Wednesday, June 9, 2010

Peluang kepada anda membuka kedai sendiri (francais-ecosway) dgn modal hanya RM10K.

Dengan hanya berbekalkan menjadi ahli (Business Owners RM100) Company akan letak produk bernilai RM150K hingga RM500K ++ dlm kedai kita, company buat renovation kedai, bayarkan bil lektik, beri CCTV, LCD, komputer dan segalanya. Setiap bulan kita boleh kutip untung bersih. Lokasi tempat niaga kita boleh pilih sendiri.

Anda mesti LULUS TEMUDUGA oleh pihak Company dan setelah itu RM10K ini adalah sebagai DEPOSIT untuk membuka kedai anda sendiri dan ia akan dipulangkan kembali sekiranya anda mahu menarik diri. Peluang terbuka kepada Melayu, Cina, India , WARGA INDONESIA- THAILAND-CHINA dll.

Untuk penerangan  lanjut boleh hubungi saya NIZAM (012-6136457)

Tuesday, May 25, 2010

Luahan sendiri Ahli Parlimen Kapar-S Manikavasagam

Kisah di Taman Aman Perdana-tempat tinggalku kini.

mikeaman

Masalah Pencemaran Udara di sekitar taman perumahan Aman Perdana, Kapar telah mencapai tahap yang paling serious. Semakin hari semakin banyak rungutan penduduk sehingga ada yang melaporkan masalah kesesakan pernafasan serta penguguran kandungan.

Malah keluarga saya sendiri enggan menduduki sebuah Rumah Sewa yang telah saya menterai perjanjian hanya selepas beberapa hari duduki di situ. Setiap hari rumah tersebut terpaksa di bersihkan. Lebih lama kami tinggal di situ semakin teruk pula nanti pernafasan saya sekeluarga. Sekirannya kita sendiri menghadapi masalah kesihatan hanya dalam tempuh beberapa hari, bagaimana pula penduduk yang telah membeli rumah serta anak-anak Murid yang belajar di sebuah sekolah yang berhampiran.

Dalam tempuh setahun ini, saya telah berjumpa pegawai-pegawai syarikat pemaju perumahan, wakil-wakil penduduk Aman Perdana , serta mengadakan lawatan terkejut ke sebuah kilang Arang kayu di Kawasan Perindustrian Sg Puloh. Pejabat saya juga telah mengkaji minit-minit mesyuarat lalu antara Jabatan Alam Sekitar Selangor dengan pihak-pihak yang terbabit.

yoltan-haze1

Saya mendapati sebahagian Kilang arang kayu yang terletak berhampiran Kawasan Perumahan Aman Perdana beroperasi secara Haram tanpa lesen –lesen yang sah. Hairan juga saya melihat alasan yang tidak munasabah oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor yang menuduh pemaju serba salah kerana tidak menyediakan Zon Penampaan yang mencukupi.

Semenangnya , saya mendapati berlakunya kompromi antara Jabatan –Jabatan yang berkaitan dalam meluluskan projek perumahan Aman Perdana oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Antaranya ialah bagaimana sebuah projek perumahan di luluskan sebegitu dekat mengetahui tiga buah kilang pengeluar Arang Kayu beroperasi berhampiran.

Kedua kemana perginya Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan-Jabatan lagi daripada memantau perkembangan pembinaan rumah-rumah berhampiran Kilang- Kilang tersebut.

Beratus-ratus rumah bernilai berjuta-juta ringgit sudah di bina, sekarang satu-satunya penyelesaian ialah mengarahan penutupan Kilang-Kilang yang beroperasi secara Haram. Semenangnya Pejabat Menteri Besar terdahulu amat arif akan masalah Kilang Haram ini. Kenapa ianya tidak di berhentikan operasi pengeluaran . Tinjau saya mendapati Kilang ini di miliki oleh orang asing serta hampir kesemua pekerjanya terdiri daripada orang luar negeri.

Dalam tempuh beberapa hari saya melawati kawasan Aman Perdana tanpa pengetahuan orang ramai, saya dapati asap – asap hitam serta Putih di keluarkan tanpa apa-apa kawalan . Ada kalanya ianya Berjerubu meliputi hampir semua kawasan Perumahan tersebut.

permohonan-untuk-mendapatkan-bantuan-terhadap-pencemaran-kualiti-udara1permohonan-untuk-mendapatkan-bantuan-terhadap-pencemaran-kualiti-udara2

Kesihatan penduduk sekitar amat penting daripada pelaburan berjuta-juta ringgit yang sudah pun ditebusi oleh pemilik kilang-kilang tersebut. Walaupun , peralatan bernilai berjuta-juta ringgit di pasang asap berbahaya akan terus di lepaskan ke udara.Melainkan , kilang-kilang tersebut memasang paip bawah tanah agar ianya diserap kedalam bumi ( perlu kaji keberkesanan serta kesan sampingan).

Saya mempelawa Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia atau Selangor serta sekeluarga menduduki rumah sewa saya Di Aman Perdana untuk meninjau sendiri akan kesan asap kilang-kilang tersebut. Tidak gunanya kita duduk dalam pejabat hawa dingin sambil berpegang teguh kepada penenuan saintifik di Negara-negara lain. Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan Exco Alam Sekitar Sdri Elizabeth Wong dalam masa secepat mungkin , untuk mencari penyelesaian selain mengarahkan penutupan Kilang-Kilang yang mencemar Udara serta Alam sekitar.

*itu cerita 28Aprilyang lalu....tp kini apa cerita masih tidak ada apa2 indakan yg diambil.Itu cerita dan pengalam Ahli Parlimen sendiri pun tindakannya begini..bayangkanlah jika kita rakyat biasa ni...??

Sunday, May 9, 2010

Team FutsalKU - 2nd RunnerUp NG Mini Futsal Tournament 2010 @ Tonga De futsal, Sri Kembangan







Team List

Burnley FC

#Duduk dari kiri : tjp, KingNorth, markubex
#Berdiri dari kiri : Mr. President. tester1, shinda_17, goldenboi7

Liverpool FC

#Duduk dari kiri : kambing_gurun, zick3y, kakamaru
#Berdiri dari kiri : baim_isa, gorgone, tennoajak, wakovic

Arsenal FC

#Duduk dari kiri : bsmohd, mayoi, Gitaris Berapi
#Berdiri dari kiri : Asrie, Putat76, faizal_bulat, Titi The Legend

Man Utd A - 2nd RunnerUp

#Duduk dari kiri : freelancer777, ajax392, astalavista6048
#Berdiri dari kiri : mr_moto, asrul07, mr_gunn, biliswira

Man Utd B - Champion

#Depan : ejal_kronik, pakau,norabots
#Berdiri : DarkBooter, akay, slippers, fuzaahmad

Chelsea FC

#Depan : deale30, k1d, komengpyoc
#Berdiri : wad184, joe kickass, kcong, alonso

CZFC - 1st RunnerUp

#Duduk : mizie4585, t0t0r0,royce5061
#Berdiri : shadowclone, rolex, don_corleone, fitrie

Kuatagh87

invitation team

SemiFinalist, 3rd Place, Final Match

Semi Final 1

#Man Utd A vs Man Utd B

Semi Final 2

#CZFC vs BurnleyFC

3rd Placing

#BurnleyFC vs Man Utd A

Final

CZFC vs Man Utd B

Best Tournament Player

#mizie4585 -
Judge by referees based on performance, style played and etc..

2nd Runner-UP

Man Utd A -
mr_moto missing..

1st Runner-UP

CZFC

CHAMPION - NG MINI FUTSAL TOURNAMENT 2010

MAN UTD B

Pics..


#Man Utd A & Man Utd B bersama Mightyhitter


#mr_moto, ajax, asrul, astalavista


#Miss MC yang tersalah sebut kuatagh tu.. MsFreelancer777


#baim_isa & gorgone


#Bergambo bersama titi, jauh dtg ni.. last2 titi blakang skali.. sume enterprem..


#Liverpool duka selamanya


#Mr bigboss (MightyHitter)

Sunday, March 14, 2010

M.U dan Rooney Sama Sama Klimaks!

kredit to Mr.G www.ehoza.com





"Cerita banyak pun tak guna bang. Senang senang saja M.U sayurkan budak budak Fulham ni bang. Skaf hijau kuning yang saya pakai ni bukan bermaksud saya menyokong pasukan Kedah."-Adik Benjamin.


Ibarat cerita porno, Rooney sudah klimaks. 32 gol sudah dijaringkan musim ni. Perjalanan masih jauh. Jangan jangan boleh jadi penjaring terbanyak dunia. Ah, malas gua nak sembang sembang bongkak ni, nanti ada fans team lain kecik ati lak.


Abang Berba pun turut menyumbang dalam membantu M.U berada di puncak klimaks walaupun gua beberapa kali sering mencaci beliau akibat cara permainannya yang kadang kadang boleh buat gua mencarut.


Bola tak dapat, pemain Fulham ajak Abang Ji Sung main tendang tendang kaki pula. Ingat Abang Ji Sung ni lembik ke apa? Abang Ji Sung pun sekarang dah klimaks lah!


Terakhir dan tak kurang (Last but not least), buat muka macam Abang Kassim sememangnya takkan menjamin kemenangan pasukan anda wahai Encik Bobby Pian Zamora.

Gua sembang banyak banyak ni lupa nak bagitau, bahawasanya M.U telah menyayurkan Fulham sebanyak 3 gol berbalas kosong. Bukan tak mahu bagi lebih, tapi M.U tak sampai hati. M.U merupakan pasukan yang amat bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Cukuplah jika jaringan itu sekadar dapat membantu M.U merasai kemuncak klimaks. Chelsea pun klimaks juga, tapi jenis tak tahan lama. Kena urut batin agaknya.

Wednesday, March 10, 2010

JUST 4 LAUGH...

nie pic utk game Real madrid...kesian team nie...hehehe
JUST 4 LAUGH...

[Image: Real+Madrid+v+Lyon+UEFA+Champions+League...K1e1Tl.jpg]

x nak main ar mcm nie!!!!!

[Image: Real+Madrid+v+Lyon+UEFA+Champions+League...7_Nl0l.jpg]
aku duduk luar jer la....korang main je la....HUHUHUHU...

[Image: Real+Madrid+v+Lyon+UEFA+Champions+League...6FcZ8l.jpg]
Aku pun nak join RONALDO ar...diorang main tipu ar....mana aci....

[Image: Real+Madrid+v+Lyon+UEFA+Champions+League...pUhiel.jpg]
Wei!!!!! Jgn ar mcm nie...Tolong la main betul2.... Aku merayu kt korang nie...

Asia For Asia. Rooney For Manchastarrr!

kredit to Mr.G www.ehoza.com

4-0! Agregat 7-2! Gila sayur! Kaki bangku! Caples! Budak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pundut lagi bagus main. Kaki pun keras macam pokok getah estet. Dengar cerita Leonardo nak letak jawatan lepas ni kalau kalah. Hmm. Dah kalah dah pun, apa lagi, kasi letak lu punya title tu la. Pemain pemain M.U memang main tanpa belas kasihan langsung! Kesian juga gua tengok warga emas AC Milan. Terkial terkial nak mengikut rentak pemain pemain M.U yang rata rata berumur awal 20-an. Kira mereka kini dalam era shuffle lah. Pak Cik Ronaldinho langsung tak ada fungsi. Ada sekali gua tengok dia macam nak cari gaduh dengan Brader Scholes. Tapi brader Scholes tenang saja. Orang tua emo memang macam tu, senang sangat nak menaik anginnya. Pak Cik Ronaldinho juga menerima kad kuning. Jadi tak boleh main game selepas. Memang tak boleh main pun pasal dah kalah! Hakhakhak!


Beckham kena nganjing dengan Abang Maskot

Brader Wayne The Rudeboy Rooney memang gua tak boleh cakap apalah. Tengah tengah sakit dan tak berapa fit, dia boleh tenang saja jaringkan dua gol. Itu mujur Pak Cik gua si Alex Ferguson bawa dia keluar. Kalau tak lagi leburlah gawang yang dijaga oleh Pak Cik Abbiati tu. Dengar cerita, semata mata game ini, Pak Cik Abbiati sanggup lari dari Rumah Orang Orang Tua Milan. Dah la ubat lupa bawa, kan dah menyusahkan orang lain. Tangkap bola macam tangkap arnab!


Pak Cik Abbiati sibuk tangkap arnab!

Wakil Asia juga tidak menghampakan. Brader Park Ji Sung yang bertindak sebagai perancang tengah betul betul menjalankan tugasnya dengan solid dan begitu padu sekali. Patut Datuk Bandar Seoul menganugerahkan dia jawatan Pegawai Perancang Bandar selepas dia bersara dalam arena bola sepak ini. Walaupun agak mabuk sebelum ini akibat 'menonggang' arak secara berlebihan semasa sambutan kemenangan Carling Cup, ia tidak sedikit pun memberi kesan yang mencacatkan dalam cara permainan Brader Ji Sung. Malahan, Brader Ji Sung juga telah menyumbangkan satu gol. Apabila di tanya apakah perasaan menjaringkan gol itu, beliau menjawab.

"Menjaringkan gol menentang warga emas adalah sesuatu yang kejam. Tapi apakan daya, saya hanyalah pemain bola sepak yang menjalankan tugasnya."



Jadi kepada pak cik pak cik AC Milan, anda semua sudah bungkus. Bungkus nasi tambah pula tu. Dahlah tambah nasi, lauk pun tambah. Kepada Pak Cik Ronaldinho, kebolehan mengimbangi bola di atas kepala memang sangat tak membantu pun!



Maka, dengan ini, gua tujukan lagu di bawah kepada semua penyokong penyokong AC Milan atau mana mana insan yang begitu teringin melihat kekalahan M.U walaupun lu orang semua menyokong pasukan lain. Siap ada lirik karaoke lagi. Jadi apa kata mari kita semua karaoke bersama sama ok!


Bila Resah daripada Abang Anuar Zain

Err...Liberpool apa cerita sekarang ye?

Macam tarian tradisional orang Rusia si Reina tu kan?

Thursday, March 4, 2010