Berbaloi! Ya, tak ada kata kata yang paling sesuai selain daripada mengucapkan berbaloi baloi. Tetapi, tidaklah secool gaya sebutan Amy Search dalam iklan Celcom. Berjaya bertahan hingga 1 pagi adalah 1 usaha yang membanggakan. Berjaya menonton kemenangan Wayne The Rudeboy Rooney dan konco konconya pula adalah satu kenangan manis buat musim kali ini. Rooney sudah cium piala, Abang Gerard bila lagi? Kena tunggu pindah Real Madrid ke baru nak buat? Mungkin ada mulut mulut busuk yang akan mengatakan; "Ala, setakat Carling Cup apalah sangat", "Ah, piala entah apa apa tu la nak dibanggakan", "Tak best! Makan roti canai lagi best (biasanya Anta yang suka cakap macam ni)"; Tapi gua kisah apa sangat, janji team gua sudah genggam satu piala. Team lu orang apa cerita? Jangan jadi macam brader bawah ni? Kesangapan memegang piala memaksa beliau memegang bahagian terlarang tanpa rasa segan dan silu.
Abang Collins cuba main ba-ba-cak dengan cameraman. Sangat tak bertamadun.
Jadi untuk keseronokkan bersama, apa kata gua bawa lu orang semua untuk bertemuramah dengan hero hero malam tadi. Lokasi terpaksa dirahsiakan. Tapi apa yang boleh gua katakan, bau kari memang kuat di sini.
Gua: Hello and good afternoon brader brader!
Owen dan Rooney: Hello and good afternoon back! Wah, sudah pandai kecek english lah! (Mereka bercakap serentak)
Gua: Wah! Kecek kelate tuh! Belajar mana?
Owen: Semale kawe make budu. Terus bulih kecek kelate. Tapi, pasa budu kaki kawe injured. Oh, sedih kawe.
Rooney: Kawe ghoyak doh. Make tu biar beringat. Make supo nate bewok!
Owen: Nate mu! Hahaha!
Rooney: Hahaha! Ha, G. How are you?
Gua: I'm fine thank you. Woi, kita cakap melayu dah la. Pembaca gua banyak guna bahasa melayu ni. Boleh tak?
Fans Aston Villa sorang sorang perangai macam mintak kena tendang. Gua syak brader yang depan sekali ni housemate Anta. Macam familiar la gua.
Owen: Bulih lalu! Hahaha!
Gua: Bagus, bagus. Mujur la gua satu sekolah dengan lu orang belajar Bahasa Melayu dengan Cikgu Romlah dulu, dapatlah lu orang cakap sikit sikit.
Rooney: Cikgu Romlah sihat tak bro?
Gua: Tak berapa sihat sangat. Hari tu tangan terseliuh masa buat kuih bahulu. ICU jugalah tiga hari.
Owen: Ow, pity, pity.
Abang Ji Sung dah pandai minum arak sekarang. Dulu emak dia bagi Dumex saja.
Gua: Jadi, gua nak tanya sikit pasal semalam. Cuba lu orang rumuskan sikit pasal game semalam.
Rooney: Lu dulu Wen. Gua main lepas lu. Apa kata lu cakap pendapat lu dulu.
Owen: Ok. Gua rasa game semalam biasa biasa saja. Tiada apa yang luar biasa sangat. Rasa macam training dengan team reserve saja. Pemain pemain Villa pun gua tengok macam lemah saja. Gua yang kecil kecil ni pun selamba adab saja kasi jatuh sama mereka semua. M.U memang konker la game malam tadi. Gua injured tu pun sebenarnya sengaja buat. Bosan main dengan team macam Villa ni. Tak fight! Lagipun, gua nak bagi peluang kat Rooney nak tambah bilangan gol dia. Tapi gua jadi risau juga bila injured. Dah la terma dan syarat gua ialah "You play you get pay". Kalau gua tak dapat main, sukarlah gua nak bayar ansuran bulanan kereta bentley gua nanti.
"Kalau dah star tu memang star lah!"
Adik main game jela abah. Match bosan la lawan team sayur macam Villa ni.
Rooney: Rilek Wen. Soal duit ni lu jangan risau. Gua back up lu. Gua duit dah banyak sangat ni. Tambahan pula iklan Nike baru baru ni banyak pula duit yang masuk.
Gua: Lu pula Rooney macam mana? Apa kesimpulan lu malam tadi?
Rooney: Gua tak ada apa nak cakap sangat. Tapi yang paling penting Villa memang sayurlah malam tadi. Itu saja.
"Ni kawe punyo. Takdok sapo bulih amek deh!"
Gua: Nampak bongkak sungguh lu ye. Rasa macam sembang dengan Maurinho pun ada.
Rooney: Gua memang selalu konpiden macam ni. Mana boleh nampak lembik. Lepas tu pura pura nak merendah diri pula. Tak kenalah dengan gelaran Wayne The Rudeboy Rooney. Hahaha! (Gelak sambil tunggang arak).
Gua: Ekselen juga lu punya tahap takbur ni. Tapi gua malam tadi agak tensen tengok si Carrick tu main. Gua nyaris nyaris ingat Hardi Jaafar yang main. Pass kelam kabut. Ada sekali tu masa dia passback kat Kusczak, Villa hampir buat gol. Menyirap juga gua!
Owen: Rilek bro, jangan baran sangat. Carrick saja buat macam tu. Pak Cik lu si Alex tu suruh dia berlakon main macam pondan walhal dia boleh saja main elok elok. Kalau dia perform, mau kena 7-1 geng geng Villa ni.
Gua: Wah! Lu ni jenis eksyen juga ye. Tak padan dengan OKU. Hahaha!
Owen: Ow nate nih! Gurau kasar pulak!
Gua: Ah, sejak makan budu sibuk betul nak cakap Kelantan. Rilek la, gua gurau saja tadi. Apa pendapat lu tentang Heskey ha Rooney?
Emile Sayur Heskey. It's my true name.
Rooney: Heskey macam gampunk. Nothing spesel. Mace nate bewok!
Gua: Ah, ni pun sama gak. Berserabut cakap Kelantan jugak. Kalau lu orang bagus sangat cakap Kelantan, cuba bagitau siapa coach bola Kelantan sekarang? Jawablah, tadi macam ekselen sangat!
Owen dan Rooney: B. Sathianathan la bro. Kami selalu dengar Radio Malaysia Kelantan la bro. Oh nate nih!!! (Mereka bercakap serentak)
Abang Sathia. Dulu berlakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Gua: Ok, ok. Pelakon faveret lu orang siapa pulak?
Owen dan Rooney: Sabri Yunuh la. Dio berlakon memang hebak deh! (sekali lagi mereka bercakap serentak)
"Kito sumo hebak deh!"
Gua: Aduh, dah macam bukan sembang dengan player M.U la plak. Dah la, gua nak balik dah ni. Esok ada kelas nak mengajar ni. Lu orang semua main baik baiklah. Lu Rooney, jaga anak bini baik baik. Jangan jadi macam Terry dengan Ashley Cole tu. Dok sibuk nak toron hak orang saja. Kesian gua dengan fans Chelsea, perasaan suci mereka dipermainkan. Lu pula Owen, jangan sibuk sibuk nak injured saja. Lempang mau?
Owen dan Rooney: Ow nate nih!!! Ganah demo!!! (Bercakap serentak sekali lagi)
Selepas itu, gua pun berlalu pergi meninggalkan Micheal OKU Owen dan Wayne The Rudeboy Rooney di kedai tersebut. Sambil sambil itu kedengaran Owen dan Rooney menyanyi lagu "Ado sekor anak tupai, atah julai mokte...". Anyway, kemenangan semalam menjadi penanda aras untuk menunjukkan M.U akan menggondol 2 lagi piala iaitu Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah. Abang Gerard dok sibuk cium kamera lagi ke sampai sekarang?
Click this bar to view the full image. |
Makin lama makin buruk perangai Abang Gerard ni ye.:D
No comments:
Post a Comment