Sunday, February 28, 2010

Kau Jolok (Abang Terry) Lalu Ku Patah Hati (Adik Ramsey)

kredit to Mr.G www.ehoza.com

Apa boleh gua cerita tentang game malam tadi? Tak ada pasal M.U memang gua kurang semangat nak cerita. Tetapi, memandangkan ia memberi kesan kepada Manchester United (Kelab Terbaik Donia!), gua terpaksa cerita.

Jadi ayuh kita ke Steambot Bridge dahulu ok.

Chelsea (Pasukan Tak Cukup Kasih Sayang) 2 - Manchester City (Pasukan Makaroni dan Pasta) 4

Faktor kurang kasih sayang adalah punca Chelsea mengalami kekalahan ini. Walaupun sudah berbini, pemain pemain Chelsea tetap tidak mendapat perhatian yang secukupnya. Atas sebab ini mereka perlu mencari kasih sayang di luar sana. Dah macam perangai budak budak shuffle zaman sekarang sahaja. Malam malam buta pergi shuffle depan McD Bangi. Kalau tanya kenapa keluar rumah malam malam buta ni, mereka akan bilang mak bapak mereka tak bagi cukup kasih sayang. Samalah macam pemain pemain Chelsea juga. Terry contohnya, bini tak bagi kepuasan, cari awek orang. Ashley Cole pun sama, bini tak layan 100% pasal ada show malam tadi, pergi hantar gambar porno diri sendiri kat orang lain. Jenis gersang dan sangap tak ingat. Jadi kepada peminat peminat Chelsea, rasa tak nak sokong team lain ke? Pasukan Chelsea ni dah dipenuhi onar onar busuk lu orang tau tak? Bergelumang dengan dosa. Dahlah jenis tikam kawan dari belakang. Mujur Rooney tak macam tu. Petang petang boleh bawa anak jogging keliling Old Trafford.


Terry The Dildo Guy: Yo bro! I'm sorry yo for what happen yo. Your girl is too hot to refuse yo!


Wayne The Loser Bridge: Vavi! Gampunk ko Terry!
Lescott: English yo, english. We in London yo!


Didier The Frog Drogba: Ke nerakalah kita kalau berdosa!!!

Stoke City (Pasukan Kanibal) 1 - Arsenal (Pasukan Kanak Kanak Tak Berdosa) 3

Stoke City, pasukan yang tiba tiba melonjak naik. Bukan main hebat baru baru ni kalahkan team yang padu padu. Terkesima juga gua tengok. Kadang kadang tu ada terlintas dalam fikiran gua nak sokong team ni. Mujur gua ada mimpi Wayne The Rudeboy Rooney sepak punggung gua kalau gua tukar team. Cepat cepat niat tu gua buang jauh jauh. Tapi tak adalah sampai nak pergi Darussyifa' nak buangnya. Cerita pasal Stoke balik, malam tadi memang game paling kejam sekali. Sekali tengok dah macam cerita Canibal Holocaust. Budak budak Arsenal memang macam kanak kanak tak berdosa. Main bola malam tadi macam main pasir. Abang Campbell pun join sekaki main pasir. Tapi, geng geng Stoke macam tak puas hati sebab adik adik Arsenal kacau jajahan mereka. Lalu, seorang kanak kanak Arsenal bernama Adik Ramsey dijadikan mangsa oleh Tok Batin mereka iaitu Abang Besar Shawcross. Kelam kabut kanak kanak Arsenal. Habis histeria. Abang Campbell dah mula tak keruan. Adik Fabregas macam kena sawan vavi. Pak Cik Arsene dah mula rasa bersalah sebab letak Adik Ramsey tengah tengah padang main pasir. Entah apa nak jawab dengan parent Adik Ramsey nanti. Walaupun bermain bola macam main pasir, Arsenal tetap menang dengan bergaya. Pasukan kanibal banyak berdiam diri kerana berkabung di atas kecederaan yang berlaku terhadap Adik Ramsey. Abang Besar Shawcross pula nangis tak henti henti takut Tuhan tak ampunkan dia. Eh, kanibal pun ada Tuhan ke? Bukan geng geng kanibal ni mengamalkan animisme ke?


Adik Ramsey: Abah! Mak! Adik takut masuk spital!!!


Abang Besar Shawcross: Abang minta maaf adik! Abang berdosa pada adik...


Abang Campbell: Orang main pasir je korang nak main kasar kasar!


Adik Fabregas: Untuk kau Adik Ramsey!
Adik Eduardo: Stim...stim...stim...

p/s: Cerita pasal adik adik ni, gua cukup bengang dengan kes budak umur 3 tahun kena tendang sampai mampus tu! Memang gampunk perangai lelaki shiyal tu! Gua harap dalam penjara nanti dia pula kena tendang sampai jadi OKU dengan banduan banduan lain. Bengang doh!

1 comment: