Monday, March 1, 2010

Rooney Cium Piala, Abang Gerard Cium Kamera

Kredit to Mr.G www.ehoza.com

Berbaloi! Ya, tak ada kata kata yang paling sesuai selain daripada mengucapkan berbaloi baloi. Tetapi, tidaklah secool gaya sebutan Amy Search dalam iklan Celcom. Berjaya bertahan hingga 1 pagi adalah 1 usaha yang membanggakan. Berjaya menonton kemenangan Wayne The Rudeboy Rooney dan konco konconya pula adalah satu kenangan manis buat musim kali ini. Rooney sudah cium piala, Abang Gerard bila lagi? Kena tunggu pindah Real Madrid ke baru nak buat? Mungkin ada mulut mulut busuk yang akan mengatakan; "Ala, setakat Carling Cup apalah sangat", "Ah, piala entah apa apa tu la nak dibanggakan", "Tak best! Makan roti canai lagi best (biasanya Anta yang suka cakap macam ni)"; Tapi gua kisah apa sangat, janji team gua sudah genggam satu piala. Team lu orang apa cerita? Jangan jadi macam brader bawah ni? Kesangapan memegang piala memaksa beliau memegang bahagian terlarang tanpa rasa segan dan silu.




Abang Collins cuba main ba-ba-cak dengan cameraman. Sangat tak bertamadun.

Jadi untuk keseronokkan bersama, apa kata gua bawa lu orang semua untuk bertemuramah dengan hero hero malam tadi. Lokasi terpaksa dirahsiakan. Tapi apa yang boleh gua katakan, bau kari memang kuat di sini.

Gua: Hello and good afternoon brader brader!

Owen dan Rooney: Hello and good afternoon back! Wah, sudah pandai kecek english lah! (Mereka bercakap serentak)

Gua: Wah! Kecek kelate tuh! Belajar mana?

Owen: Semale kawe make budu. Terus bulih kecek kelate. Tapi, pasa budu kaki kawe injured. Oh, sedih kawe.

Rooney: Kawe ghoyak doh. Make tu biar beringat. Make supo nate bewok!

Owen: Nate mu! Hahaha!

Rooney: Hahaha! Ha, G. How are you?

Gua: I'm fine thank you. Woi, kita cakap melayu dah la. Pembaca gua banyak guna bahasa melayu ni. Boleh tak?


Fans Aston Villa sorang sorang perangai macam mintak kena tendang. Gua syak brader yang depan sekali ni housemate Anta. Macam familiar la gua.

Owen: Bulih lalu! Hahaha!

Gua: Bagus, bagus. Mujur la gua satu sekolah dengan lu orang belajar Bahasa Melayu dengan Cikgu Romlah dulu, dapatlah lu orang cakap sikit sikit.

Rooney: Cikgu Romlah sihat tak bro?

Gua: Tak berapa sihat sangat. Hari tu tangan terseliuh masa buat kuih bahulu. ICU jugalah tiga hari.

Owen: Ow, pity, pity.


Abang Ji Sung dah pandai minum arak sekarang. Dulu emak dia bagi Dumex saja.

Gua: Jadi, gua nak tanya sikit pasal semalam. Cuba lu orang rumuskan sikit pasal game semalam.

Rooney: Lu dulu Wen. Gua main lepas lu. Apa kata lu cakap pendapat lu dulu.

Owen: Ok. Gua rasa game semalam biasa biasa saja. Tiada apa yang luar biasa sangat. Rasa macam training dengan team reserve saja. Pemain pemain Villa pun gua tengok macam lemah saja. Gua yang kecil kecil ni pun selamba adab saja kasi jatuh sama mereka semua. M.U memang konker la game malam tadi. Gua injured tu pun sebenarnya sengaja buat. Bosan main dengan team macam Villa ni. Tak fight! Lagipun, gua nak bagi peluang kat Rooney nak tambah bilangan gol dia. Tapi gua jadi risau juga bila injured. Dah la terma dan syarat gua ialah "You play you get pay". Kalau gua tak dapat main, sukarlah gua nak bayar ansuran bulanan kereta bentley gua nanti.


"Kalau dah star tu memang star lah!"


Adik main game jela abah. Match bosan la lawan team sayur macam Villa ni.

Rooney: Rilek Wen. Soal duit ni lu jangan risau. Gua back up lu. Gua duit dah banyak sangat ni. Tambahan pula iklan Nike baru baru ni banyak pula duit yang masuk.

Gua: Lu pula Rooney macam mana? Apa kesimpulan lu malam tadi?

Rooney: Gua tak ada apa nak cakap sangat. Tapi yang paling penting Villa memang sayurlah malam tadi. Itu saja.


"Ni kawe punyo. Takdok sapo bulih amek deh!"

Gua: Nampak bongkak sungguh lu ye. Rasa macam sembang dengan Maurinho pun ada.

Rooney: Gua memang selalu konpiden macam ni. Mana boleh nampak lembik. Lepas tu pura pura nak merendah diri pula. Tak kenalah dengan gelaran Wayne The Rudeboy Rooney. Hahaha! (Gelak sambil tunggang arak).

Gua: Ekselen juga lu punya tahap takbur ni. Tapi gua malam tadi agak tensen tengok si Carrick tu main. Gua nyaris nyaris ingat Hardi Jaafar yang main. Pass kelam kabut. Ada sekali tu masa dia passback kat Kusczak, Villa hampir buat gol. Menyirap juga gua!

Owen: Rilek bro, jangan baran sangat. Carrick saja buat macam tu. Pak Cik lu si Alex tu suruh dia berlakon main macam pondan walhal dia boleh saja main elok elok. Kalau dia perform, mau kena 7-1 geng geng Villa ni.

Gua: Wah! Lu ni jenis eksyen juga ye. Tak padan dengan OKU. Hahaha!

Owen: Ow nate nih! Gurau kasar pulak!

Gua: Ah, sejak makan budu sibuk betul nak cakap Kelantan. Rilek la, gua gurau saja tadi. Apa pendapat lu tentang Heskey ha Rooney?


Emile Sayur Heskey. It's my true name.

Rooney: Heskey macam gampunk. Nothing spesel. Mace nate bewok!

Gua: Ah, ni pun sama gak. Berserabut cakap Kelantan jugak. Kalau lu orang bagus sangat cakap Kelantan, cuba bagitau siapa coach bola Kelantan sekarang? Jawablah, tadi macam ekselen sangat!

Owen dan Rooney: B. Sathianathan la bro. Kami selalu dengar Radio Malaysia Kelantan la bro. Oh nate nih!!! (Mereka bercakap serentak)


Abang Sathia. Dulu berlakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Gua: Ok, ok. Pelakon faveret lu orang siapa pulak?

Owen dan Rooney: Sabri Yunuh la. Dio berlakon memang hebak deh! (sekali lagi mereka bercakap serentak)


"Kito sumo hebak deh!"

Gua: Aduh, dah macam bukan sembang dengan player M.U la plak. Dah la, gua nak balik dah ni. Esok ada kelas nak mengajar ni. Lu orang semua main baik baiklah. Lu Rooney, jaga anak bini baik baik. Jangan jadi macam Terry dengan Ashley Cole tu. Dok sibuk nak toron hak orang saja. Kesian gua dengan fans Chelsea, perasaan suci mereka dipermainkan. Lu pula Owen, jangan sibuk sibuk nak injured saja. Lempang mau?

Owen dan Rooney: Ow nate nih!!! Ganah demo!!! (Bercakap serentak sekali lagi)

Selepas itu, gua pun berlalu pergi meninggalkan Micheal OKU Owen dan Wayne The Rudeboy Rooney di kedai tersebut. Sambil sambil itu kedengaran Owen dan Rooney menyanyi lagu "Ado sekor anak tupai, atah julai mokte...". Anyway, kemenangan semalam menjadi penanda aras untuk menunjukkan M.U akan menggondol 2 lagi piala iaitu Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah. Abang Gerard dok sibuk cium kamera lagi ke sampai sekarang?

Click this bar to view the full image.

Makin lama makin buruk perangai Abang Gerard ni ye.:D

Sunday, February 28, 2010

Kau Jolok (Abang Terry) Lalu Ku Patah Hati (Adik Ramsey)

kredit to Mr.G www.ehoza.com

Apa boleh gua cerita tentang game malam tadi? Tak ada pasal M.U memang gua kurang semangat nak cerita. Tetapi, memandangkan ia memberi kesan kepada Manchester United (Kelab Terbaik Donia!), gua terpaksa cerita.

Jadi ayuh kita ke Steambot Bridge dahulu ok.

Chelsea (Pasukan Tak Cukup Kasih Sayang) 2 - Manchester City (Pasukan Makaroni dan Pasta) 4

Faktor kurang kasih sayang adalah punca Chelsea mengalami kekalahan ini. Walaupun sudah berbini, pemain pemain Chelsea tetap tidak mendapat perhatian yang secukupnya. Atas sebab ini mereka perlu mencari kasih sayang di luar sana. Dah macam perangai budak budak shuffle zaman sekarang sahaja. Malam malam buta pergi shuffle depan McD Bangi. Kalau tanya kenapa keluar rumah malam malam buta ni, mereka akan bilang mak bapak mereka tak bagi cukup kasih sayang. Samalah macam pemain pemain Chelsea juga. Terry contohnya, bini tak bagi kepuasan, cari awek orang. Ashley Cole pun sama, bini tak layan 100% pasal ada show malam tadi, pergi hantar gambar porno diri sendiri kat orang lain. Jenis gersang dan sangap tak ingat. Jadi kepada peminat peminat Chelsea, rasa tak nak sokong team lain ke? Pasukan Chelsea ni dah dipenuhi onar onar busuk lu orang tau tak? Bergelumang dengan dosa. Dahlah jenis tikam kawan dari belakang. Mujur Rooney tak macam tu. Petang petang boleh bawa anak jogging keliling Old Trafford.


Terry The Dildo Guy: Yo bro! I'm sorry yo for what happen yo. Your girl is too hot to refuse yo!


Wayne The Loser Bridge: Vavi! Gampunk ko Terry!
Lescott: English yo, english. We in London yo!


Didier The Frog Drogba: Ke nerakalah kita kalau berdosa!!!

Stoke City (Pasukan Kanibal) 1 - Arsenal (Pasukan Kanak Kanak Tak Berdosa) 3

Stoke City, pasukan yang tiba tiba melonjak naik. Bukan main hebat baru baru ni kalahkan team yang padu padu. Terkesima juga gua tengok. Kadang kadang tu ada terlintas dalam fikiran gua nak sokong team ni. Mujur gua ada mimpi Wayne The Rudeboy Rooney sepak punggung gua kalau gua tukar team. Cepat cepat niat tu gua buang jauh jauh. Tapi tak adalah sampai nak pergi Darussyifa' nak buangnya. Cerita pasal Stoke balik, malam tadi memang game paling kejam sekali. Sekali tengok dah macam cerita Canibal Holocaust. Budak budak Arsenal memang macam kanak kanak tak berdosa. Main bola malam tadi macam main pasir. Abang Campbell pun join sekaki main pasir. Tapi, geng geng Stoke macam tak puas hati sebab adik adik Arsenal kacau jajahan mereka. Lalu, seorang kanak kanak Arsenal bernama Adik Ramsey dijadikan mangsa oleh Tok Batin mereka iaitu Abang Besar Shawcross. Kelam kabut kanak kanak Arsenal. Habis histeria. Abang Campbell dah mula tak keruan. Adik Fabregas macam kena sawan vavi. Pak Cik Arsene dah mula rasa bersalah sebab letak Adik Ramsey tengah tengah padang main pasir. Entah apa nak jawab dengan parent Adik Ramsey nanti. Walaupun bermain bola macam main pasir, Arsenal tetap menang dengan bergaya. Pasukan kanibal banyak berdiam diri kerana berkabung di atas kecederaan yang berlaku terhadap Adik Ramsey. Abang Besar Shawcross pula nangis tak henti henti takut Tuhan tak ampunkan dia. Eh, kanibal pun ada Tuhan ke? Bukan geng geng kanibal ni mengamalkan animisme ke?


Adik Ramsey: Abah! Mak! Adik takut masuk spital!!!


Abang Besar Shawcross: Abang minta maaf adik! Abang berdosa pada adik...


Abang Campbell: Orang main pasir je korang nak main kasar kasar!


Adik Fabregas: Untuk kau Adik Ramsey!
Adik Eduardo: Stim...stim...stim...

p/s: Cerita pasal adik adik ni, gua cukup bengang dengan kes budak umur 3 tahun kena tendang sampai mampus tu! Memang gampunk perangai lelaki shiyal tu! Gua harap dalam penjara nanti dia pula kena tendang sampai jadi OKU dengan banduan banduan lain. Bengang doh!

Wednesday, February 10, 2010

Big Four, 1 Ulasan dan 1 Malaysia.

kredit utk Mr.G www.ehoza.com

Malam tadi, kesemua Big Four telah keluar menentang pasukan lawan yang telah siap diundi oleh pihak penganjur. Jadi, apa kata kita lihat sedikit ulasan berkaitan perlawanan yang berlangsung malam tadi.

Manchester United 1 - Aston Villa 1


Nani cuba mengawal fikiran pengadil agar tidak memberikannya kad merah.

M.U, apa cerita malam tadi? Seri saja M.U dapat bagi. Lepas tu, si Nani The Portuguese Shuffler pula kena buang padang. Walaubagaimanapun, menurut maklumat daripada ustaz Astalavista mengatakan walaupun bermain 10 orang, M.U tetap menguasai permainan. Agbonlahor badan dah ketak ketak pun tak boleh juga nak buat gol. Harap pemain yang entah nama macam apa entah jaringkan gol. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada James Collins di atas sumbangan anda. Kami sangat sangat menghargainya. Dengar cerita Wayne The Rudeboy Rooney nak buat parti di atas sumbangan besar si James I'm The Own Goal Scorer Collins kat Biriyani Manjung malam ni. Mau join ka?


James Collins: What the hell yo!
Rooney: Cayalah bro! Ini malam kita pergi Biriyani satu kali. Gua open table!

Arsenal 1 - Liverpool 0

Pak Cik Arsene: Macam ni la gua nak!

Arsenal patut berterima kasih kepada brader Abou Diaby di atas tindakan heronya malam tadi. Walaupun sebelum ini gua banyak mendengar penyokong penyokong Arsenal mengutuk si Diaby, lebih lebih lagi tang hidungnya, mereka patut berbanyak banyak terima kasih kepada beliau. Kandungan oksigen dalam badannya yang banyak membolehkan beliau menjaringkan gol kemenangan. Jadi, malam ini Pak Cik Arsene ajak gua makan nasi kerabu kat Pasir Puteh Kelantan. Nak buat kenduri kesyukuran sikit katanya.


Diaby: Seluar gua bro! Elok elok sikit weh!
Fabregas: Lu rilek la sikit! Jangan kalut sangat! Orang nak rai sama lu gak!

Click this bar to view the full image.

Papa Benitez: Kenapa..pa..kau berubah...kenapa..pa..kau berubah!

Everton 2 - Chelsea 1

Click this bar to view the full image.

Louis The Shark Saha: Kau yang bawa ku terbang, kamulah jua...na..na..na..
Tim The Corner Flag Boxer Cahill: Stim bro, stimmm!!!

Gua nak cerita banyak pun tak guna. Chelsea dengan Everton pun tak boleh nak makan. Dah ada Didier The Frog Drogba pun tarak guna juga. Si Louis Saha yang dah pernah cedera bukan bukan dengan selambanya boleh skor dua biji gol. Nganga jugalah si Cech tu. Jadi Brader Moyes, apa macam? Kan gua dah cakap nasihat gua malam tadi memang boleh pakai!


Ballack: No..no..no...no woman no cry...

Dan, terimalah akhir kata dari pemimpin ulung negara kita yang tercinta...

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x683.

Datuk Mohd Najib: 1 Mesia lah brader brader!!!

Jangan cakap gua cuba politikkan sukan pula. Kalau ada yang tuduh gua macam tu, gua tak akan segan silu pijak perut lu orang laju laju ok!

Sunday, January 31, 2010

"Kami miskin,lalu kami kalah."-Arsene Wenger

kredit 2 Mr.G www.ehoza.com

Baru ingat nak layan feel tidur lama lama, sekali tetibe aje ada orang kol gua. Huh, pak cik Alex rupanya. Ni kol kol ni nak tumpang tidur rumah gua la ni, mesti kes kena halau dengan bini pasal balik lewat malam. Selebret kemenangan semalam ni mesti sampai ke dangdut ni. Tua tak sedar diri la ni.

Gua: Salam 1 Malaysia. Hah, apahal Pak Alex? Auntie halau ke?

Pak Alex: Hotak ko! Main tuduh je. Ingat mak cik ko kejam sangat ke? Baru bangun ke dol?

Gua: Adalah sikit. Ala, tanya gitu pun nak marah. Muka mesti dah merah tu! Hahaha!

Pak Alex: Gampunk! Ngada ngada la ko ni! Ni ha, ada benda penting aku nak bagitau ni. Petang ni kita jumpa jap kat mamak. Ni member aku nak suruh ko intebiu dia.

Gua: Mamak mana lak Pak Alex?

Pak Alex: Mamak kat kota London ni ha. Member aku ni dok pujuk pujuk aku suruh ko intebiu dia. Jenis ngade ngade gak dia ni.

Gua: Apa kes baru skang nak ajak ni Pak Alex? Mana nak cekau tiket kapal terbang ni pak cik. Lagipun gaji tak masuk lagi ni pak cik!

Pak Alex: Ada jet peribadi on the way gi umah ko dol. Jap lagi sampai. Gi la siap siap dulu. Ni auntie ko dah memekik suruh sidai baju lak. Mesin pengering baju ada tak nak pakai. Nak jimat jimat lak!

Gua: Ala ala. Dah la pak cik. Malas la saya nak dengar hal rumahtangga pak cik tu. Ok, suruh drebar jet tu hon bila dah sampai rumah saya ye. Nak mandi buih jap.

Ah, kawan pak cik Alex yang mana lak suruh gua intebiu intebiu dia nih? Punyalah banyak wartawan kat kota London tu, gua jugak dia nak panggil. Tapi jumpa kat kota London? Jangan jangan ada kaitan ngan game semalam ke apa...

Tin..tin...tin...

Eh, dah sampai ke jetnye? Apa gampunk sangat bunyi jet tu? Tak servis ke? "Bang, jap bang! Nak mandi jap!"

"Ok, ok!" jawab brader drebar jet sayu.

***

Di kedai Mamak kota London. Untuk pengetahuan semua, nama kedai mamak itu ialah 'Mamak'. Harap maklum.

Gua: Salam 1 Malaysia. Lama ke tunggu pak cik?

Pak Alex: Setengah jam gak la. Apahal lewat?

Gua: Saya suruh drebar singgah kat India jap tadi. Mak suruh beli serbuk kari lak.

Pak Alex: Kat kedai ada berlambak nak beli kat India lak. Jenis ngade ngade gak mak ko ye.

Gua: Rilek la pak cik. Dah alang alang keluar, beli jela. Hah, mana kawannya pak cik?

Pak Alex: Tu, tu, tu.



Gua: Ya Allah...dia ke?

***

Maka, bermulalah satu wawancara dengan pengurus yang digelar oleh orang ramai sebagai pengamal permainan 'beautiful football'.

Gua: Salam 1 Malaysia. Jadi Pak Cik Arsene, apa kes panggil saya ke mari?

Pak Arsene: Ni aku nak bagitau kat peminat Malaysia pasal game semalam. Ko tengok tak?

Gua: Apa kes tak tengok pak cik. Mestilah tengok. Team terbaik dunia main. Mana boleh miss.

Pak Arsene: Team terbaik dunia? Team pak cik ke?

Gua: Wah, agak agak la pak cik? Nak kena simbah teh tarik ke? Dah tentulah M.U pak cik. Team pak cik tu ala ala team SK Sungai Kantan nye team bola je pak cik. Hahaha!

Pak Arsene: Jenis kurang ajar gak ko ni ye. Stail pak cik ko gak ni. Nak kena baling pizza kot gamaknya.

Gua: Hahaha! Biasalah pak cik. Jadi pak cik, apa kes boleh bolos sampai tiga semalam? Kat tempat sendiri lak tu, tak malu ke?

Pak Arsene: Gila pedas punya soalan! Tapi faktor utama pasal kalah semalam pasal kami semua miskin dari segi serangan dan pertahanan. Haram jadah punya teruk doh! Team pak cik jadi naif semacam. Macam blur je. Pak cik punyalah sungguh sungguh bagi arahan dari sideline, tapi semua buat dek. Angin gila pak cik!

Gua: Rilek la pak cik, nak buat macam mana. Dah kata lawan team terbaik dunia. Stended la jadi macam tu. Hahaha! Tapi saya rasa pak cik ni terlalu ober konpiden la nak menang ngan M.U kan?

Pak Arsene: Boleh tahan shiyal gak ayat ko ye? Pak cik pun agak bersetuju la ngan pendapat ko tu. Aku ingat boleh la makan team pak cik ko tu, tengok macam ada krisis je. Lebih kurang macam krisis rumah tangga pak cik Alex ko tu la. Hahaha!

Gua: Hahaha!

Pak Alex: Ah gampunk la! Sembang macam aku takde kat sini je. Janganlah libatkan aku lak. Shiyal la!

Pak Arsene: Ala, nak emo emo lak orang tua ni!

Pak Alex: Ala, shiyal la. Tumbuk kang!

Gua: Dah, dah. Tu pun nak gaduh! Pak Arsene, pak cik rasa kan, semalam team pak cik terlalu risaukan Rudeboy Rooney tak agak agak?

Click this bar to view the full image.


Pak Arsene: Tak gak dol. Ada yang lebih menyerlah lak banding Rooney semalam. Si Nani tu, tiba tiba lak jadi hebat. Sebelum ni tengok sayur je main. Tak pasal pasal taktik aku terganggu. Minum daun ketum agaknya si Nani tu. Dengar kabor ada sedara mara kat Pendang, Kedah. Tu dapat stok ketum tu.



Gua: Ah, macam macam lak pak cik tuduh dia. Dah main bagus, nak buat macam mana. Tuduh minum minum ketum lak!

Pak Alex: Ko tuduh player aku lagi aku tumbuk ko Arsene!

Pak Arsene: Tumbuk la kalau berani! Shiyal tol!

Gua: Woi, dahlah! Tak malu ke orang tengok? Tapi pak cik rasa malam tadi M.U memang perform gila la kan?

Pak Arsene: Benci benci aku kat M.U, kat sini aku kena mengaku gak lah. Malam tadi M.U main memang bagus.Aku pun tak sangka yang si Park tu boleh lak skor. Ingat blur blur macam dia, main takdelah tara mana, tapi perform gak. Rudeboy Rooney lak, takleh cakap apa la. Memang dia tengah top form skang ni. Tahniah di atas gol keseratusnya malam tadi. Tapi aku masih saspek si Nani tu minum ketum la. Laju sangat dia malam tadi.

Click this bar to view the full image.


Pak Alex: Shiyal woi!

Pak Arsene: Shiyal la ajak gaduh lak!!!

Orang ramai yang tengah melepak: What's happen man? This is not good man. Call the police!!!

Kapow!!! Kapow!!! Kepow!!!


***

Petang tu gua, pak cik Alex dengan pak cik Arsene masuk lokap balai polis kota London atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam. Perangai macam haram orang tua dua ekor ni, tak profesenel langsung!

Tapi, kenyatannya, lu orang perlu sedia maklum bahawasanya malam tadi M.U is a better team compare than Arsenal. Jangan ada yang tak mengaku lak ye. Walaupun pahit ditelan, lu orang kenalah terima ok! Sekarang gua nak tidur dalam lokap ni jap ok. Orang tua 2 orang tu tak habis habis lagi bertumbuk. Lantak kome lah yob!!!

Glory! Glory! Manchester United!!!


Malam tadi Pasukan Manchester United telah bertandang ke Stadium Emirates dalam misi meneruskan rentak kemenangan setelah menang perlawanan terakhir menentang Manchester City pada saingan separuh akhir Piala Carling.

Sir Alex Ferguson mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rio Ferdinand dengan menggandingkan Johny Evans dan Wes Brown selaku pertahanan tengah. Evra dan Rafael masing-masing bermain di pertahanan kiri dan kanan. Pemain-pemain lain yang turut terlibat adalah seperti Van de Sar, Wayne Rooney, Paul Scholes, Nani, Fletcher, Carrick dan Park Ji Sung.

Pada minit ke 32, Nani yang bergerak dari tepi kanan padang berjaya melepasi beberapa pemain pertahanan Arsenal, dan melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Arsenal, Almunia, yang sekadar berjaya menepis bola ke dalam gawang gol untuk menjadi penjaring gol sendiri. Selang 4 minit kemudian, sekali lagi Nani bertindak bijak dengan melakukan larian cantik hasil hantaran Rooney yang kemudiannya lari ke arah gol untuk menerima hantaran leret yang cantik dari Nani. Dengan satu tendangan leret dan padu, Wayne Rooney menempatkan dirinya selaku penjaring gol kedua pasukan Manchester United. Ini merupakan gol peribadi yang ke-100 dalam kariernya. Tamat separuh masa pertama dengan Arsenal ketinggalan 0-2 di halaman sendiri.

Kurang daripada 10 min perlawanan disambungkan, Manchester United sekali lagi berjaya menambah gol. Gerakan cantik antara Rooney, Carrick dan Park berjaya melepasi perangkap offside yang cuba di lakukan oleh pertahanan Arsenal. Setelah menerima lorongan yang menraik daripada Carrick, Park Ji Sung menggunakan kelajuan yang ada pada dirinya untuk meluncur laju ke arah gol. Setelah berjaya memperdayakan Clichy, Park melakukan rembatan ke arah kiri pintu gol dan sekali lagi menewaskan Almunia.

Arsenal berjaya mencuri peluang dengan sepakan gunting yang di lakukan oleh Vermaelen terkena kaki pertahanan dan melantun melepasi jangkauan Van de Sar. Perlawanan berkesudahan dengan Manchester United pulang dengan membawa tiga mata penuh.

Adakah Manchester United telah kembali ke tahap sebenar permainan? Dan adakah kerajinan serta gerakan menarik Nani telah membukitkan kematangan pemain kelahiran Portugal itu? Sama-sama kita nantikan perlawanan seterusnya. Kemenangan pada perlawanan ini akan menjadi batu loncatan untuk mengejar Chelsea di persada liga.

Keputusan 3-1

Thursday, January 28, 2010

Sebab Tu Dalam Lagu M.U Ada Sebut Wembley

kredit 2 Mr.G www.ehoza.com

Cakap banyak pun tarak guna bro. Roberto Mancini dengar kabor balik rumah nangis nangis. Nak tenangkan perasaan, bini dia masak makaroni asam pedas. Tevez pulak dari Teater Mimpi Old Trafford sampai rumah sibuk gigit jari. Bellamy apa lagi, macam biasalah, gi kelab malam la. Minum sampai mabuk, pastu pukul orang guna kayu golf. Bila kena tahan polis, dia cakap nak hilangkan tensen. Tongong! Micah Richards lak dengar cerita dah riki riki dengan Kanye West nak buat album hip hop. Dah belajar sikit sikit buat breakdance katanya.

Player Manchester United apa cerita lak? Huh, lepak kat Wembley jela sambil sambil hisap curut Cuba dan minum teh ais...


Fletcher: Cayalah Abang Scholes! Meh ramas sikit!
Scholes: Siot! Sakitlah doh! Kuku tak ketip!


Carrick: Woooh!!! Woooh!!! Woooh!!!
Rooney: Doggy bro, doggy!!! Hahaha!


Rooney: Wembley!!! Gua datang!!!
(Gila vavi frust budak budak City tu. Siap tunjuk tunjuk pusat lagi tu!)

Untuk pengetahuan semua, M.U menang menentang Man. City dengan agregat 4-3. Berlagak sangat lu Mancini. Masak makaroni sudahlah!