balaci dia buat nota n studykan tuk dia dlu..Haaa,time Tu Mmg dia akn tpacul kt umah sy..hmm..

    Dari segi belanja,ssh la nk ckp. Sb sy bkerja..madu surirumah..sy nk dpt mkn sdp pn bila suami ajak mkn kt lua itu pn dlm sebulan Tu sekali pn blum tentu ad or sy blik kg,dpt la mkn lauk pauk. .Tp fmly ny..Hm..tak tau la nk ckp. Duk rumah pn dpt duit belanja. Sy yg keje jauh pn xd duit belanja..Sgt prihatin x sy membezakan dan myenaraikan semua ni. Nampak x sy sgt tluka kt sini..

    Tmbhan info..sy takda anak dan kawen tnpa restu kedua belah keluarga..sy tpksa myembunyikan semua bnd dpn org..sy Mmg tiada peluang nak berkasih syg ngn suami sb langsung xd ms tuk sy..

    Bertambah keliru pd sy bila suami penah ucap dia dh redha jika kami berpisah..dia xkisah Ada sy atau tidak..n dia mmg xd rs syg pd sy bila dia mrh kt sy isu duit kt bank makin skit. Umpama mganggap sy la penghabis duit dia. Tp dia xsedar semua Tu..duit yg kurg Tu sbkn dia sendiri. Bygkn nk bli songkok anak sy bg rm300 tak ckup..kekerapan bwk fmly berjalan..membeli belah..tanpa dia sedar semuanya dia yg abiskn duit. Dia xsedar jgk dia dh lukakan ht sy yg dia langsung tak bawak sy ke mana2 pn..sy xd ckp ape pn..klu rs sy ni x blh nk berbagi2,anda nilai la sendiri..sy tak ckp sy baik..Tp sy dh ckup bersabar sehingga Smlm sy mjawab n mgkn jwpn sy suami agp kurg ajar n myakitkn ht dia tlh menyebabkn punca sy hmpir diceraikan .wajar kah?? Huhuhu

    Malu Sgt ble dihina smlm..dicaci..dikaitkn fmly dan amalan3 ibadah sy .seumpama dia ckp sy ni beribadah tp perangai n ht lg kotor dr org yg xslt..astagfirullahalazim .paling sy sayu Smlm ble suami mengaitkn fmly dan amalan sy. ..terasa Sgt terhina..

    Org blh ckp mcm2..isteri pertama dh bg suami dia kt kte ptot lg bgus n berterima kasih pd isteri pertama ..Tp tidakkah korg fikir,semua yg tjadi ni telah ditentukan oleh Allah do Loh Mahfuz lagi. Suami bkn hak kita sorg..jd Simpan la kata2 nk ckp yg ptot dikasihi adlah isteri pertama. Mgkn ad kt sni yg akan kecam sy. Tp ini ht dan perasaan sy. Ape yg sy alami dan rasai sendiri ...

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tau suami tu tak mampu tanggung dua keluarga.. kau nak jugak menrampas.. ni kifarah yg Allah SWT bagi kat korang.. dunia lagi dah dapat.. akhirat esok lagi terok.. pikir dengan akal bukan kepala lutut

      Delete
  29. Isteri kedua memang selalu ditinggalkn kn..hmmm..sy ni setia menunggu kpulangan suami.Tp dah jam 5pg cmni pn dia tak dtg..Huhu...sedihnya sy..teramat sedih..nnt mcm2 alasan la dia bg..sibuk keje..dah lali..tgjwb mmg terabai la..sy uruskn keperluan sendiri..dia langsung tak amik tau..Hmm..menanti yg blum pasti

    ReplyDelete
  30. isteri kedua yang sering dilukaiMarch 5, 2016 at 7:50 AM

    Rata2 sy baca di ruangan ini semuanya isteri kedua seolah2 dipermainkan oleh suami utk dptkan kpentingan seperti kewangan,tmpat lpskn marah dan mungkin juga dalam kalangan isteri kedua ni sering diabaikan serta tak dapat restu.

    Bila semua benda kita terpaksa berkorban.melihat kesenangan orang lain,merelakan diri dipergunakan semata2 untuk menjaga hati suami.takut kehilangan cinta suami..tapi pernah tak kita sedar..semuanya ni apa yg kte lakukan semuanya keuntungan utk suami..terutamanya bagi isteri kedua yg tidak direstui..macam2 suami boleh buat..

    Sebab ape
    1.xd org yg tau perkahwinan kita..so suami boleh dtg or xdtg tgk kita ikt suka dia je
    2.bila xd org tau,mesti kita takda anak..ble kita xd anak,jdnya keutamaan suami pd madu..if madu ada anak.if xd,mungkin keutamaan dia kepada kerja or 'kwn2'
    3.bila kita xde anak,nafkah utk kita memang liat nak bg..terutamanya klu kita berkerja. sbnya suami akn menganggap bahawa kita blh sara diri sendiri gne gaji kita..n selalunya tu suami akan mntk kita duit sb dia akn cakap duit dia xckup..
    4.bila nafkah xbagi,xheranlah kalau kdg tu dia xigt kita..sebab apa..suami xd rasa komitmen kt kita langsung..
    5.suami beriya je berjanji akan layan sama rata tp hakikatnya bila kesemua keempat2 di atas tak myebelahi kita,so fhm2 jela..rasa adil ke?

    Kadang bila semua ni kita alami,suami mmg senang je nak lepaskan kita.sebab dorg akan rs terbeban bila kita mula mengungkit utk dptkn masa,utk didptkn restu keluarga n zuriat,sebab dorg rs msa tu dorg dh selesa hdup cmtu..hny commit 100% pd family pertama n pd kita not even 50% commit pun..so,bila rs terbeban,si suami ni akan ad satu niat nakal..nk lepaskn kita..itu jam,silap sikit je,berbakul maki,caci n hinaan dpt dlu sebelum dpt lafaz cerai

    Kenapa suami ni tak pernah ambil kesah pd kita isteri kedua yg khususnya tak dpt restu ni...sebabnya
    1.dia tau kita mesti akan ikut semua ckp dia sebab kita takut ilang dia..maklumla dia first touch kita..Klu dia lepaskn kita,lelaki lain mst xnk kita..tmbh lg xd org tau kite pernah kwin..so org akn agp kte wanita yg xberakhlak..padahal kita pernah dinikahi..
    2.kita ni terlalu berdikari..tu sebab suami ni x kesahkn kita..bagi depa,depa xd pn kita boleh survive sendiri,tu yg depa suka..xd depa kalut nk kesahkan kita
    3.kita tak ada hak..sebab Kita kawen xd restu...anak pun xda..kita nk tuntut apa..klu nk isu kt mahkamah suami tak adil pn xblh..Sb Kita xd bukti nikah kt msia..if kwen kt Thailand la..some more xblh tuntut apa2 sebab kita dikira kawin illegal kt msia..

    Ok now apa yg kita rasa sekarang bukannya hukum karma Allah sebab kita 'merampas' suami orang..tapi ini adalah ujian Allah utk insan2 yg terpilih menghadapi dugaan dunia Allah ini..tidak ada satu umatNya pun yg Allah tidak hadirkn ujian..walaupun kita tak mendapat keadilan kasih syg di dunia,percaya lah di SANA nanti Allah berikan kebahagiaan yg terindah..bersyukurlah Allah uji kita sebab Allah syg kita...Allah nk Kita igt Dia..bila kita igt Dia,nescaya Allah akan lindungi kita..rebut kasih seorang suami bukanlah satu perkara yg hebat..tp rebut lah kasih dari Allah..sygkan suami ats tuntutan Allah kerana kita dijadikan berpasangan..Redha dan terima jodoh itu..layanlah seikhlas yg mampu..pelihara maruah suami Kita walaupun kita sering diabaikan...cepat atau lambat,Allah akan menyedarkan suami bahawa kehadiran kita ini bukan sekadar lempias nafsu tapi sebagai pelengkap kekurangan dirinya..tak di dunia,mungkin dia imam kita di syurga kelak. InsyaAllah..pada wanita2 yg xpernah rasa seperti yg kami rasa,jgn cpt menghukum kami..buang lah pndangan negatif korg pd kami dan hentikan hinaan pada kami..ikhlas kami kerana Allah.. cinta kami juga kerana Allah..bersyukurlah mungkin korg xdimadukan or korg isteri pertama..peritnya hnya berkongsi cinta tapi pengorbanannya tetap tak sama..

    Saya mendoakan kepada isteri2 di sini,diberkati Allah,diberikan kekuatan,keredhaan,kesabaran yg tinggi utk menempuhi liku hdup yg beranjau ini..suami juga amanah Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa agaknya lelaki ni nak kahwin lagi suka kahwin sembunyi? Padahal orang kat daerah tu kenal dia siapa? Sebab takut bini tua?? Kalau takut mana keberanian datang untuk jabat tangan tok kadi tu..
      Saya isteri no 1. Saya juga dinafikan hak bilamana suami nikah sembunyi2.. Hancur hati bila dapat tahu.
      Saya cuba redha terima segala tapi hati ni berbolak balik, saya bukan tak kenal bini baru dia dan bini baru dia cukup kenal saya dan anak2..
      Angkuh betul bila kata saya berdosa menafikan hak dia. Kemudian suruh saya berbahasa elok bercakap dengan dia. Dah syukurlah saya beraku engkau. kenapa?? Nak saya ini beradik kakak dengan dia?? cuba berbaik pun tidak nak saya jaga hati dia???
      Yang sangat sakit hati bila suami tak buat giliran.. Cukup sekali saya tanya kenapa tak balik sana? 15min pun tak sampai dr rumah saya ke rumah bini dia. Nikah sanggup pula ke sana senyap2... DAN 2x saya ingatkan bini baru dia minta apa hak awak yang dia nafikan... Tapi jawapan si bini beri dia terima segalanya dia tak kisah. Allah kemudian dia meroyan kat fb konon sekadar isteri perhiasanlah kekasih gelaplah dan macam2 lah...
      Sampai hari ni saya jadi tak percaya dan sentiasa curiga pada suami sbb tak pernah jujur pada saya. Itu apa saya rasa.. Nusyuz ke saya?... Jahat ke saya ni sebagai isteri pertama??

      Delete
  31. Sy is3 kedua jgk..Bila susah, sakit, ada msl, sy bersusah tp bila jd kaya raya is3 kedua diberi kemewahan dn kesenangan.Pintu rumah sy diikat dgn tali pn dia tk teringin nk sedekah.Skrg suami sakit dn akn jalani bypass jantung di IJN.Sbgai guru, sy hanya layak bcuti 7 hari shj dlm sethn.Sy dh buat jadual dgn ank utk jaga suami brgilir2.Sy akn memandu dr Melaka utk brgilir mnjga suami.Suami ada 7 org ank.4 org tlh bkerja.Madu sy tukang masak di kantin sekolah dn bila cuti sekolah dia masak utk katering utk pengusaha yg sma.Smasa ank sulungnya brsalin, dia brcuti sebulan tp bila suami sakit, dia tk bercuti.Kesiannya suami sy.Smoga Allah mmudahkn perjalann hidup kmi semua dn Allah tambatkn kasih syg kmi semua.Dunia hanya sementara.Apa yg nk direbut????? Maafkanlah kelemahan suami.Doa yg terbaik utk semua.Aaamiiin

    ReplyDelete
  32. Bia cuti sekolah, suami hanya byk habiskn msa di ruma is3 pertama.Sbagai guru, itulah msa utk msa bsama suami.Sudahle hari2 biasa hanya jumpa sekejap jeee..Sy tk perdoa utk dpt lebih tp sentiasa doa yg terbaik utk suami..Agaknya suami sy memendam msl dn memendam rsa.Kesiannya dia tp tetap byk msa di rumah is3 prtama.Knp lah nk tk tamak? Itu ke yg akn kita bwa ke akhirat nnti? Sy hanya mampu nasihatkn dn mmberi ingatn kpd suami.Mudah2an yg sabar mndpt ganjaran lbh dr Allah

    ReplyDelete
  33. Salam,

    Aduh, byknya kisah2 yg perit ttg hidup poligami ni. Bagi yg hidup poligami, tak kira anda yg keberapa, suami hendaklah adil. Ada yg saya baca sampai isteri yg kena menanggung kewangan suami dan madunya, tolonglah jangan sampai begitu kecuali keadaan yang sangat terdesak. Itupun dengan kerelaan hati. Kewangan isteri adalah hak mutlak isteri. Jangan sampai suami ambil kesempatan, kecuali isteri rela membantu. Walau apapun, ingat, suami kena adil dlm pembahagian masa dan kita tak terabai. Kalau tidak suami yang menanggung dosa. Saya sarankan, ikutlah cara Islam dlm menjalani hidup poligami ni. Jangan asyik mengalah sampai teraniaya. Cukuplah hak terjaga. Ingat juga bila hidup bermadu, cubalah jaga hati kebanyakan pihak, seperti tidak post gambar2 mesra bersama suami jika madu yang lain boleh membacanya. Kalau boleh, jangan campurkan hal2 madu2. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan suami. Insyallah selagi kita buat yang baik di sisiNya, kita akan tenang.. susah tapi cubalah.
    Dugaan manusia lain2. Kalaulah kita boleh pilih yg mana satu dugaan yang kita nak antara dapat penyakit kanser ke, miskin melarat dan tak cukup makan ke, atau berpoligami? setiap orang ada bahagiannya..jangan mencemuh dan menghina org, lihat pada diri sendiri. Betulkan dan mintalah pertolongan dariNya. Insyallah..

    ReplyDelete
  34. As Salam..
    Sy tak setuju dgn cara puan. Mungkin perkataan PERAMPAS lebih sinonim dgn puan drp apa yg saya baca, keperibadian puan tak baik (maaf cakap). Puan seolah2 nak merampas kebahagiaan org lain, mmg layak dan patut Allah datangkan balik ujian pd diri puan.
    Sepatutnya bermadu , gunakan istilah BERKKONGSI suami. Bila berkongsi kita akan serahkan 100% kepercayaan pd Allah dgn niat utk kebaikan semua pihak.
    Kalau dah niat nak merampas tu, mmg la hidup takkan aman. Berbaliklah pd ajaran Allah. Poligami tu Allah yg suruh, bila aAllah suruh mestia da kebaikan didalamnya. Bila berlaku keburukan, tu maknanya dtg drp diri sendiri, bukan org lain.
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...sye setuju...semuanya bergantung pada niat..Allah Maha Mengetahui apa yg ada dlm hati kita....kalau niat kita baik in sha allah dtgnye juga baik...dlm hidup ni sgt sng puan..Allah da ajar semuanya dalam Al-Quran..cuma kite je khilaf..sllu nk perbandingkan ape yg ade..Allah x pernh kirim ujian tanpa ade rahmat dan hikmah dia...sesuatu datang dr Allah dan kembalikanlah semula pd Allah...Allah da pesan dlm Alquran...mintaklah pertolongan Allah dengn jln sabar dan mengerjakan solat..jd berbalik la pd Allah...x yakin ke dgn ape yg Allah katakn...Allah tu x kejam dan Allah tu tak zalim..ape yg Allah dtgkan tu beserta hikmah...suami tu cuma manusia...berpegang pd yg satu...jika kita berharap pd manusia kita akn kecewa..maka bergntung haraplah pd yg kuasa...dialah pemilik hati2 manusia...jgn persalahkn ape yg terjadi tetapi jd kn ia sbgai pmbakar utk kita muhasabah diri dan prbetulkn diri kita pd Allah...

      Delete
  35. Assalamualaikum..

    Banyak betul kisah duka sbg isteri kedua dlm ni..lebih kurg same kesedihan isteri2 kedua..

    Walaupn sy juga isteri kedua,saya juga tak lah terlalu bahagia,sengsara dan keperitan turut saya rasa sama seperti isteri2 kedua yg lain..saya juga seperti dianiaya,dipergunakan dan dibiarkn hdup sendirian..tapi saya tetap bersyukur dgn hidup saya..sekurg2nya saya bersuami..dan memiliki hubgn halal..bebas dari fitnah dan zina..biarpun family saya sendiri dan family suami tak tahu mgenai perkahwinan kami,namun saya redha..Allah pasti dah rencana perjalanan hidup saya dan suami dgn baik..
    Siapa yg xnk hidup bahagia,dpt restu semua pihak..saya hanya mampu bersabar dan berdoa moga suatu hari nnt Allah bukakn pintu hati kedua belah keluarga utk menerima perkahwinan kami ini..

    Saya ttp hidup seperti bujang,namun saya xperlu risau..saya ada hubgn halal..biarlah saya sendirian kerana itu mgkin yg terbaik dari madu bermasam muka,suami berbelah bahagi dan susah ht memikirkn kami semua..saya hanya pegang 1 perkara sahaja dan saya kuat semangat sehingga ke hari ini disebabkn pegangan ini..setiap apa yg berlaku pasti semuanya dgn izin Allah. Maka dgn itu,saya langsung tidak pernah mengungkit dan menuntut keadilan berpoligami,nafkah zahir dan batin serta keperluan hidup saya..dan disebabkn ini juga saya mampu berdikari sendiri tanpa mengharapkn sesiapa termasuk suami dan keluarga..
    Suprisely,dgn cara saya hidup begini,saya dan madu menjadi kawan baik..saya langsung xgngu hak dia dan takkn gngu suami..sglanya hak dia 100%..biarlah kami begini..asalkn semuanya bahagia..setiap apa yg berlaku adalah dgn izin Allah

    ReplyDelete
  36. Hina ke jadi isteri kedua? Kenapa kita slalu dihina dan dibelakangi..baik dari masyarakat dan suami sendiri..baik cmne skali pun ttp dihina dgn hina skali..knp sering dibelakangi..knp sering dipersalahkan..tak boleh Ke kita isteri kedua ni meluahkn rs n perasaan kita ble diperlakukn oleh madu..Bila madu aniaya kte..knp kte balik dipersalahkn..kecewa sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kita yg kedua..tetap kedua..biarlah mereka buat kte kerana itu hny duniawi..jg ht suami kita walaupn tpksa bersakit ht..kerana dugaan ini Allah bg pd kita org2 yg tpilih..namun jgn amk jln mudah utk slesaikn mslah dgn melakukn pkra yg x elok sb itu tndany iman kte xkuat..Allah jadikn setiap dugaan utk duga iman kte..dekatkn diri dgn Allah..insyaAllah hati kte tenang..org yg aniaya kte tu,kte ampunkn..biar kte sme2 hdup tenang..janji Allah itu pasti..sabar ye syg..

      Delete
  37. Sy hampir dimadukan. Calon isteri kedua suami tu seorg janda. Yg memeritkan hati sy, mereka rupanya dah ada hubungan sejak 3 tahun yg lepas. Calon isteri kedua tu baru je menjanda 4 bulan lepas, bermakna mereka dah mula menjalinkan hubungan haram semasa masih menjadi isteri org lagi. Ye, sy akan sebut juga hubungan mereka haram. Saya dapat tahu hubungan mereka semasa dia dlm iddah.

    Bermcm2 perkara berlaku sejak sy dapat tahu tp yg paling kelakar nya, calon isteri kedua tu siap serang sy di rumah dan telefon marah2 sy sebab x dpt terima hubungan mereka. Terbalik kan. Mmg sy mengamuk di awalnya tp tak ke mereka yg patut terima reaksi sy tu. Sy mengamuk atas byk sebab. Pertama, hubungan disembunyikan selama 3 tahun. Kedua, dia isteri org ketika mereka mula bersama. Ketiga, sy tanggung hampir semua bil rumah, suami x mampu. Keempat, suami byk kali janji dgn sy, dia hy akan kahwin lain selepas dpt berikan sy kemewahan material. Kelima, suami janji kalaupun dia kawin lain, dia takkan bercinta dgn perempuan itu dan akan suruh sy yg menilai.

    Jadi bila dpt tahu sebegitu, mane lah sy tak mengamuk.

    Walaupun sy dah dpt tahu, mereka masih nak menegakkan benang yg basah yg kononnya hubungan mereka suci dan tetap teruskan hubungan. Yelah, benda haram semestinya lazat kan! Sebab setan yg teman. Mane tak sedap. Lama kelamaan belang calon isteri kedua tu terbuka. Dia hanya selesa berkasih bersama suami sy dan mengaku dia sanggup bermadu hanya semasa sy tak tahu. Sebab masa tu hubungan mereka rancak. Kalau sanggup bermadu, tentulah akan lakukan apa shj utk menyenangkan suami dan saya utk terima dia kan. Tp sejak sy dpt tahu mengenai hubungan mereka, dia rasa insecure sgt jadi dia asyik menggelabah dan byk jeleous dgn sy. Dia jeleous sbb suami byk luangkan masa dgn sy x mcm dulu. Sedangkan sy isteri dan dia tu sekadar perempuan simpanan haram. Mmg kelakar betul. X sedar diri. Ada sekali tu mereka bergaduh dan suami x angjat panggilan telefon dia. Ade ke dia pegi telefon sy nak ty suami sy mane. X sedar diri betul. Tp satu bende lah, sikap2 pelik perempuan tu membuatkan sy x mengamuk meradang padanya tp sy balas dgn ketawa to her face. Satu sbb mmg kelakar, sbb kedua sy nampak dia bukan saingan sy dan sy tahu suami x berkenan dgn perangainya. Bila sy tak melawan, dia makin kurang ajar. Lama kelamaan, suami bosan dengannya dan ambil keputusan utk berpisah. Semasa hari berpisah, perempuan simpanan suami tu lagilah memburukkan suami memberitahu kononnya dia lah mangsa dan suami yg salah semuanya. Dia lampirkan juga bukti2 mereka dah berzina, mungkin harapannya supaya sy menggelabah dan berpisah dgn suami.

    Kalau belum berkahwin pun perangai dah mcm ni, mcm mana lah nak bermadu. Umur je tua dekat 50 tahun, tp perangai mcm budak2. Konon je bisnes lebat tp kuat melalak.

    Buat suami2 di sana, satu nasihat sy. Carilah calon isteri kedua yg elok2 yg baik budi pekerti dan ada agama. Seriously. Bila kamu berkahwin lain, kamu membawa org lain ke dalam dunia kamu, ke dalam dunia isteri pertama kamu, ke dalam dunia anak2 kamu. Kamu berkahwin bukan utk kamu berdua je. Janganlah hanya kerana keseronokan dan keenakan kamu yg konon best tp xlah best sgt tu, kamu ambil mudah, menipu sana sini dan ambil risiko2 yg tak berbaloi. Malu lah pada anak2 dan keluarga. Kamu adalah ketua keluarga. Kerja kuat2 dulu, buktikan kamu boleh lepas nafkah zahir dan batin keluarga pertama dulu. Ni yg pertama x lepas nak ada yg kedua. Cita2 dah cukup tinggi nak jadi ketua pada 2 keluarga tp realitinya nak lepas makan minum satu keluarga pun susah.

    Status sy skrg.. sy tengah nilai suami sy. Dia janji dia nak berubah. Kita tengoklah. Kalau perangai dia kembali mcm dulu atau keadaan jadi makin keruh, sy sedia fail penceraian. Bukti kecurangan mmg banyak ada ni - semua calon isteri kedua tu yg bagi kan. Rasanya takde masalah nak lepas dari dia, insya Allah. Tengoklah mcm mana.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. My opinion.. jodoh tu ketentuan allah swt.

    ReplyDelete
  40. MasyaAllah..sedih benar bila sy baca luahan rakan2 sekalian..sy juga pernah mnjadi isteri ke2, nasib sy juga terabai, sy dan suami bkawin dgn pengetahuan isteri pertama, selama sy bkawin 8 thn, sy hanya didtagi suami 3 jam sehari, itu pun pd wktu siang, sdgkn jarak rumah sy dgn madu sy hanya lah 15 minit, sy tidak dibenarkan ada zuriat selama 5 thn..sdgkn sy sgt menginginkan anak sbg peneman, sepanjang perkahwinan sy, sekali pun sy tidak penah merasa beraya dgn suami, andai kata cutinya 2 minggu, 2 minggu itu akan dihabiskn dgn isteri pertama. Selamanya ini sy hanya diamkn shj, tp sy ni hanya manusia biasa ada hati dan perasaan. Sy penah mengandung, tp malangnya sy keguguran, slps sy gugur, sy diberitahu madu sy mengandung, dan slps itu suami sy makin hari makin btambah benci pd sy, sehinggakn sy merayu utk merasa beraya dgn dia biar pun hanya sekali, tp permintaan sy lgsg x di indahkn, dn bukan itu shj, malah sy diceraikn pd hari terakhir Ramadhan, dan hari esok nya 1 Syawal..dgn talak 3..hanya melalui pangilan tel, sy diceraikn tanpa ada alasan, dn sy sdiri tidak thu apa salah sy sehingga diceraikan dgn talak 3..dn sehingga ke hari ini, dia tidak mnguruskn lgsg urusan penceraian dimahkamah..sdgkn urusan pendaftaran pernikahan yg dh 8 thn pun blum lg selesai..sy sentiasa berdoa agar segala urusan ini dipermudahkan..dan byk kali sy dihalau oleh bekas suami dari menetap disini, sdgkn sy ini kakitgn kerjn yg perlu melalui pelbagai proses pertukaran dn memerlukan dokumen yg lengkap sbg alasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah sy 90% same dgn cik matahari..cuma bezanya kte sy msh lg isteri kedua,jrk rumah sy ngn madu xsmpai 5min dan tidak pernah mengandung dan xdbenarkn mgandung..yg lain kte same cik matahari..tak sangka ad jg kshny same dgn sy..sy dh penat hidup begini..spt perempuan simpanan..sentiasa disalahkn krn kslhn org lain..dijadikn tmpt mlepaskn tension..seolah2 sy ni patung bernyawa..segala benda sy utamakn utk mereka tp sy ttp nmpk slh ble mgadu atau meluah rasa..knonny isteri pertama tlalu mulia..terlalu bagus..klu bgtu knp khwini sy..knp seksa sy..

      Delete
    2. sebak rasanya sy baca kisah puan..dan saat ini juga sy dpt rsa bagaimana yg puan rasa..sy harap puan tabah menghadapi ujian ini..sabar yer wahai sahabat..Allah sentiasa berada disisi hambaNya yang teraniaya..dan igt lah doa org yang dizalimi tiada hijab disisi Allah..Alhamdulillah puan..selepas sy diceraikan..sy meneruskan kehidupan seperti biasa, menyibukkan diri dengan urusan kerja..dan Alhamdullilah Allah pertambahkan rezeki sya dan hidup sy lebih tenang..sy sentiasa doakan sahabat2 yang senasib dengan sy agar dipermudahkan segala urusan juga...Aminn..

      Delete
    3. Cik matahari...saya sekarang masih dlm keadaan sedih..saya terpaksa menggugurkn kandungan kerana suami ckp demi mjga aib sy n fmly..a day before sy nk gugurkn kndungan sy..suami bgtau madu jgk tgh mengandung n bkata jgn ckp dia tak adil pula bila sy disuruh gugurkn kndungan..sy teramat sedih smpai ke hari ini..rupanya ms sy mbalas komen saudari, sy tgh mengandung 3minggu..kini sy spt org gila..hdup sorg2 sb suami melekat ngn isteri ptma..sy sntiasa tkenang kndungn sy
      ..hari2 sy akan ttp gmbr scan tu smbil menangis..
      Sy xmampu nk thn rs sdih sy stiap kali suami mgdam asam..sb dia mgdam utk isteri ptma..peritny rs..sy nk lari jauh..sy xthn dh

      Delete
    4. Allahuakbar...x sgup sy nk baca komen puan..bykkan bersabar puan..puan kena tabah..jgn biar kesedihan membelenggu puan..sy sudi mendengar segala luahan puan..klu puan sudi berkongsi..kita sama2 diuji..Allah itu Maha Adil..Dia inginkan sesuatu yang terbaik buat kita..yang penting kita yakin padaNya..sy doakan puan dalam keadaan sihat..setiap kesusahan akan digantikan dengan kesenangan tanpa kita sedar..apa yg puan lalui mgkin perit bagi puan. perit juga bagi sya..tp Allah itu menguji mengikut kemampuan kita..walaupun hakikatnya kita rasa x mampu..kalau skg puan rasa spt org gila..sy sdri pun hampir gila puan...tp sape la kita yang nk menentukan takdir..sy sgt faham apa yg puan sedang alami skg..banyakkn igt pd Allah..suami dan madu puan itu hanya manusia biasa je..tiada apa2 kuasa pun..mereka juga milik Allah..mgkin skg mereka diatas..igt wahai sahabatku..roda itu mampu berputar..tidak selama2nya kita diatas dan tidak selama2nya kita dibawah..segalanya hanya Allah yang Maha Mengetahui..semoga kita sama2 gunakan peluang dibulan Ramadhan yg bakal tiba ini utk mengabadikan diri dgn Allah..x perlukan lagi puan kenangkn lagi mereka2 yg tidak menghargai puan..teruskan kehidupan puan seperti biasa..InshaAllah puan akan lebih tenang dan bahagian hendaknya..Aminnn..

      Delete
    5. Terima kasiha sahabat..skurg2ny sy ad jg tmpt nk meluah rasa..maaf jika kisah sy ni dicerita pd cik matahari..sy malu tp terseksa itu lebih dari malu..setiap hari sy kenang nasib sy..InsyaAllah sy akan ikt nasihat cik matahari..semoga Allah kuatkn ht kita yg sering dianiaya..terima kasih byk2 pd cik matahari ats smgt yg diberi..moga Allah memberkati hdup cik matahari..n smoga sy jg setabah n sekuat awk tuk trus hrungi hidup..salaam Ramadhan dari sy..

      Delete
    6. Alhamdullilah..Salam Ramadhan dari sy jgk..klu sahabat sudi berkongsi kisah hidup atau minta pendapat..blh email sya yer..matahari818@gmail.com

      Delete
    7. Terima kasih matahari..seindah nama awak..baik pekerti..moga Allah sentiasa merahmati awk

      Delete
  41. Sebak sy membaca kisah di atas..mengenangkn nasib sendiri,ad jg yg hampir sme dgn pjlanan idup sy..bkn sy tak redha hdp cmni..tp suami sering mgaggp sy pemberi mslh pd dia
    .sy dh kwin 4thn tnpa restu..smlm sy dsahkn hamil 6minggu..sayu ht sy ble berita khamilan sy dsambut dgn amarah suami.lebih sayu lg ble sy disuruh buang kndungan sy..dan lbh memilukan ht sy ble smlm jg suami mberitahu madu pn turut hamil..Ya Allah..berat ujianMu pdku..benih ini tpksa kubuangkn demi mjga aib dan ht semua pihak..sdgkn htku pilu ble suami berlaku tidak adil pdku..sudhla aku hdup sendirian..disuruh ggurkn knduganku..ampunknku Ya Allah.esok..esok aku akn buang benih ini..harini..terasa tekak nk mkn satay..aku gagahkn meminta dr suami utk pmntaan dan mgidamku yg terakhir..aku ptot bergerak dr rumh sewa suamiku sblum jam 8 kerana train aku jam 8.20mlm..tp kerana nk memenuhi permintaan aku,suamiku lwt amk aku shingga aku tlepas train..Ya Allah..makin diduga..aku dimaki dan dihina seolah2 aku dh myusahkn hdup dia..aku dh mrosakkn sgla2ny..sehingga dia blh ckp "layankan la mgandung bodoh ko tu"..tika ini..takde dh air mata sy menitik utk pkataan terakhir td..hati sy trus mati..tak gne sy byk bkorban dlm segala bnd..akhirny kerana kata2 ny itu telah membunuh cinta sy pd dia..

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum tn rumah.. cerita anda cerita betul atau rekaan.. atau anda dlm posisi isteri pertama yg bakal dimadukan dgn create cerita sebegini rupa utk memberi gambaran negatif pd poligami atau isteri kedua..
    Awal2 lg anda dh berniat x baik dlm perkahwinan anda iaitu berniat nk merampas ksh syg n perhatian suami utk anda sorg.. mngkin kerana itu akhirnya anda diuji semula dgn perkara yg sama.
    Hidup berkongsi ni perlu ada niat yg betul dan berserah pd Allah. Jgn ada sikap nk memonopoli. Kalau bukan anda yg akan menanggung dosa apabila suami berat sebelah atau tidak adil..pasti suami yg anda syg akn tanggung dosa.. maka mana matlamatnya utk kita ke syurga Allah?.. wallahuallam..

    ReplyDelete
  43. Sedih bila baca kisah isteri kedua. Tp sy isteri pertama.. Suami kawin senyap2 tanpa pengetahuan saya.sebelum mereka kawin, sy dah lalui fasa menyakitkan dan melukakan hati. Sy diceraikan suami dan rujuk kembali. Perempuan tu tak nk lepaskan suami dan sentiasa mencari jln utk berjmp suami walau jam 2-3 pg. Sy tak dapat terima dia (skrg madu) kerana sikap ingin merampas dan merosakkn rumahtangga sy. Pernah diugut saya jika dia tgglkan suami..suami takkn layan saya baik seperti dulu. Selama mereka kawin tanpa pengetahuan saya.. Suami sering abaikan saya.. Tinggalkan sy sendirian.. Hinggakan sy mengandung setelah 9 tahun menanti.. Suami haramkan sy mengandungkn zuriat dia. Saya keguguran kerana tekanan perasaan dan sering ditinggalkan sendirian. Selepas keguguran saya dapat jejak suami kawin dgn perempuan tu dan sedang mengandung tengah tggu masa utk bersalin. Sedih rasa hati ini hanya allah yg tahu. Madu pernah ckp pd Saya sblm ni yg suami nk anak sbb sy xmampu bg zuriat. Ya Allah, itu semua perancangan Allah.. Kami telah berusaha sebaiknya.. Sy terkilan dan teramat sedih dihina madu.. Sy takkan lupa kata2 dia sblm mereka kawin. Sehingga kini madu dh bersalin, kata2 maaf tidak pernah diucapkan tp hanya ucapan yg dia tidak bersalah dan ditipu. Sy tak dpt terima dia sbg madu sy. Sikap sombong dan bongkak buatkn sy rasa fobia utk baik dgn dia. Sy minta suami utk lepaskan saya, sy tak sanggup lg hati ini dilukai dan terseksa. Setiap hari sy berdoa moga Allah bg sedikit rasa sengsara, kecewa, sedih, terluka kepada madu seperti mana sy rasa selama setahun mereka berhubung. Sy yg seharusnya rasa tertipu oleh mereka. Madu dlm pantang lahirkn baby, sy tahu rasa perit suami tiada disisi. Bukan sy yg minta, tp suami yg tak sanggup utk tgglkan sy sendirian. Suami sentiasa ada dgn sy. Sy tahu suami tidak berlaku adil.. Mgkin juga ini balasan yg Allah nk tunjuk pada madu yg suami layan sy lebih baik dan saya tahu madu skrg telah rasa apa yg saya rasa. Sbb madu pernah call sy supaya jgn bercerai dgn suami. Kebahagiaan suami bila adanya saya dan sy rasa bhg. Suami akan layan dia baik jika tidak sebaliknya. Adakah ini balasan utk sifat tamak madu sblm ni sehinggakan rumahtangga sy tidak bhg seperti dulu. Sy cuba kumpul keluatan utk terima semua ni.. Tp sy tidak mampu dan tidak kuat. Sy rela undur diri andai itu yg terbaik utk suami. Sy hanya mampu berpesan buat madu, jagalh suami sy dgn lebih baik bersama zuriat mereka. Sy takkn ganggu rumahtangga perempuan lain, sy tahu sakitnya rasa bila dikhianati dan ditipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib bjadi no 2 di tuduh prampas ...niat x da nk rampas...tapi kerna cinta dan ksian mlihat lelaki ygg kurang kasih sygg ...dr istri ...ku sgup bkorbann utk laki yg ku cinta ...tapi ...nasib ku bbeza dr kalian ...kerna. Ku blm ada status yg sah ...hanya bsama ..selama 4 tahun...nasib ku sgt bbeza...ku bdiamm ...mnangung sakit mlihat laki yg ku cinta d rumahh bini nya...ku d layan baik oleh laki ku...tpi sampai bila harus bgini...

      Delete
  44. Jgn la jadi nombor 2 kalau tidak mahu masalah..

    ReplyDelete
  45. Bulan ni, aku di offer untuk jadi isteri kedua. Atas dasar cinta yg dah berhubungan 10 tahun. Lamakan... Dulu masa hampir utk ditunangkan dengan lelaki yg lain, married man ini lah yg brainwash aku supaya membatalkan. Oleh kerana dia bos aku, susah utk aku berdepan dgn dia hari2 kalau aku putuskan hubungan. Pasti aku akan tergugat dalam institusi ini.Nervous aku di buatnya. Dan skrg ni, aku dalam kebuntuan. Utk terima dia sebg suami atau tidak. Aku seolah olah di serang, di marahi kalau aku tolak dia. Die tuduh aku ambil kesempatan atas diri nya. YA Allah..apalah daya aku. Jika aku terima, selamanya aku harus terima challenge sbg isteri kedua. Kalau dpt di putarkan masa 10 tahun yg lalu, pasti aku akan hindarkan diri dr kemanisan di ngorat dan bercinta dgn laki org ini. Sahabat2, doakan saya supaya saya dpt atasi masalah kebuntuan hidup ini.

    ReplyDelete
  46. Kalau awak asterisk pertama, mesti jalan cerita awak bertukar.

    ReplyDelete
  47. Salam...
    X de ke kisah isteri ke 2 yg bahagia?

    ReplyDelete
  48. Allah ada,doalah sbg senjata,

    ReplyDelete
  49. ini kisah sy plak..sy ni janda ank dua.. sy telah dilamar olh isteri kpd shbt baik sy.. si isteri ni jgk mrupakn shbt baik sy..shbt baik sy tu (si isteri) tlh mrisik utk mlamar sy dijadikn isteri kedua suaminye.. dgn erti kata yang lain utk mnjadi madunye.. tp yg mnjadi mslhnye adlh bekas suami sy telah mburuk burukkn sy kpd smua bahawa sy adlh prempuan jahat yg cuba merosakkn umahtangga org lain..dan skrg sy dlm dilema samada nk trima lamaran ni atau pun tak.. sbb sy sering bpikir tentang crita2 yg disebarkn olh bekas suami.. sy rs buntu skrg ni.. satu lg sy bmbg jika sy kecewakn seorg lg shbt sy yg turut berhasrat untuk mlamar sy mnjadi isteri kedua kpd suaminya..mohon pndgn shbt2 smua.

    ReplyDelete
  50. wahai isteri2 kedua sekalian, mohon pada Allah mati dan hidup balik sebagai bujang, lepas tu kahwin dan akhirnya dimadukan...apa yg anda akan rasa??? senang bercakap apabila anda berada d tempat yg kedua..anda semua x layak untuk menilai isteri pertama kerana semua masalah berpunca dari anda semua sbg isteri kedua....

    ReplyDelete
  51. saya harap isteri kedua ni dapat memberi keizinan kepada suami anda utk kahwin ketiga..
    baru anda dapat rasakn macam mana perit getir hati dan perasaan isteri pertama dahulu..
    bila sudah ada pengalaman baru tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya bl isteri pertama sakit ati sgt ckp mcm tu. Mmg sakit bermadu..x de org dlm dunia ni nak bermadu.

      Delete
  52. assalam..saya baca dan hayati kesemua luahan isteri2 kedua..apa yg berlaku semuanya berpunca dalam diri kita..kerana berkongsi kasih dan suami sgt myakitkan..dari awal sudah diketahui..bahawa lelaki itu suami orang..x perlu dekati..x perlu nak tunjuk prihatin..x perlu nak menunjukkan diri yg kita sangat kasihan kpd suami org yang kurang kasih sayang di umah...
    Untuk pengetahuan kalian smua..mana ada suami yg kurang kasih sayang d umah..yang kurang kasih sayang dan diabaikan adalah istri dan anak2nya di rumah..suami yg baik.. beriman..bertanggungjawab tidak akan sesekali menduakan istrinya..tetap setia..bersabar dgn klrganya..tidak bergaul dan bermesra dgn wanita lain selain istrinya..
    Saya setuju dgn pandangan admin..jgn jadi istri kedua atau istri gelap..poligami berlaku dlm rumah tangga bila ada permintaan dan penawaran dari pihak ketiga ..berpunca dr wanita yg suka kpd suami org ..Banyakkan ishtifar dan tanya diri..bagaimana kalau org yg terdekat sprti ayah kita yang menduakan ibu anda d rumah..mncari wanita lain utk dijadikan istri..apa perasaan anda..sbagai anak..terluka..marah..benci..
    Begitulah hakikat yang terjadi pada istri prtama..terluka..tidak dihargai..pgorbanan sia-sia..kemurungan..kecelaruan..dlm diri..
    Masalah ini akan berlarutan..jika ada wanita yg sudi jadi istri kedua..sudi berkongsi suami..sudi memberi bntuan kwangan..yang beruntung adalah lelaki bukan wanita yg mnjdi istri kedua..

    ReplyDelete
  53. assalam..saya baca dan hayati kesemua luahan isteri2 kedua..apa yg berlaku semuanya berpunca dalam diri kita..kerana berkongsi kasih dan suami sgt myakitkan..dari awal sudah diketahui..bahawa lelaki itu suami orang..x perlu dekati..x perlu nak tunjuk prihatin..x perlu nak menunjukkan diri yg kita sangat kasihan kpd suami org yang kurang kasih sayang di umah...
    Untuk pengetahuan kalian smua..mana ada suami yg kurang kasih sayang d umah..yang kurang kasih sayang dan diabaikan adalah istri dan anak2nya di rumah..suami yg baik.. beriman..bertanggungjawab tidak akan sesekali menduakan istrinya..tetap setia..bersabar dgn klrganya..tidak bergaul dan bermesra dgn wanita lain selain istrinya..
    Saya setuju dgn pandangan admin..jgn jadi istri kedua atau istri gelap..poligami berlaku dlm rumah tangga bila ada permintaan dan penawaran dari pihak ketiga ..berpunca dr wanita yg suka kpd suami org ..Banyakkan ishtifar dan tanya diri..bagaimana kalau org yg terdekat sprti ayah kita yang menduakan ibu anda d rumah..mncari wanita lain utk dijadikan istri..apa perasaan anda..sbagai anak..terluka..marah..benci..
    Begitulah hakikat yang terjadi pada istri prtama..terluka..tidak dihargai..pgorbanan sia-sia..kemurungan..kecelaruan..dlm diri..
    Masalah ini akan berlarutan..jika ada wanita yg sudi jadi istri kedua..sudi berkongsi suami..sudi memberi bntuan kwangan..yang beruntung adalah lelaki bukan wanita yg mnjdi istri kedua..

    ReplyDelete
  54. Saya juga isteri kedua. Saya dilupakan terus...seolah olah tidak wujud. Tidak pernah beraya sekali pun dlm tempoh 18 thn berkahwin. Saya tau sudah tiada cinta dihatinya utk saya. Saya bertahan demi anak anak. Moga Allah mengurniakan kesabaran yg tiada batasnya sehingga saya dijemput ilahi.

    ReplyDelete
  55. Saya rasa kalau dah tahu lelaki tu suami org tak perlu lah nak melayan.. Letakkan diri awak pd isteri pertama tu, kalau suami awak cuba dirampas org, rasanya menggelupur jugak .. Mana ada perempuan sanggup berkongsi kasih lbh2 lg klu tgk kemampuan suami yg jaga sorg isteri pun asyik semput tak cukup and isteri tlg cover.. Saya cukup tak paham bila jatuh cinta dengan suami orang perempuan2 ni akan cakap inilah takdir, inilah jodoh..habis daripada awal kenapa tak cuba lari? And awak kena ingat, masa dan duit ringgit yang dihabiskan lelaki tu pd awak, di dalamnya ada peruntukan untuk anak dan isteri dia ye.. Kalau isteri dan anak2nya tak halalkan mcm mn? Isteri ni kalau suami buat dia menangis, rezeki suami pun sangkut ok..

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum..Saya sama isteri no 2, sya sudah 6 tahun kahwin, kalau ikut hati saya tidak mahu, tetapi suami Saya pandai ambil hati keluarga, tidak berapa lama keadaan jadi kucar kacir, saya masih belum diterima oleh keluarga mertua Dan ipar duai Dan biras, Saya diamkan saja, tetapi suami tidak pernah bagi apa2 nafkah, alhamdullilah says bekerja Dan dapatla bayar rumah Dan bil2, suami saya tidak boleh dengar saya ada duit, mesti dia hendak pergunakan saya, untuk saya minta dengan dia tidaklah saya Terpaksa menanggung seorang diri, Saya sudah ada anak-anak dengan suami dulu sebelum kahwin tetapi saya Terpaksa berpisah dengan anak-anak, 2 orang tinggal dengan emak Saya dan seorang dengan saya, hidup saya bertambah terbeban kerana Saya dibankrapkan oleh bank kerana Saya pernah sakit Dan tidak dapat kerja, sekarang says pergi kerja adakala tumpang suami, kalau dia tiada Saya Terpaksa naik grab Dan agak sukar untuk anak-anak ke sekolah, Saya korbankan diri, memang suami tidak suka anak-anak Saya, jadi sekarang sepenuh mereka tinggal dengan ibu saya yang sudah berumur 78 tahun, suami bagi syarat-syarat tidak bagi keluar Hari cuti, kami makan apa yang ada, kelengkapan dalam rumah peti ais Dan mesin basuh pun dia minta balik kerana duit dari hasil dia, kereta yang dia beli says bayar bulan-bulan pada dia, tetapi nama tidak boleh ditukar pada saya, tidak kisah mana juga, sebab anak-anak adakala hendak datang rumah naik grab, Saya tidak kisah makan apa saja dalam rumah jika lauk telor tidak kisah, adakala dekat pejabat kalau saya tiada duit Saya tidak akan bagitau pada suami Saya diamkan diri sahaja Saya elak minta duit dari dia sebab malu jika ada tidak kena dia akan bising Dan minta balik, Saya buat tidak tahu saja, kadang-kadang says fikir baik dia tidak ada Walaupun kami tiada duit hendak makan, tetapi kami masak nasi Dan makan dengan lauk telor sudah memadai alhmdllah syukur

    ReplyDelete
  57. Saya pun isteri kedua jgk.. Allah dah aturkan hidup sya n sya xmtk tuk mjadi isteri kedua or jdi perampas.. Xterniat lgsung begitu.

    ReplyDelete
  58. Saya istri pertama, sy mmg tahu niat suami utk nikah lagi. suami nikah di seberang senyap2 semasa usia kandungan saya 2 bulan.
    Sy dpt berita suami nikah 2minggu lps mrk bernikah.. Itupun atas ugutan istri ke2 sbb nak dtg rumah jmp saya bgtau.

    Even sy mmg dh trdetik yg suami sy telah bernikah

    Sy mmg pjj dgn suami, hanya balik officially jumaat hingga ahad.. Kdg2 jika ada meeting di hq sy akan balik rumah. Istri ke2 onh text saya kata yg saya berhutang masa bermalam dgn suami. Sy halang? Sy xpernah halang...ini baru 2 minggu kawen dh cakap saya hutang dia?? Istri ke2 tahu rutin saya.. N dia memberi cad pada suami nak ddk di rumah bila saya tiada. Dia(istri ke2) ddk kat rumah tu ms saya kerja.. Siap tinggalkan brg dia kat rumah tu? Mana privacy saya sbg istri pertama? Sy diamkan sbb xnak suami serabut. Lama kelamaan isyri ke2 dh melampau melampau mnguji emosi dan ketenangan saya. Bila mereka bergaduh yg kena tempias mesti saya.. Smp satu masa istri ke2 text ibu saya yg tentang status perkahwinan dia dgn suami saya dan menceritakan aib suami dkt ibu saya.. Ketika tu saya sudah 38 minggu usia kandungan dan tunggu masa bertarung nyawa.

    Sy istri pertama xpernah ada masalah dgn suami.. Kami sering berbincang.. Sy tahu kekangan suami saya... Sy tahu ada yg mndesak suami saya.

    Tp sy xpaham smp sekarang.. Apa salah saya? Istri ke2 dh pijak kepala saya.. Ambil kesempatan atas kebaikan saya. Saya diam..sikit pun sy xpernah ganggu dia..

    Cuba fikir2kan ada ke istri petama yg rela istri ke2 bermalam di rumah mana istri pertama ddk? Siap tinggalkan baju2 dia? Mana privacy saya? Rumah tu hnya ada 1 bilik?

    Skrg ni Allah makbulkan doa saya.. Rezki anak saya dpt berpindah dkt dgn rumah, sy boleh ulang alik hari2..
    Moga Allah jauhi saya, suami dan anak dgn mereka2 yang tiada adab

    ReplyDelete
  59. Saya berada dalam keadaan yang sangat buntu sekarang ini kerana kekasih saya terpaksa berkahwin dengan bekas tunangnya,bekas tunangnya perangkap dia dengan mengatakan dia sudah mengandung. Dia tidak memberitahu saya bahawa dia sudah menjadi suami orang, saya tahu dengan sendiri. Kami berpisah namun kembali bersama kerana tidak dapat menahan sakit berpisah dan merasakan tidak boleh berpisah lagi. isteri pertama okay kalau dia dimadukan asalkan dia tidak diceraikan. Saya buntu bahawa mahu reda menjadi isteri kedua atau terus membawa diri dgn luka yg sangat dalam ini.. saya buntu siapa sebenarnya perampas dalam cerita saya ini adakah patut saya menjadi isteri kedua atau tinggalkan mereka untuk perbaiki hubungan mereka? Bagaimana dgn perasaan saya

    ReplyDelete