Monday, November 16, 2009

Swisscash Bayar Balik RM 31 Juta Kepada Peserta

swisscash

Wahh..selepas beberapa tahun dahulu cerita pelaburan haram internet ni panas, akhirnya terjawab juga hari ini iaitu apabila Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyelesaikan kes pelaburan haram Swisscash dengan mengarahkan bayaran balik kepada semua peserta..Jumlahnya ialah Rm 31 juta..perghh banyak tu duit diorang dapat selama menjalankan pelaburan menipu swisscash ni. Tapi ini hanyalah 10.8% dari jumlah sepatutnya di bayar!

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.

Dipetik dari Berita Harian 13/11/09

Swisscash scam? swisscash spam? Ianya pelaburan yang haram sebab tak berdaftar. Anda terlibat ke benda ni dulu? member saya dulu ada join tapi tak pasti berapa ribu..Tapi kenapa RM 31 juta je? Bukan sepatutnya RM286.3 juta ke? Cuba cek balik post saya yang lepas paada 29/9/08 Swiss cash payback RM 286,300,000.00 to investors.. So ada lagi RM 255.3 juta yang burn macam tu saja ke? Kalau korang nak tahu, Rm 31 juta dari Rm 286.3 juta ialah hanya 10.8% sahaja!

swisscash-286juta

So maksudnya kerajaan hanya luluskan 10.8% je bayaran balik..oklah dari duit korang lesap terus kan?

Syarat-syarat:

  1. Bayaran tidak akan dilakukan kepada semua peserta.
  2. Hanya peserta bawahan dapat bayaran balik.
  3. Rekruiter atau upline tak dapat redeem
  4. Perlukan surat atau apa2 bukti yang anda dah bayar ke swisscash..
  5. Redeem melalui syarikat lantikan sahaja

Syarat ini ada dimaklumkan dalam Berita Utama TV3 tadi dan saya rasa ramai yang mula mencari info bermula malam ni sebab nak tahu berita terkini tentang swisscash ni.

Baca selanjutnya di:

2 comments:

  1. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Nak beli SFP module 3Com, HP procuve, Cisco, ada disini

    ReplyDelete