Wednesday, February 10, 2010

Big Four, 1 Ulasan dan 1 Malaysia.

kredit utk Mr.G www.ehoza.com

Malam tadi, kesemua Big Four telah keluar menentang pasukan lawan yang telah siap diundi oleh pihak penganjur. Jadi, apa kata kita lihat sedikit ulasan berkaitan perlawanan yang berlangsung malam tadi.

Manchester United 1 - Aston Villa 1


Nani cuba mengawal fikiran pengadil agar tidak memberikannya kad merah.

M.U, apa cerita malam tadi? Seri saja M.U dapat bagi. Lepas tu, si Nani The Portuguese Shuffler pula kena buang padang. Walaubagaimanapun, menurut maklumat daripada ustaz Astalavista mengatakan walaupun bermain 10 orang, M.U tetap menguasai permainan. Agbonlahor badan dah ketak ketak pun tak boleh juga nak buat gol. Harap pemain yang entah nama macam apa entah jaringkan gol. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada James Collins di atas sumbangan anda. Kami sangat sangat menghargainya. Dengar cerita Wayne The Rudeboy Rooney nak buat parti di atas sumbangan besar si James I'm The Own Goal Scorer Collins kat Biriyani Manjung malam ni. Mau join ka?


James Collins: What the hell yo!
Rooney: Cayalah bro! Ini malam kita pergi Biriyani satu kali. Gua open table!

Arsenal 1 - Liverpool 0

Pak Cik Arsene: Macam ni la gua nak!

Arsenal patut berterima kasih kepada brader Abou Diaby di atas tindakan heronya malam tadi. Walaupun sebelum ini gua banyak mendengar penyokong penyokong Arsenal mengutuk si Diaby, lebih lebih lagi tang hidungnya, mereka patut berbanyak banyak terima kasih kepada beliau. Kandungan oksigen dalam badannya yang banyak membolehkan beliau menjaringkan gol kemenangan. Jadi, malam ini Pak Cik Arsene ajak gua makan nasi kerabu kat Pasir Puteh Kelantan. Nak buat kenduri kesyukuran sikit katanya.


Diaby: Seluar gua bro! Elok elok sikit weh!
Fabregas: Lu rilek la sikit! Jangan kalut sangat! Orang nak rai sama lu gak!

Click this bar to view the full image.

Papa Benitez: Kenapa..pa..kau berubah...kenapa..pa..kau berubah!

Everton 2 - Chelsea 1

Click this bar to view the full image.

Louis The Shark Saha: Kau yang bawa ku terbang, kamulah jua...na..na..na..
Tim The Corner Flag Boxer Cahill: Stim bro, stimmm!!!

Gua nak cerita banyak pun tak guna. Chelsea dengan Everton pun tak boleh nak makan. Dah ada Didier The Frog Drogba pun tarak guna juga. Si Louis Saha yang dah pernah cedera bukan bukan dengan selambanya boleh skor dua biji gol. Nganga jugalah si Cech tu. Jadi Brader Moyes, apa macam? Kan gua dah cakap nasihat gua malam tadi memang boleh pakai!


Ballack: No..no..no...no woman no cry...

Dan, terimalah akhir kata dari pemimpin ulung negara kita yang tercinta...

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x683.

Datuk Mohd Najib: 1 Mesia lah brader brader!!!

Jangan cakap gua cuba politikkan sukan pula. Kalau ada yang tuduh gua macam tu, gua tak akan segan silu pijak perut lu orang laju laju ok!

No comments:

Post a Comment