Sunday, March 14, 2010

M.U dan Rooney Sama Sama Klimaks!

kredit to Mr.G www.ehoza.com





"Cerita banyak pun tak guna bang. Senang senang saja M.U sayurkan budak budak Fulham ni bang. Skaf hijau kuning yang saya pakai ni bukan bermaksud saya menyokong pasukan Kedah."-Adik Benjamin.


Ibarat cerita porno, Rooney sudah klimaks. 32 gol sudah dijaringkan musim ni. Perjalanan masih jauh. Jangan jangan boleh jadi penjaring terbanyak dunia. Ah, malas gua nak sembang sembang bongkak ni, nanti ada fans team lain kecik ati lak.


Abang Berba pun turut menyumbang dalam membantu M.U berada di puncak klimaks walaupun gua beberapa kali sering mencaci beliau akibat cara permainannya yang kadang kadang boleh buat gua mencarut.


Bola tak dapat, pemain Fulham ajak Abang Ji Sung main tendang tendang kaki pula. Ingat Abang Ji Sung ni lembik ke apa? Abang Ji Sung pun sekarang dah klimaks lah!


Terakhir dan tak kurang (Last but not least), buat muka macam Abang Kassim sememangnya takkan menjamin kemenangan pasukan anda wahai Encik Bobby Pian Zamora.

Gua sembang banyak banyak ni lupa nak bagitau, bahawasanya M.U telah menyayurkan Fulham sebanyak 3 gol berbalas kosong. Bukan tak mahu bagi lebih, tapi M.U tak sampai hati. M.U merupakan pasukan yang amat bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Cukuplah jika jaringan itu sekadar dapat membantu M.U merasai kemuncak klimaks. Chelsea pun klimaks juga, tapi jenis tak tahan lama. Kena urut batin agaknya.

No comments:

Post a Comment