Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

ASSALAMUALAIKUM WBT......

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.

SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......
.................................................. .................................................. ...............................................
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
Hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada )
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

.................................................. .................................................. .................................................
Oleh itu saya, Afzainizam Bin Idris(astalavista6048) juga tidak mahu melepaskan peluang memohon ampun dan maaf jika saya adamenyinggung perasaan, berbuat kesalahan,baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan. Harap dimaafkan..
Semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


……………………………………………………………………………………………………………………..
Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan
Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari.. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanproduktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur..
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki.. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

RASULULLAH TIDAK MENETAPKAN JUMLAH RAKAAT SOLAT TARAWIH

Oleh Yussamir Yusof
Berita Harian 17 Ogos 2009

SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan dan makian. Hassan al-Bana yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Bana memasuki masjid, mereka semua diam.

"Kenapa bergaduh?" Soal Hassan al-Bana dengan lembut.

"Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan tidak sunnah. Yang sunnah kata mereka 9 rakaat." Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna.
Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Bana bersuara, "Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?"

Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Bana masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Lebih-lebih lagi apabila emosi mengatasi wahyu dan rasional, maka itulah yang akan terjadi.

Saban tahun perkara ini sering berlaku. Satu pihak menuduh mengadakan perkara baru dan satu pihak menuduh terlalu memudah-mudahkan agama. Namun yang sebenarnya, kedua-dua dakwaan ini sama sekali tidak berasas. Dalam Islam, sesuatu hukum atau penetapan dalam agama haruslah bersandarkan dalil. Dalil atau bukti dalam Islam ialah al-Quran dan Hadis sahih. Oleh itu, untuk membicarakan mengenai hukum, emosi harus dijauhkan. Terutama dalam hal yang terdapat di dalamnya perbezaan pandangan di kalangan ulama muktabar.

Dalam isu solat tarawih ini. Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, "Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup".

Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, "Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Berdasarkan hujah di atas, kita dapati bahawa Nabi Muhammad SAW tidak ada menetapkan sebarang rakaat untuk melaksanakan solat sunat tarawih. Cuma, sunnah yang dianjurkan adalah 11 rakaat termasuk witir. Ini bertepatan dengan satu hadis yang direkodkan Imam Bukhari dalam Sahihnya. Saiditina Aisyah berkata, "Tidak pernah Baginda melaksanakan solat malamnya pada Ramadan mahupun pada bulan lain melebihi sebelas rakaat."

Dalam menyelesaikan perbalahan mengenai jumlah rakaat ini. Imam Ibn Taimiyah berkata, "(Seseorang) boleh bersolat tarawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Semuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan."

Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadanitu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48)

Muhasabahlah diri kita. Adakah Ramadan yang bakal menjelma ini akan menghasilkan bibit perpecahan hanya kerana bertegas soal jumlah rakaat. Atau kita sama-sama meraikan perbezaan yang menjadi satu rahmat kepada manusia. Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang di dalamnya penuh dengan kebaikan.

Thursday, August 20, 2009

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1430H / 2009M

esok atau lusa kita dah nak berpuasa, yang perempuan tu dah habis ganti puasa ke belum?.. kalau belum masih sempat lagi ni… kepada sesiapa yang nakkan jadual imsak dan berbuka puasa untuk tahun 2009 ni… boleh download pdf kat bawah ni secara percuma yang diambil dari laman http://www.islam.gov.my/

Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.”

Jadual dibawah tertakluk :-

* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja Malaysia


Bil
NEGERI
ZON
1
MELAKA
Melaka

JOHOR

ZON 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
ZON 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan
ZON 3-Daerah Pontian Dan Kluang
ZON 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor
3
PERAK
ZON 1- Daerah Hulu PERAK, Daerah Kuala Kangsar, Daerah Kinta Dan Daerah Batang Padang[Pengkalan Hulu (Keroh), Gerik, Lenggong, Kuala Kangsar, Sg.Siput, Ipoh,Batu Gajah, Kampar, Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim
ZON 2-DAERAH KERIAN, DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA, DAERAH PERAK TENGAH, DAERAH MANJUNG DAN DAERAH HILIR PERAK.Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Selama, Parit, Kg.Gajah,Beruas, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor,Teluk Intan DanBagan Datoh]
ZON 3-BUKIT LARUT(TANAH TINGGI)
4
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS,KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6
TERENGGANU
ZON 1-KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2-BESUT DAN SETIU
ZON 3-HULU TERENGGANU
ZON 4-KEMAMAN DAN DUNGUN
7
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR

PUTRAJAYA

11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2-: SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
14
KEDAH
ZON 1-DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU, PENDANG, YAN DAN KUALA MUDA
ZON 2-PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 3-DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 4-DAERAH LANGKAWI
ZON 5-PUNCAK GUNUNG JERAI
15
PULAU PINANG
Pulau Pinang

Tuesday, August 18, 2009

H1N1

Kementerian Kesihatan Malaysia
INFLUENZA A (H1N1)

SOALAN-SOALAN LAZIM

A. Berkenaan Penyakit

1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung
dan manusia.

2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal
dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009
dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk
laman web www.moh.gov.my dan http://www.who.int/.

3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit
kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau
cirit birit.

4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaanpermukaan
(surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan
dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit
atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair
pesakit.

5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?

Tidak

6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?

• SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
• Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu
atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan
dengan air dan sabun.
• Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak
menyentuh mata, hidung dan mulut.
• Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
• Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan
kepada orang lain.

7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

• Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari
dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.
• Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih
lama.

8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan
kemungkinan jangkitan.
• Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di
tempat awam yang sesak.
• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diambil.
• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat
dan lakukan aktiviti fizikal.

B. Berkenaan Vaksin

1. Terdapatkah vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Belum ada.
2. Adakah vaksin baru akan dicipta?
Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu.
3. Bilakah vaksin yang sesuai akan dihasilkan?
Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.

C. Berkenaan Rawatan

1. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai stok antiviral yang boleh merawat
Influenza A (H1N1).
2. Bolehkah antiviral ini memberi perlindungan?
Antiviral ini digunakan untuk memberi rawatan yang berkesan dan tidak memberi
perlindungan sepertimana vaksin.

D. Berkenaan Babi dan Influenza A (H1N1)

1. Adakah selamat memakan daging babi dan produk babi?
Ya. Daging babi dan produk babi yang dimasak pada suhu yang betul
(160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.
E. Berkenaan perjalanan ke luar negara

1. Bolehkah kita ke luar negara?
WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan perjalanan. Walaubagaimanapun
perjalanan yang tidak penting, khususnya ke negara-negara yang dilanda wabak
ini perlulah dielak atau ditangguhkan. Jika perjalanan tidak dapat dielak, langkahlangkah
perlindungan diri yang sesuai mesti diambil.
Mereka yang sakit mesti menangguhkan perjalanan. Sekiranya jatuh sakit
setelah pulang, segera dapatkan rawatan.
F. Berkenaan Tahap-Tahap Pandemik

1. Apakah maksud tahap amaran Fasa 5 yang dikeluarkan WHO?
Pada tahap ini telah ada wabak di peringkat komuniti di sekurang-kurangnya 2
negara dalam satu-satu zon/kawasan/ rantau WHO.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan
(sustained human to human transmission)?

Jangkitan yang berlaku apabila 3 generasi terlibat – iaitu virus disebarkan
daripada individu A kepada individu B dan seterusnya tersebar kepada individu
C.
3. Apakah perbezaan antara ‘kes berkemungkinan dijangkiti’ (probable case)
dan ‘kes disahkan’ (confirmed case)?

• Kes yang ‘berkemungkinan dijangkiti’ mempunyai gejala-gejala selesema
seperti demam, batuk, sakit kepala, lesu; dan sama ada positif kepada ujian
influenza A atau mempunyai hubungan dengan kes lain yang
‘berkemungkinan dijangkiti’ atau kes yang telah disahkan.
• Kes yang disahkan adalah kes yang telah disahkan positif melalui ujian
makmal.

4. Pada peringkat manakah wabak ini akan diisytiharkan sebagai pandemik?

Pada fasa 6.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian
Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my
www.moh.gov.my

Monday, August 10, 2009

Astalavista6048 at Supporters Club Cup 2009 8 Ogos 2009

Layan jelah gambo2 dibawah yek....gambo2 tersebut adalah ketika teman join tonomen Suporters Club Cup kat SportPlanet Ampang 8/8/09 yang lalu...
layan...zasssssssss
[Image: IMG_8524.jpg]

[Image: IMG_8601.jpg]
aqie ft cheerleaders

[Image: IMG_8602.jpg]
aqie want to be cheerleader

[Image: IMG_8562.jpg]
1st game of the day

[Image: IMG_8563.jpg]
Mymanutd Team A

[Image: IMG_8583.jpg]
Mymanutd Team B

[Image: IMG_8543.jpg]
the man behind the teams - Coach Aziz

[Image: IMG_8518.jpg]
aman_giggs

[Image: IMG_8520.jpg]

[Image: IMG_8521.jpg]

[Image: IMG_8534.jpg]

[Image: IMG_8538.jpg]

[Image: IMG_8541.jpg]

[Image: IMG_8545.jpg]

[Image: IMG_8548.jpg]

[Image: IMG_8554.jpg]

[Image: IMG_8555.jpg]
[Image: IMG_8606.jpg]

[Image: IMG_8609.jpg]

[Image: IMG_8610.jpg]

[Image: IMG_8612.jpg]

[Image: IMG_8614.jpg]
[Image: IMG_8556.jpg]

[Image: IMG_8568.jpg]

[Image: IMG_8572.jpg]

[Image: IMG_8575.jpg]

[Image: IMG_8578.jpg]

[Image: IMG_8593.jpg]

[Image: IMG_8600.jpg]
[Image: IMG_8530.jpg]

[Image: IMG_8558.jpg]

[Image: IMG_8576.jpg]

[Image: IMG_8589.jpg]

[Image: IMG_8595.jpg]

[Image: IMG_8605.jpg]

[Image: IMG_8607.jpg]

[Image: IMG_8624.jpg]

[Image: IMG_8625.jpg]


Special appearance : BOTAX

[Image: IMG_8567.jpg]

[Image: IMG_8569.jpg]

Bersantai at Ampang Point

Pertama kali bersua ngan member sk.com(www.secawankopi.com) yg dimana sebelum ini hanya bersua di alam maya sahaja..tapi ade gak beberapa insan yg didlm sk.com ni yg teman bersua face to face gak.hehe
Kejadian berlaku pada sabtu 9/8/09 yg lalu iaitu selepas selesai aktiviti tonomen futsal bersama mymanunited.com yg hanya berjaya diperingkat kumpulan sahaja.Lepas jer lepak makan tengahari kat mamak rashid ampang teman bersama org rumah g r join sk.com lak.Antara aktiviti yg sempat teman join adalah aktiviti:-
1.Bowling-lama siot xmain (diam2 tau jgn bgtau olang,teman menang wei.huhu)
2.Karok-jengah jer segan nak nyanyi,hikhik....
3.Billiard-kalah semua...hahahaha

kat bawah ni ade sket gambo moh kiter melayan yek...peace