Sunday, January 31, 2010

Glory! Glory! Manchester United!!!


Malam tadi Pasukan Manchester United telah bertandang ke Stadium Emirates dalam misi meneruskan rentak kemenangan setelah menang perlawanan terakhir menentang Manchester City pada saingan separuh akhir Piala Carling.

Sir Alex Ferguson mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rio Ferdinand dengan menggandingkan Johny Evans dan Wes Brown selaku pertahanan tengah. Evra dan Rafael masing-masing bermain di pertahanan kiri dan kanan. Pemain-pemain lain yang turut terlibat adalah seperti Van de Sar, Wayne Rooney, Paul Scholes, Nani, Fletcher, Carrick dan Park Ji Sung.

Pada minit ke 32, Nani yang bergerak dari tepi kanan padang berjaya melepasi beberapa pemain pertahanan Arsenal, dan melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Arsenal, Almunia, yang sekadar berjaya menepis bola ke dalam gawang gol untuk menjadi penjaring gol sendiri. Selang 4 minit kemudian, sekali lagi Nani bertindak bijak dengan melakukan larian cantik hasil hantaran Rooney yang kemudiannya lari ke arah gol untuk menerima hantaran leret yang cantik dari Nani. Dengan satu tendangan leret dan padu, Wayne Rooney menempatkan dirinya selaku penjaring gol kedua pasukan Manchester United. Ini merupakan gol peribadi yang ke-100 dalam kariernya. Tamat separuh masa pertama dengan Arsenal ketinggalan 0-2 di halaman sendiri.

Kurang daripada 10 min perlawanan disambungkan, Manchester United sekali lagi berjaya menambah gol. Gerakan cantik antara Rooney, Carrick dan Park berjaya melepasi perangkap offside yang cuba di lakukan oleh pertahanan Arsenal. Setelah menerima lorongan yang menraik daripada Carrick, Park Ji Sung menggunakan kelajuan yang ada pada dirinya untuk meluncur laju ke arah gol. Setelah berjaya memperdayakan Clichy, Park melakukan rembatan ke arah kiri pintu gol dan sekali lagi menewaskan Almunia.

Arsenal berjaya mencuri peluang dengan sepakan gunting yang di lakukan oleh Vermaelen terkena kaki pertahanan dan melantun melepasi jangkauan Van de Sar. Perlawanan berkesudahan dengan Manchester United pulang dengan membawa tiga mata penuh.

Adakah Manchester United telah kembali ke tahap sebenar permainan? Dan adakah kerajinan serta gerakan menarik Nani telah membukitkan kematangan pemain kelahiran Portugal itu? Sama-sama kita nantikan perlawanan seterusnya. Kemenangan pada perlawanan ini akan menjadi batu loncatan untuk mengejar Chelsea di persada liga.

Keputusan 3-1

Thursday, January 28, 2010

Sebab Tu Dalam Lagu M.U Ada Sebut Wembley

kredit 2 Mr.G www.ehoza.com

Cakap banyak pun tarak guna bro. Roberto Mancini dengar kabor balik rumah nangis nangis. Nak tenangkan perasaan, bini dia masak makaroni asam pedas. Tevez pulak dari Teater Mimpi Old Trafford sampai rumah sibuk gigit jari. Bellamy apa lagi, macam biasalah, gi kelab malam la. Minum sampai mabuk, pastu pukul orang guna kayu golf. Bila kena tahan polis, dia cakap nak hilangkan tensen. Tongong! Micah Richards lak dengar cerita dah riki riki dengan Kanye West nak buat album hip hop. Dah belajar sikit sikit buat breakdance katanya.

Player Manchester United apa cerita lak? Huh, lepak kat Wembley jela sambil sambil hisap curut Cuba dan minum teh ais...


Fletcher: Cayalah Abang Scholes! Meh ramas sikit!
Scholes: Siot! Sakitlah doh! Kuku tak ketip!


Carrick: Woooh!!! Woooh!!! Woooh!!!
Rooney: Doggy bro, doggy!!! Hahaha!


Rooney: Wembley!!! Gua datang!!!
(Gila vavi frust budak budak City tu. Siap tunjuk tunjuk pusat lagi tu!)

Untuk pengetahuan semua, M.U menang menentang Man. City dengan agregat 4-3. Berlagak sangat lu Mancini. Masak makaroni sudahlah!

Tuesday, January 26, 2010

Berhati2 dengan lewat situasi Mesia ketika nie...

hayati lirik ini..

Lirik Yang Remeh Temeh - Pak Pandir


Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

Wednesday, January 13, 2010

rahsia telefon bimbit...

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT



Tahukah anda bahawa telefon bimbit
anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara
yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada
dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda
gunakan,cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di
kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (
Keypad lock )
.



2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda
lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka
semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi
kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba
anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci
pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak
kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula
keluarga atau teman di rumah menekan punat ¡ ON ¢ pada kunci pendua
kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon
bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh
dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda
berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua
atau
meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan
telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa
orang telah mencubanya.



3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon
bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan
kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri
tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah
atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada
dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri
simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ¡ *3370# ¢ . Telefon
bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan
memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50
peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas
telefon bimbit anda
.



4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda
dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan
nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan
15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor
ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini
dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda
boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod
nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam
telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa
kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya
mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di
curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri
takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya .

Monday, January 11, 2010

Skuad Perak- 1st Eleven


Kalah 1-2....langkah kiri tul. :)

Monday, January 4, 2010

Selamat Datang Tahun 2010/1431

Sempena entry pertama di tahun 2010 ini teman amat2 berharap agar hidup kita semua akan menjadi lebih baik dari tahun2 sebelum ini. Buang yang keruh mulakan dengan yang baru.. :)

Wednesday, December 16, 2009

Proton MSX 2010 "Technology Proton"










ciri wagon..lawa2.
ini baru malaysia boleh..... :)